Kisah Lily si Itik

1K 78 23
                                    

Lily si itik sudah mula rasa pening dengan badan dia menggigil seperti ada gempa bumi sedang berlaku. Mata dia seperti tidak mahu melihat mata tuan dia yang merah menyala itu. Kaizo dari tadi lagi berikan renungan yang amat tajam sekali keatas itik itu. Ianya seperti dapat membaca apa yang itik itu ingin lakukan nanti. Bukan Kaizo sahaja yang ada di situ, Fang, Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Idoli, Lynna, Bella, Faye, Lily, Harraz dan juga Rizu ada di situ juga. Semuanya berkumpul di rumah Fang dan Kaizo untuk menyoal siasat Lily si itik. Mata-mata mereka berikan tumpuan kepada itik itu. Shadow dan Pikachu sudah mula rasa kasihan dengan Lily si itik

"Baiklah itik, beritahu aku.. siapakah mastermind di dalam serangan-serangan sebelum ini?" tanya Kaizo dengan nada serius dia. Muka dia nampak garang dan Lily si itik rasa takut melihat wajah Kaizo yang sangat mengerikan

"Qu-qu-qu-"

"Apa qu qu qu?! CEPAT JAWAB SOALAN AKU!" Lalu Lily si itik terus pengsan di atas kerusi sofa dengan lidahnya terjulur keluar. Picu melompat ke atas sofa itu dan terus jilat bulu-bulu si itik

"KAIZO!"

"ABANG PAIZO!"

"ABANG KAIZO!"

"Heheheee.. kelakar pulak si itik ni pengsan" Fang ketawa sedikit

"Pengsan pulak si itik ni" Kaizo silangkan tangan dia dengan perasaan tidak begitu puas hati "Macam mana aku nak dapatkan jawapan yang aku mahukan! Aku salai juga si itik ni"

"Kaizo! Kau suka sangat gunakan kekerasan untuk dapatkan sesuatu. Cubalah buat cara yang baik untuk dapatkan jawapan yang kau mahukan dari Lily si itik"

"Betul tu. Yaya pun setuju dengan kata-kata kak Lynna tadi. Tak baik tau gunakan cara kekerasan atau menyeksakan mana-mana binatang, mereka pun ada hati dan perasaan seperti kita juga" Yaya belai kepala itik itu yang masih lagi pengsan "Kasihan kau yea, mesti Fang buli kau setiap hari"

"Dia yang buli aku setiap hari, adalah" bisik Fang. Diri dia sudah terbayangkan itik salai, itik goreng, burger itik, satay itik dan bermacam-macam makanan yang boleh menggunakan daging itik "Hehehee.. sedap pula kau makan si itik ni" Lily terus tepuk kepala Fang "WOI!"

"Dua-dua pun sama aje" balas Boboiboy "Abang Kaizo, apa yang kak Lynna katakan tadi memang betul. Kita layan dia dengan baik dan mesti Lily si itik akan berikan jawapan itu nanti"

"Yelah yelah.. aku malas nak bergaduh dengan korang semua. Jadi aku akan bersikap baik dengan si itik ni" Kaizo angkat kening sebelah. Terus dia cucuk-cucuk badan itik itu dengan menggunakan jari dia "Itik oh itik, bangun kau sebelum aku panggang kau"

"Kaizo!" Lynna sudah mencekak pinggang dengan nada marah dia "Cuba kejutkan dia elok-elok"

"Entah abang Kaizo ni, cuba jadi macam Lily!" Kaizo terkejut melihat Lily sudah berpakaian seperti seekor itik "Lily akan ajar Kaizo untuk melayan Lily si itik dengan cara yang baik, sopan santun, tiada suara garang, suara serius pun takde dan lebih penting sekali ialah senyum!"

"Woo! Aku sokong tu. Abang Kaizo kalau nak senyum, memang jarang sangat-sangat" kata Ying

"Abang aku nak senyum? Dalam mimpi ajelah" Fang mula bayangkan abang dia senyum seperti nak makan orang "Memang menakutkan"

"Kau ingat aku tak boleh senyum ke?" Fang gelengkan kepala sahaja dan secara tidak langsung, Kaizo terus ketuk kepala adiknya. Fang terus bermasam muka "Sebelum tu, mana kau dapat pakaian itik tu?"

"Oh.. costume itik ni Lily beli dekat kedai sebab nampak comel sangat!" Lily berpusing-pusing di situ sambil goyang-goyangkan ekor itik "Comel tak?"

"Tak" balas Kaizo "Faye, mana Stylobot kau?"

"Dia ada dekat kedai Tok Aba. Berdating dengan Ochobot lah tu.." Faye pula bersilang tangan kali ini dengan muka dia sedikit perasaan marah "Semenjak dia berkawan dengan Ochobot, asyik nak berkepit aje. Sabar ajelah"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now