Fang VS Lily

1.1K 71 5
                                    

Sebuah kotak besar telah dibuka dan dipotong oleh Rizu sendiri. Dia telah disaksikan oleh Kaizo, Lynna dan Idoli dan mereka masih tertanya-tanya, apa yang Rizu ingin lakukan dengan kotak tersebut? Mata Idoli masih lagi bersinar-sinar semenjak Rizu memotong kotak tersebut. Ada pelbagai keperluan yang ada di atas meja ruang tamu seperti gunting, gam, sellotape, watercolour, pensil, pembaris dan bermacam-macam lagi. Kaizo melihat sahaja apa yang Rizu ingin lakukan dari tempat duduk dia iaitu sofa rumah

"Rizu, apa yang Rizu ingin cuba lakukan?" tanya Lynna yang sedang duduk bersila di atas lantai ruang tamu

"Pizu nak buatkan pedang kotak khas untuk Idoli! Pizu tahu yang idola Idoli ialah abang Paizo sendiri" Kaizo terus rasa bangga sedikit "Jadi Pizu buatkanlah untuk dia pedang kotak ni. Tahun lepas Pizu ada buat pedang kotak untuk diri Pizu"

"Akak ingat lagi tentang pedang kotak tu. Pandai Rizu buat" Lynna terus mengusap-usap kepala Rizu "Rizu ni memang seorang yang kreatif yea"

"Mana ada kakak Lynna. Pizu biasa-biasa sahaja"

"Tapi abang Rizu semalam ajar Idoli melukis gambar kartun. Abang Rizu ada kelebihan yang tersendiri tapi Idoli sahaja yang takde kelebihan. Abang Kaizo seorang kapten yang handal, kakak Lynna pun macam abang Kaizo tapi dia bukan kapten dan abang Rizu pula, dia handal dalam melukis. Idoli jadi cemburu pula" Idoli tunduk kepalanya kerana dia rasa malu dengan mereka dan diri dia juga

"Kau tidak perlu kata begitu, aku pasti yang kau mesti ada kelebihan yang ada di dalam diri kau. Cuma kau belum jumpai kelebihan itu" kata Kaizo dengan nada serius "Tapi apa-apa pun, jangan cepat putus asa"

"Betul tu! Lily sokong sahaja" muncul Lily dengan sebungkus kerepek pisang dia lagi. Kaizo melirik matanya untuk melihat Lily sedang kunyah makanannya sambil tersenyum lebar "Kenapa abang Kaizo? Tak suka Lily ada dekat sini ke?"

"Hmmm... entahlah tapi.." Kaizo tadah tangannya kepada Lily "Bagi alat untuk ke sana sini tu. Aku nak simpan balik alat kepunyaan si Faye tu"

"Tapi... macam mana Lily nak pergi sini balik? Adakah abang Kaizo tidak menyukai Lily? Adakah Lily selalu buat abang Kaizo pening kepala?" Lily terduduk di atas lantai dan lalu dia berdrama di situ "Adakah Lily selalu menyusahkan abang Kaizo dan landak? Adakah abang Kaizo takut virus kepelikan Lily akan sebar ke sel sel tubuh badan abang Kaizo? atau abang Kaizo takut Lily akan bawa lari si Idoli yang sangat comel ini. Abang Kaizo janganlah lakukan begini terhadap Lily kerana Lily tidak bersalah, yang salah.. hanyalah si landak. Lily datang ke sini kerana ingin menghantar pesanan dari landak iaitu 5 bungkus kerepek lobak merah" Lily terus keluarkan 5 bungkusan dari beg sandangnya. Dia letak di atas meja ruang tamu dan lalu dia buat muka sedih kepada Kaizo

"Hehehee.. kasihan Lily" Lynna melihat Kaizo yang sedang bermuka serius itu "Janganlah ambik alat tu dari Lily. Dia datang ke sini pun sebab dia ada kawan-kawan dekat sini. Kalau Kaizo ambik alat tu, mungkin agak sukar untuk Lily datang ke sini"

"Hmmm... baiklah, aku tak ambil balik alat itu tetapi ada satu syarat"

"Syarat apakah itu abang Kaizo?" tanya Lily dengan penuh harapan "Adakah syaratnya Lily kena pergi berdating dengan Boboiboy?" Terus dia berangan dia dan Boboiboy sedang berdating di dalam sebuah istana yang penuh dengan pelbagai jenis bunga "Oh, indahnya" Berkerut-kerut dahi Kaizo kerana sikap Lily yang suka berangan

"Aku mahu kau pergi buatkan sup lobak merah yang boleh kalahkan kesedapan sup lobak merah adik aku. Kalau kau berjaya, aku tidak akan ambil alat itu"

"Baik abang Kaizo" kata Lily yang masih lagi berangan "Lily akan laksanakan sekarang juga! Ini adalah maruah Lily!" Lily terus berdiri dengan semangat baru "LILY AKAN BUKTIKAN BAHAWA LILY BOLEH KALAHKAN SI LANDAK TU!" Dia tergelak di situ sambil mencekak pinggang. Lalu dia masuk ke dalam dapur dengan gelakan dia

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now