Superheroes

1.3K 81 21
                                    

Pada pagi sabtu yang terang benderang, Fang menjemput kawan-kawannya datang ke rumah untuk menonton movie-movie kegemaran dia iaitu tentang superheroes. Mereka semua sangat teruja menonton movie tersebut, sampai ada yang terbayangkan diri mereka di dalam movie itu

"WOAHHH! Best juga latest movie Captain American ni" kata Boboiboy sambil usap-usap dagu dia "Aku boleh terbayangkan diri aku menjadi captain america.. kuat seperti dia"

"Dan aku mestilah kacak macam Tony Stark. Kaya dan pintar seperti dia" Fang mengangkat-angkat keningnya sambil melihat kawan-kawan dia "Kalau aku jadi Ironman pun best juga"

"Kau nak jadi Iron-Man?" Gopal ketawa sedikit. Fang bermasam muka dengan Gopal "Kau tu sepatutnya jadi The Hulk sebab suka mengamuk tak tentu pasal, kan sesuai tu" Aura-aura Fang mulai keluar "Tapi mesti kelakar tengok kau jadi warna hijau bukan ungu.. hahahahaaaa"

"Wei wei, kau nak bagi Fang mengamuk ke?"

"Bukanlah Boboiboy, aku cakap aje... dia nak jadi Ironman konon... baik jadi The Hulk terus.. hahahaaaa" Gopal tergelak-gelak di atas sofa. Yaya dan Ying sudah pun duduk jauh sedikit daripada Gopal. Fang bangun dari situ dan terus bertukar menjadi hantu bayang, dengan mata merah menyala

"KAU NAK KENA DENGAN AKU KE HAH?"

"HA-HA-HANTUUUU!" menggigil Gopal melihat hantu bayang Fang "Tapi.. tapi..." Gopal tidak sempat untuk menghabiskan ayatnya, dia terus lari keluar dari rumah tersebut. Fang hilangkan hantu bayangnya

"HAHAHAHAAAAAA! Baru dia takut, ejek aku lagi. Nahaslah dia"

"Hmmm... kau dan Gopal memang suka cari nahas yea tapi si Gopal tu, tak serik-serik lagi nak kena dari kau" kata Boboiboy dengan nada bosan dia

"Biarkan ajelah dia orang tu, lama-lama nanti mesti ada sesuatu yang buat dia orang berdua menyesal sebab asyik kenakan orang aje" kata Yaya

"Betul tu, tapi aku rasa tak mungkin si Fang ni akan menyesal sebab dia akan buat juga benda-benda kenakalan dia tu. Sudah besar pun, masih lagi nak nakal. Macam mana abang kau boleh tahan dengan perangai kau?"

"Mana aku tahu Ying. Kau tanyalah abang aku tu" Fang terus bangun dari sofa dan mengangkat beberapa mangkuk besar yang sudah habis dengan makanan "Korang nak apa-apa tak? Aku nak pergi ambil makanan lagi"

"LILY NAK KEREPEK PISANG!" Fang melirik matanya ke arah belakang sofa. Dahi dia berkerut-kerut melihat trio huru-hara ada di situ

"Macam mana korang boleh ada dekat sini"

"Senang sahaja landak. Mula-mula kita orang berada di rumah Bella. Kita orang bergossip sekejap, kutuk landak sekejap-" Berapi-api hati Fang "Lepas tu berborak pasal fashion, berborak pasal my sweet Boboiboy ku dan macam-macam lagi. Lepas tu kita orang bosan, pergi ke kedai Tok Aba sebab nak cari korang. Tengok-tengok korang takde pulak dekat situ. Lepas tu baru Faye teringat yang sebenarnya korang ada dekat sini si landak ajak tengok movie sama-sama. Sambil korang tengah syok menonton movie, kita orang pun joinlah sekali tengok.. lepas tu dah habis, landak nak jadi Ironman tapi Gopal kata landak tak sesuai jadi Ironman, sebab dia lebih sesuai jadi The Hulk kerana amukan landak yang begitu menyeramkan. Lepas tu landak pergi takutkan dengan hantu bayang. Lepas tu Gopal lari, lepas tu Yaya dan Ying cakap pasal menyesal tapi landak tak pernah tahu apa erti menyesal sebab dia suka sangat kenakan orang dengan kenakalan dia. Lepas tu landak nak ambik makanan lagi dekat dapur, lepas tu dia tanya.. Lily pun jawablah yang Lily nak kerepek pisang, lepas tu landak pun tanya macam mana kita orang boleh ada dekat sini. Jadi Lily ceritalah yang kita orang tadi-"

"WOI! Berapa banyak lepas tu lepas tu.. kau terkena penyakit lepas tu ke?"

"Maaf landak" Lily tersengih sambil garu-garu kepala dia. Fang terus beredar dari situ daripada melayan kepelikan Lily lagi "Bestnya korang tengok movie sama-sama, apasal tak ajak kita orang?" tanya Lily

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now