Kaizo

1.5K 72 46
                                    

"Pikachu! Shadow! Hari ini abang aku akan kembali ke sini! Jadi aku nak korang jangan
bersepahkan rumah ini, tiada kesan-kesan tapak kaki korang yang comel tu! Jangan nak sentuh makanan yang aku akan buat nanti, jangan nak buat bising, jangan nak jadi jahat macam Lily si itik tu" Fang tuding jari dia ke arah seekor itik yang sedang duduk di bawah meja ruang tamu "DAN JANGAN NAK MERAYAP KE MANA-MANA! JADI KUCING YANG BAIK! FAHAM?"

"Meow meow"

"Bagus.. hehee... ada gaya macam abang aku tak?" Fang terus berikan senyuman bergaya dia sambil mengangkat kening sebelah

"Quack!"

"APA! TAKDE LANGSUNG! NAK KENA ITIK NI! MENTANG-MENTANGLAH ABANG AKU BAGI KAU SATU LAGI PELUANG LAGI! TAPI, KALAU AKU... AKU SUDAH LAMA SALAI KAU! BOLEH KENYANG PERUT AKU DENGAN ISI KAU YANG TERLAMPAU BANYAK TU! BADAN KAU PUN NAMPAK GEBU AJE.. INGAT COMEL LAH TU! Tapi... bagi aku.. TAK COMEL LANGSUNG! HARAPKAN MUKA COMEL TETAPI RUPANYA PENGINTIP ITIK YANG TAK GU- ADOI!" Fang menoleh ketepi dengan hati dia yang sudah berapi-api. Dia tahu siapa yang suka sangat tepuk kepala dia dan tekaan dia memang betul. Bella ada di sebelah dia "Apahal kau tepuk kepala aku?"

"Yang kau nak marah-marah sangat dengan itik tu kenapa? Kau memang takde kerja lain yea"

"Suka hati akulah.. yang kau sibuk sangat dekat rumah aku apasal?"

"Aku ada dekat sini sebab nak ulangkaji dengan kawan baik aku.. baik aku pergi ulangkaji balik, daripada melayan kau si panas banas. Jom Lily si itik, kita lepak dekat bilik Faye. Kita abaikan sahaja si panas baran ni" Lily si itik keluar dari bawah meja itu. Itik itu berjalan sambil goyang-goyangkan ekor dia sambil masuk ke dalam bilik Faye "Kau tu.. baik pergi ulangkaji, hari ini kan ada exam"

"Suka hati aku lerr" Fang terus bermasam muka sambil bersilang tangan "Sudahlah, malas aku nak melayan kau. Baik aku pergi masak sup lobak merah"

"Pergilah Fang, aku pun malas nak melayan kau" Bella terus palingkan muka dia ke tempat lain. Dia berjalan menuju ke bilik Faye sambil dilihat oleh Fang yang masih lagi dalam mood kemarahan

"Meow meow meow"

"Hmmm... Takde apalah Shadow.. nanti-nanti aku ok lah. Kemarahan aku hanya sekejap sahaja bukannya lama pun. Jom Shadow, kita pergi masak sup lobak merah tapi Shadow jadi tukang tengok aje. Pikachu pun sama juga. Karang tak pasal-pasal ada bulu kucing dalam sup tu nanti. Aku tak naklah abang aku mengamuk tak tentu pasal tapi kan... aku rasa pelik pula.. apasal dia pergi sekejap pula kali ini? Selalunya lama sampai buat aku rindu dengan suara garang abang aku tu.. pelik pelik tapi kepelikan ini membuatkan aku ingin mengetahui apa yang terjadi sebenarnya!" Fang masuk ke dalam dapur sambil bercakap seorang diri "Entah-entah orang jahat tu senang sangat nak dijumpai dan abang aku dengan gayanya, dia pergi hapuskan musuh orang itu. Syabas abang! Adik ucapkan syabas.. kalau macam tu, ADIK AKAN SEDIAKAN MAKANAN BANYAK-BANYAK UNTUK ABANG AKU! ABANG AKU ADALAH HERO AKU!" Fang berjoget-joget di dalam dapur. Shadow dan Pikachu gelengkan kepala sahaja

"Hehehee... abang Fang ni kelakarlah" Fang menoleh kebelakang. Idoli baru bangun dari tidurnya "Abang Fang nak buatkan makanan apa untuk abang Kaizo?"

"Hmmm.. entahlah tapi apa yang abang pasti, sup lobak merah wajib ada! Idoli pergi mandi dulu, abang nak masak sekejap.. nanti lepas tu abang hantar Idoli pergi ke kedai Tok Aba. Idoli tunggu sampai Rizu atau Emmy atau si pelik tu datang ok. Jangan merayap ke mana-mana tau"

"Ok! Tapi makanan abang Kaizo nanti macam mana? Tak kan abang Fang nak tinggalkan dekat atas meja aje.. mesti Pikachu, Shadow dan Lily si itik akan makan nanti. Lepas tu makanan jadi sejuk, tak sedap dah untuk abang Kaizo makan" Terus Fang berhenti di depan peti sejuk yang sudah terbuka luas. Lalu dia tutup pintu peti sejuk itu "Abang Fang ok ke?"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now