Misai Palsu

1.1K 67 16
                                    

"CANNON BALL!" Air percikan Emmy tadi terkena Rizu sedikit. Idoli sangat teruja melihat Emmy terjun ke dalam kolam renang tersebut. Kolam renang itu, pada asalnya adalah sebuah trampoline tetapi Emmy dengan kepintarannya. Ianya dapat mengubah menjadi sebuah kolam renang yang tidak begitu dalam. Idoli seronok sangat dapat bermain di dalam kolam renang tetapi dia terpaksa menggunakan pelampung. Rizu hanya rendamkan kaki sahaja sambil melihat Emmy dan Idoli main baling-baling air sesama sendiri

"Hehehee.. bestlah dapat main dekat kolam renang"

"Broccoli suka?"

"Mestilah Idoli suka, kakak Emmy!" Idoli ketawa sedikit di situ. Dia berenang-renang di tengah kolam renang itu "Idoli suka sangat duduk dekat sini sebab banyak benda seronok yang Idoli boleh buat tapi dekat planet Mau, tak banyak sangat hiburan berbanding dekat sini. Idoli sangat bertuah dapat duduk dekat bumi walaupun setahun sahaja"

"Hehehe.. kalau macam tu, broccoli kenalah kumpul kenangan banyak-banyak dekat sini!" Emmy berikan percikan sedikit dekat Idoli. Lalu dia melihat Rizu sedang kesedihan di tepi kolam renang "Penguin comel tak nak masuk ke?" Rizu hanya gelengkan kepalanya sahaja

"Rizu takut dengan air?" tanya Lynna. Dia duduk di sebelah Rizu sambil berikan segelas air kelapa

"Terima kasih kakak Lynna" jawab Rizu dengan nada yang perlahan "Sebenarnya Pizu fobia nak masuk kolam renang. Pizu dulu pernah sekali lemas dalam kolam renang. Ibu yang selamatkan Pizu pada masa tu. Lepas tu Pizu terus takut nak main dekat dalam kolam renang"

"Kasihan Rizu tapi kolam ini tidak begitu dalam. Kalau Rizu takut lagi, Rizu boleh pakai pelampung macam Idoli"

"Takpelah kakak Lynna. Pizu pun sudah ok duduk di sini sahaja" Rizu minum sedikit air kelapa itu "Mana abang Paizo?"

"Abang Kaizo kamu tengah menikmati teh hijau dia dekat sana" Lynna tunjuk ke arah sebuah gazebo yang ada di halaman rumah Emmy "Abang Kaizo baru sahaja balik dari latihan tempur dia. Sekarang ni dia perlukan ketenangan"

"Hehehee.. abang Paizo suka betul dengan ketenangan tapi abang Paizo suka sangat dengan keganasan, kekerasan, kekejaman, kesadisan dan macam-macam ke lagi.. hehehe tapi kakak Lynna selalu bersabar dengan sikap abang Paizo"

"Habis tu.. tak kan kak Lynna nak mengamuk dan marah-marah dia.. hehehee... kadang-kadang kita orang ada juga bergaduh tapi lepas tu, kita orang akan selesaikan pergaduhan itu sendiri"

"Baguslah tu kakak Lynna" Rizu tersenyum melihat wajah kelembutan Lynna "Agaknya, apa abang Fang tengah buat dekat sekolah sekarang ni?"

"Tak tahulah" Lynna terus memeluk di tepi Rizu "Tapi akak rasa seronok sangat dapat bersama dengan korang semua" Rizu dan Lynna tergelak di situ. Kaizo hanya perhatikan dari jauh. Dia menghirup teh hijaunya dan lalu berkata

"Ketenangan"

-----------------------------------------------------------------------------------------

"Rajin kau hari ni bawak bekalan makanan"

"Hehehe... ini sebab ada makanan lebihan malam semalam, Boboiboy" Fang membuka penutup bekas makanan itu. Gopal terliur melihat pesto pasta itu "Wei, kau jauhkan sikit air liur kau tu. Nanti masuk ke dalam makanan aku pulak"

"Maaf Fang.." Gopal tersengih "Tapi apasal tak habis makanan semalam? Abang kau tak makan ke?"

"Takdelah.. semalam aku dan abang aku makan dekat rumah kak Lynna"

"Wah! Ini mesti korang sudah jumpa ibu bapa kak Lynna sekali. Apa pendapat dia orang bila sudah jumpa korang berdua?" tanya Ying

"Errr... maksud aku dekat club house dia bukan dekat rumah dia.. hehehee.. maaf" Fang tersengih sedikit. Lalu dia makan sedikit pasta itu

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now