Uji Kaji

1.2K 87 10
                                    

"Apasal lah aku asyik terkena cabaran dari peminat aku"

"Cabaran?" tanya Boboiboy yang sedang berjalan bersama Fang untuk pergi ke sekolah "Cabaran apa pulak ni?" Boboiboy melihat muka kawan baik dia yang kelihatan sedih itu "Janganlah kau sedih pulak"

"Bukan sedih Boboiboy tapi cabaran aku semuanya berkaitan dengan donut lobak merah. Aduh.. semuanya tak bagi aku makan selama seminggu, sebulan, setahun.. hmmm" mengeluh Fang seorang diri. Boboiboy tergelak sedikit "Apa boleh buat, semuanya nak bagi aku mengamuk tak tentu pasal. Tanpa donut lobak merah, tak aman hidup aku"

"Tanpa donut lobak merah, orang lain asyik terkena amukan kau aje. Contohnya aku" muncul Gopal di sebelah Fang "Wei Fang, semalam kau pergi hack email Probe dekat computer Emmy aje"

"Hehehee... mestilah. Aku nak tahu soalan dan cabaran apa yang peminat aku berikan nanti sebab aku mesti bersedia!" Tiba-tiba Fang bertukar menjadi lebih semangat dan berkeyakinan "Dan aku akan pastikan setiap soalan, aku akan dapat menjawab dengan betul! HAHAHAHAAAAAA!"

"Hmmm... yelah. Entah-entah jawapan kau semuanya merapu aje"

"Betul tu Boboiboy. Aku sokong aje" Fang melirik matanya ke arah kedua kawan baik dia "Hehehee... tapi ada elok jugak kau tak makan donut lobak merah selalu. Semalam kau dah makan 10 bijik, hari tu 10 bijik, minggu lepas 30 bijik dalam seminggu. Aku rasa dalam setahun mesti dalam kurang seribu bijik donut lobak merah kau akan makan"

"Cheh, kau kira semua donut lobak merah aku makan. Takde kerja betul kau ni" Gopal tersengih kepada Fang "Tapi aku makan donut lobak merah nak bagi diri aku tenang dan juga sebab donut itulah yang tersedap di alam semestar!"

"Kau tak nak ke cuba benda lain. Asyik donut aje yang buat kau tenang, bahagia dan takdelah nampak berlagak sangat" tanya Boboiboy. Fang terus mengusap-usap dagunya sambil berfikir makanan apa yang boleh gantikan donut lobak merah

"Hmmm.. macam takde sahaja" kata Fang

"Mesti ada punya" Terus Boboiboy mempunyai satu rancangan yang terbaik untuk mereka bertiga "Apa kata kita uji kau dengan makanan lain. Petai buatkan diri kau pengsan, donut lobak merah buat kau rasa tenang, mesti ada makanan lain yang buat kau perasaan lain. Mesti ada punya"

"Kau ingat aku ni tikus dalam makmal ke. Jadi bahan uji tapi... idea kau macam menarik aje" Fang terus berikan senyuman kepada Boboiboy "Mari kita mulakan uji kaji diri aku!"

"Suka pula kau yea" Boboiboy membalas balik senyuman itu kepada Fang

"Aku pun nak uji diri aku juga" Gopal angkat tangan sebelah sambil melihat kawan-kawan dia yang ada di kedua-dua belah dia

"Cheh, kalau pasal makanan, kau mesti nak join punya"

"Mestilah! Aku kan suka makan"

"Suka hati kaulah Gopal" balas Boboiboy "Itu macam Bella aje" Fang dan Gopal pandang ke depan, mereka terserempak dengan Bella yang sedang menguap panjang. Langkah mereka begitu pantas sekali untuk datang dekat dengan Bella

"Kalau asyik mengantuk aje, apasal? Tak cukup tidur ke" tanya Fang. Bella melihat Fang dengan wajah bosan dia

"Takdelah, semenjak aku dapat tahu aku berubah menjadi Sleeping Beauty. Aku terus rasa macam nak tidur aje. Agak kesan sampingannya kot" Mata Bella rasa berat pula. Kemalasan dia untuk pergi ke sekolah pada hari ini membuatkan kaki dia berjalan begitu perlahan sekali "Aku rasa, aku perlukan sesuatu untuk buatkan aku berjaga"

"Minum kopi aje" jawab Fang

"Hmmm... macam elok aje untuk budak-budak" balas balik Bella. Dia menguap lagi

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now