Berjuang

1.2K 82 47
                                    

Emmy, Rizu dan Idoli berdiri di depan kedai Tok Aba sambil melihat Fang, Kaizo dan Lynna yang sudah bersedia untuk ke kapal angkasa. Lynna berikan Picu kepada Rizu supaya menjaga Picu dengan baik. Dia mengusap kepala Picu yang sedang bersedihan itu

"Comelnya tengok Picu sedih-sedih macam ni" Picu peluk jari Lynna seketika "Hehehehe.. Rizu jaga Picu baik-baik ok. Bagi Picu makan buah tau"

"Ok kakak Lynna! Abang Paizo dan abang Fang jaga kakak Lynna dengan baik ok!"

"Ala, abang Kaizo yang akan jaga kak Lynna lebih daripada abang" kata Fang sambil tersenyum sinis kepada abangnya "Rizu, kalau ada apa-apa masalah, cari Emmy ok"

"Ok!" Rizu peluk Fang sehingga membuatkan Picu penyek di antara badan Rizu dan Fang "Heheheee.. maaf Picu"

"Nah abang Kaizo. Idoli buat lukisan untuk abang Kaizo!" Kaizo ambil sekeping kertas yang penuh dengan lukisan dari tangan Idoli. Dia tersenyum kecil melihat lukisan Idoli "Abang Kaizo pastikan musuh kita tu tewas! Dan humban dia dalam penjara.. hehehee!"

"Yea, nanti abang akan musnahkan musuh kita tu. Jangan nakal-nakal. Kalau ada serangan dari musuh, Emmy bawa mereka ke makmal kau" Emmy terus berikan tabik hormat kepada Kaizo "Bagus, jangan pandai-pandai nak pergi berlawan pula"

"Jangan risau Kapten Kaizo, saya akan lindungi Pulau Rintis ini" Momoki berjalan ke kedai Tok Aba dengan tongkatnya. Kaki dia masih lagi dibalut dengan simen tetapi semangat yang ada pada diri Momoki untuk berlawan, tidak pernah pudar "Saya dan kembar saya akan melindungi mereka bertiga"

"Tapi kaki abang masih belum pulih lagi. Tak kan abang nak berlawan pula" Mimiko menolong abang dia berjalan

"Jangan risau Mimi. Kau pun boleh berlawan juga. Aku yakin kita berdua dapat melindungi Pulau Rintis bersama, sementara mereka pergi berjuang untuk melindungi galaxy" Momoki jalan menghala Lynna. Lalu dia ambil tangan kanan Lynna dan berikan senyuman menggoda dia "Tuan puteri, semoga berjaya di sana. Jangan terpergaruh apa yang mereka ingin katakan nanti dan jangan mengalah. Jagalah diri mu di sana" Lynna tersengih dan Kaizo sudah berkerut dahi

"Wei, abang kau ni sempat lagi yea nak menggoda orang"

"Hehehee.. biasalah abang aku tu. Sentiasa kasanova dimana-mana sahaja. Tengoklah bilik dia, penuh dengan hadiah dari peminat dia dan paling istimewanya tentang abang aku ni, dia tidak pernah lupakan nama peminat-peminat dia" Mimiko memang kagum dengan sifat abang dia. Seseorang yang pandai melayan peminat dia, kasanova yang beretika dan sentiasa berusaha untuk dapatkan apa yang dia mahu. Dia juga gembira apabila kehidupan mereka berubah kearah kebaikan setelah mereka duduk di bumi tanpa kuasa "Tapikan.. kalau abang aku mengamuk, nampak comel aje.. hehehehe"

"Comel tapi dasyat" balas Fang "Manalah kawan-kawan aku yang lain ni. Lambat bebenar nak sampai ni"

"Kejap lagi sampailah mereka tu" kata Tok Aba yang ada di dalam kedai dia sendiri. Dia mengelap meja itu sehingga bersih. Fang, Kaizo, Lynna, Idoli dan Rizu bersarapan pagi di sini tadi sementara menunggu kedatang yang lain. Emmy yang tiba terlebih dahulu

"FANG!" Datang seorang budak lelaki yang memakai topi oren sambil melambai-lambai ke arah Fang. Gopal, Yaya, Ying dan seorang gadis memakai misai palsu ada bersama Boboiboy

"Maaf abang Kaizo, kami lambat sebab si Gopal ni. Dia tunggu mak dia bagi bekal makanan" kata Boboiboy sambil melihat Gopal sudah tersengih besar di situ. Kaizo angkat kening sebelah dan lalu dia palingkan mukanya ke arah lain iaitu Lily

"Ini pula, kau buang tabiat pakai misai palsu apasal? Kau ingat misai palsu itu dapat musnahkan musuh kita?" Lily pula tersengih kali ini "Hmmm..." Mata Kaizo melirik ke arah Momoki yang masih lagi menggoda Lynna dan selepas itu dia pandang Lily dengan senyuman sinis dia "Momoki! KEKASIH BUNGA HATI KAU ADA DEKAT SINI! DIA PAKAI MISAI PALSU NI!" Begitu pantas sekali Momoki tinggalkan Lynna di situ

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now