Perangkap

1.1K 79 30
                                    

"Bayangkan kita berada di atas awan sambil menikmati masa bersama. Aku dan kau bersembang mesra sambil fikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan kita. Aku dari dunia lain, kau dari dunia lain. Kita berbeza tetapi perbezaan ini tidak dapat pisahkan kita berdua. Biarlah orang kata apa pun, aku tetap mahu bersama dengan kau. Hati aku terpikat dengan keayuan, ketegasan dan keberanian yang ada di dalam diri kau" Fang mengiringkan badannya untuk bersemuka dengan kekasih hatinya "Aku percaya yang kita akan bahagia buat selama-lamanya"

"PANGGGG!"

"Maaf yea. Nampaknya abang aku sudah memanggil diri ku ini" Fang membelai kekasih hati dia iaitu donut lobak merah yang ada di sebelah dia. Donut itu terbaring cantiknya di atas sepiring pinggan bercorak bunga "Abang aku tu risaukan dengan diri aku kerana jam kuasa aku sudah tiada" Lalu dia cium donut itu

"PANGGGG!"

"KEJAPLAH ABANG!" Fang bangun dari katilnya. Dia turun dari katil itu dan terus keluar dari biliknya. Dia tinggalkan donut lobak merahnya di atas katil untuk menjadi mangsa Shadow, Pikachu dan Lily si itik sebentar lagi. Mereka bertiga sudah lama perhatikan donut itu dari bawah meja belajar Fang. Apabila Fang sudah keluar keluar dari bilik, ketiga ekor haiwan itu terus menyerang donut lobak merah tersebut

"PANGGGG!" Panggil Kaizo lagi

"ABANG NAK APA?" Fang munculkan diri di tepi balkoni atas sambil melihat abangnya sudah bersiap-siap untuk pergi berperang "Abang nak berperang seorang diri ke?" Fang turun ke bawah untuk pergi peluk abangnya

"Yea, abang ingin dapatkan jam kuasa kau dan jam kuasa kawan kau. Sebelum aku bertolak pergi, kau perlu minum air ni" Kaizo angkat tangan kanan adiknya dan lalu dia letakkan sebuah botol kecil di tapak tangan adiknya "Kau tu bukannya pulih sepenuhnya. Si Emmy hanya dapat berikan air formula ini supaya kau tidak menjadi tidak betul. Ingat, setiap 1 jam kau kena minum air ini"

"Baik abang ku" Fang terus meneguk air itu supaya diri dia stabil, normal dan tidak menjadi gila sebelum ini "Adik akan ingat tapi abang tak perlukan pertolongan ke?"

"Abang perlukan pertolongan dari Lynna tapi disebabkan keadaan dia seperti kau, jadi abang halang dia pergi" Kaizo melihat sebuah tin popcorn yang ada di atas meja ruang tamu "Kalau dia ikut, abang takut keadaan dia akan menjadi bertambah teruk"

"Ok abang, adik akan pantaukan keadaan kak Lynna nanti tapi abang hati-hati tau. Adik tak nak abang jadi mangsa yang seterusnya" Fang peluk abangnya. Air matanya mengalir sedikit. Dia mengesat air matanya "Adik akan tunggu kepulangan abang"

"Terima kasih. Kau pergi bersiap-siap untuk ke sekolah. Abang perlu bertolak sekarang juga. Jaga diri kau elok-elok. Jangan merayap ke sana sini pula" Fang angguk sahaja "Faham tak apa yang aku katakan ni?"

"Faham abang ku yang terlajak macho" berkerut-kerut dahi Kaizo "Hehehee... abang pun jaga diri. Adik tak naklah kehilangan abang. Nanti adik sunyi"

"Tak, kau tak kan kehilangan abang. Tapi... kalau abang sudah tiada, kau jangan ikut abang. Teruskan kehidupan kau di sini atau di tempat lain. Abang yakin, kau tak kan kesunyian nanti kerana kau mempunyai ramai kawan dan kau masih lagi mempunyai keluarga. Kau dah lupa ke si Faye tu, itu kan sepupu kau"

"Adik tahu tapi adik tetap rasa sunyi kalau abang tiada" Kaizo belai kepala adiknya. Kaizo balas balik pelukan adiknya tadi. Dia seperti tidak mahu lepaskan adiknya "Abang, bila semuanya sudah selesai. Abang bolehlah selesaikan cabaran abang nanti" Berkerut-kerut dahi Kaizo lagi

"Itu yang kau fikirkan!" Kaizo terus lepaskan adiknya "AKU INGAT KAU NAK SURUH AKU BAWA KAU PERGI JALAN-JALAN KE, MAKAN DEKAT LUAR KE.. INI TIDAK, CABARAN ITU JUGA YANG KAU FIKIRKAN!" Fang tersengih di situ

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now