Mimpi Dia Lagi

2.1K 104 17
                                    

"HAHAHAHAHAAA! Sikit lagi aku dapat kalahkan kau!"

"Cheh, berlagak betul kau ni" Ratu Lily tidak puas hati dengan kemenangan Lily yang sudah semakin hampir "Takpe, jaga kau lepas ni. Next round, aku akan pastikan aku akan menang dan Boboiboy akan menjadi milik aku!"

"Boleh ke menang?" Lily menjerli lidahnya kepada Ratu Lily "Kalau dah kalah, mengaku ajelah kalah"

Kapten Kaizo rasa pelik melihat Lily dan Ratu Lily sedang bersaing di hadapan kedai Tok Aba. Mereka berdua sedang duduk bersila dan bermain dengan sejenis permainan yang Kaizo tidak pernah nampak sebelum ini. Lalu dia datang dekat kepada dua orang itu "Apa yang kamu berdua sedang main?"

"Ini namanya congkak!" kata Lily sambil masukkan satu guli ke dalam satu lubang yang ada di atas permukaan kayu. Ia terdapat 14 lubang kecil di bahagikan kepada dua dan 2 lubang besar di tepi 14 lubang kecil itu "Lily sudah semakin hampir dengan kemenangan Lily! Hehehehehe!" Ratu Lily buat muka tak puas hati sebab guli dia sedikit sahaja dan guli Lily lebih banyak daripada dia

"Jaga kau nanti" bisik Ratu Lily

"Bukan ke kamu berdua selalu bergaduh sampai nak belasah sesama sendiri?" tanya Kaizo dengan kepelikan dia

"Kalau abang Kaizo nak tahu, Tok Aba tak bagi dia orang lawan-lawan dekat sini. Kalau dia orang nak lawan juga, Tok Aba suruh lawan main game macam hari itu. Jadi Yaya pergilah bagi dia orang lawan main congkak" muncul Boboiboy dengan air Ice Blended Chocolate dia

"Kalau tidak nanti pelanggan Tok Aba akan lari" muncul pula Yaya dengan bakul biskut dia "Kapten Kaizo datang seorang sahaja ke? Selalu Fang atau kak Lynna ada dengan Kapten Kaizo"

"Hmm.. Pang tidur dekat rumah. Membuta apa dia tengahari macam ni dan Lynna pula demam" kata Kaizo sambil tinggalkan duo Lily itu yang terlalu asyik sangat bermain congkak "Aku datang ke sini sebab cari Rizu. Aku nak pulangkan hadiah yang dia berikan semalam" Kaizo meletakkan sebuah beg kertas di atas kaunter meja kedai Tok Aba

"Hadiah? Kenapa Kapten Kaizo nak pulangkan hadiah dia?" tanya Ochobot yang sedang mengelap cawan. Lalu Kaizo keluarkan dua teddy bear yang berpakaian seperti pakaian pengantin. Seekor teddy seperti berpakaian pengantin lelaki dan seekor lagi berpakaian pengantin perempuan "Comelnya teddy bear ni"

"Comel memang comel tapi ini semua Pang punya pasal. Kasihan si Rizu membazirkan duit ibu dia pergi beli hadiah. Jadi aku terpaksa pulangkan hadiah ini"

"Apalah Fang ni, sebarkan berita palsu" Boboiboy mengangkat salah satu teddy bear itu. Entah kenapa tiba-tiba dia pula terbayangkan macam mana agaknya Kaizo dan Lynna berkahwin. Mungkin agak pelik melihat Kaizo tiba-tiba sahaja kahwin. Dia kan seorang yang tegas, garang, ganas, sadis dan kejam. Eh tak, abang Kaizo tak kejam, fikir Boboiboy "Kalau saya nampak dia, nanti saya akan berikan teddy bear ini kepada dia"

"Terima kasih" kata Kaizo

"Tapi betul ke Kapten Kaizo tak nak teddy bear ni? Kapten Kaizo boleh sahaja simpan, tak pun suruh si Fang yang simpankan" kata Yaya

"Kau nak dia berharap sangat ke?" Kaizo melihat Yaya dengan begitu mendalam sekali "Aku tahu dia tu, berharap sangat sampai sebarkan berita palsu. Itu pun nasib dia selamat aku tidak mengamuk tak tentu pasal. Apalah nak jadi dengan adik aku tu. Apasal lah dia berharap sangat, aku sendiri pun tak faham"

"Abang Kaizo tahu jugakan yang Fang tu sayangkan kak Lynna macam kakak sendiri. Masa dia lari dari rumah tahun lepas, dia tak sangka dia dapat jumpa kak Lynna" kata Boboiboy "Kak Lynna selalu nasihatkan dia. Lagipun sikap abang Kaizo dan kak Lynna lain. Abang Kaizo selalu gunakan suara garang dekat dia tapi dia tetap sayangkan abang Kaizo. Kak Lynna pula selalu berlembut dengan dia dan tidak pernah nak marahkan dia. Lagipun kak Lynna seorang sahaja yang sabar dengan sikap abang Kaizo yang terlampau garang tu dan abang Kaizo pun kadang-kadang dengar nasihat dari kak Lynna jugakan. Mungkin juga Fang rasa bahagia bila kak Lynna ada dengan abang Kaizo sampai dia berharapkan sesuatu yang akan terjadi"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now