Masalah Kaizo

1.4K 81 11
                                    

Boboiboy rasa pelik melihat kawan baik yang senyum seorang diri seperti memenangi sejuta wang ringgit. Fang hanya duduk di atas bangku sekolah sambil membaca buku teks sejarah dengan senyuman dia yang semacam. Ramai yang takut hendak mendekati Fang sebab tak nak senyuman itu berubah menjadi keamukan Fang. Mereka lebih rela melihat Fang tersenyum daripada bermasam muka tapi dia lagi kacak kalau wajah dia sentiasa serius sahaja seperti abangnya iaitu Kaizo. Boboiboy berjalan ke arah Fang dengan perasaan ingin tahu

"Hai Fang, sudah lama kau sampai sekolah?"

"Aku sampai awal hari ni. Lagipun bosanlah dekat rumah. Abang aku takde, Faye sudah pergi ke rumah Bella, jadi tinggal aku seorang sahajalah"

"Abang kau pergi mana?" Boboiboy duduk di sebelah Fang

"Selepas sahaja kita orang balik dari percutian kita, abang aku terus ke kapal angkasa. Sampai sekarang dia tak balik-balik lagi. Lagipun dia ada beritahu aku sebelum tu, dia mungkin akan pergi agak lama. Entah-entah sekejap aje dia pergi"

"Jadi.. kau ok ke abang kau pergi?" tanya Boboiboy dengan nada risau dia "Bukannya apa, aku takut nanti kau juga yang sedih sebab abang kau tak beritahu apa yang dia buat, dia pergi mana, apa khabar dia. Kau juga yang risau. Bukan kau seorang sahaja yang risau, aku pun akan risau juga. Terutama sekali dekat kau" Lalu Fang berhenti tersenyum. Muka dia berubah menjadi serius

"Aku tahu.. tapi aku kenalah bertahan. Dia bukannya jenis akan beritahu tentang diri dia, yang dia cuma nak, apa aku buat dekat sini. Itu ajelah tapi kau tak perlu risau tentang aku" Fang tersenyum sedikit "Aku tak kan marah-marah korang, dan aku tak kan kelihatan ceria semacam!"

"Yelah tu, entah-entah dalam 2 3 kali lepas ni.. terus kau jadi macam dulu-dulu. Mulalah dengan perangai pelik kau, lepas tu hati asyik terlalu rindukan abang kau, sampai nak berdrama dekat kita orang" muncul Gopal dengan ice cream chocolate dia

"Wei wei, janganlah cakap macam tu" kata Boboiboy

"KAU INGAT AKU AKAN JADI MACAM DULU TU KE!" Hati Fang mula panas dengan kata-kata Gopal tadi. Lalu dia bangun dan serahkan buku teksnya kepada Boboiboy "Jaga kau Gopal! Rasakan keamukan aku.. BERUANG BAYANG!" Seekor beruang bayang terbentuk di hadapan mata Gopal "KEJAR SI PENAKUT HANTU TU!"

"JANGAN KEJAR AKUU!" Gopal terus selamatkan diri dia dari beruang bayang tersebut. Beruang itu tetap mahu mengejar Gopal "TOLONG AKU BOBOIBOY!"

"HAHAHAAAA! Mengata aku lagi.. Rasakanlah!" Fang terus gelak ketawa di situ tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain melihat dia dengan mukanya tidak senang melihatnya

"PANGGG!" Terus Fang berhenti gelak. Dia menoleh kebelakang dan muka dia berubah menjadi masam. Suara itu tadi bukanlah suara abang dia tetapi suara dari seorang gadis yang suka cari pasal dengan dia "HAHAHAAAA! Kau kena tipu dengan aku" Fang menggenggam tangannya dan dahinya berkerut-kerut

"Jagalah kau nanti, Bella" bisik Fang

"Macam-macam betul korang berdua ni"

"Hehehee.. kau marah ke, Yaya?" Bella tersengih kepada Yaya yang baru sahaja sampai di sekolah "Tapi itu memang sudah menjadi hobi kewajiban aku. Cari pasal dengan landak berungu-ungu ni!"

"Takdelah.. tak marah pun tapi jangan korang berdua bergaduh lagi sudah. Kita kan kawan, tak baik gaduh-gaduh" tegur Yaya tetapi suara dia tidaklah begitu tegas pada hari ini

"Yelah tu" muncul Gopal balik semula. Kali ini muka dia penuh dengan kesan-kesan cakaran dari beruang bayang Fang "Dengan aku ke, Boboiboy ke, Bella ke.. dia akan bergaduh juga tapi gaduh-gaduh pun, kita orang tetap kawan baik juga.. betul tak Fang?"

"Ha ah! Betul tu! Jadi Yaya tak perlulah risau" Fang berikan peace kepada Yaya tetapi kaki dia asyik pijak kaki Gopal sebab Gopal pijak kaki dia sebentar tadi. Mereka main pijak-pijak kaki di situ sambil tersengih. Boboiboy perasan dengan perbuatan kawan baik dia tetapi dia abaikan sahaja sebab malas nak melayan karenah mereka berdua "Wei, mana Faye dan Ying?" tanya Fang

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now