Badut

1.3K 93 14
                                    

Pintu rumah dibuka secara perlahan, Kaizo masuk ke dalam sambil memegang beg sekolah Rizu. Dia tadi mendapat panggilan dari sekolah bahawa Rizu tidak begitu sihat kerana demam panas. Ibu Rizu berada di luar negara dan dia terpaksa menyuruh Kaizo menjaga Rizu buat sementara waktu. Rizu masuk ke dalam rumah sambil memeluk tubuhnya yang tidak begitu sihat itu. Sepanjang perjalanan mereka, Kaizo terpaksa mendukung Rizu kerana Rizu tidak begitu larat untuk berjalan

"PANGGGGG!" Kaizo memanggil adiknya "PANGGGGG!" Dia meletak beg sekolah Rizu di tepi pintu rumah. Rizu terus baring di atas kerusi sofa, dia hanya mahu tidur dan berehat sahaja

"Yea abang" Fang keluar dari bilik bersama Boboiboy

"APA KAU BUAT DALAM BILIK TU?" Tanya Kaizo dengan muka serius dia

"Adik tengah siapkan kerja sekolah dengan Boboiboy lah. Rizu kenapa?" Fang baru sedar yang Rizu sudah pun terbaring di atas sofa. Boboiboy muncul di sebelah Fang untuk melihat apa yang berlaku

"Rizu tengah demam. Kau jangan nak buat bising, abang nak pergi buatkan bubur untuk Rizu" Kaizo terus menuju ke dapur dan lalu dia berhenti sebentar "BAWAK TURUN SELIMUT DAN BANTAL UNTUK RIZU!" Dia sambung balik untuk ke dapur. Fang dan Boboiboy melihat Rizu dari tingkat atas. Rizu sudah pun nyenyak tidur di atas sofa

"Hmmm.. macam manalah si budak ni boleh demam" Fang masuk balik ke dalam bilik dia untuk mengambil bantal dan selimut

"Agaknya dia berjemur kot masa hari sabtu hari itu. Hari ahad tu pun dia tak datang rumah kau kan" kata Boboiboy sambil menolong Fang mengangkat selimut dan anak patung landak kegemaran Rizu "Kasihan aku lihat si Rizu tu. Ibu dia ada urusan penting dekat luar negara, orang gaji dia pun macam tak rapat sangat dengan Rizu. Selamatlah kau dan abang kau ada, bolehlah dia tinggal dekat sini buat sementara"

"Aku pun rasa kasihan juga tengok dia tapi takpe, aku akan menjadi abang yang terbaik kepada dia" Fang keluar dari bilik tidurnya sambil mengangkat sebuah bantal Hello Kitty. Bilik Fang belum lagi berubah seperti biasa, masih lagi kekal dengan tema Hello Kitty. Pertama kali Boboiboy masuk ke dalam bilik Fang, dia ketawa terbahak-bahak sampai Fang naik tension. Lama-lama begitu, baru Boboiboy berhenti ketawa tetapi dia berjanji akan menolong Fang untuk mengubahsuai balik bilik Fang. Mereka berdua terus turun ke bawah dan menuju ke ruang tamu. Fang berdiri di sebelah kepala Rizu yang sedang tidur itu. Lalu dia melutut

"Rizu, bangun sekejap. Abang letak bantal dekat bawah kepala Rizu" Rizu yang masih dalam keadaan mamai, dia bangun sedikit dan terus Fang letakkan bantal. Fang baringkan balik Rizu. Boboiboy letakkan anak patung landak di bawah tangan Rizu, selepas itu dia selimutkan Rizu

"Bestnya dia dapat abang yang baik" kata Boboiboy "Rizu sangat bertuah sebab dapat abang seperti kau, abang Kaizo dan juga seorang kakak yang baik iaitu kak Lynna"

"Tapi bukan kita orang sahaja. Dia ada abang dan kakak yang lain juga. Kau, Gopal, Yaya, Ying, Faye, Bella dan juga Lily. Semuanya sayangkan Rizu" Fang belai rambut Rizu yang masih lagi kekalkan gaya rambut seperti rambut Fang. Dia buka cermin mata Rizu dan terus letak di atas meja ruang tamu "Tapi abang aku layan Rizu macam adik dia sendiri. Baik aje, selalunya dia tu ganas dan sadis. Kalau dengan aku, tiap-tiap hari boleh dengar jeritan PANG dia tu.. rasa macam nak kena lempang aje"

"Hehehee... dia tahu Rizu ni bukan macam kau. Kau tu degil dan nakal tapi Rizu lain, dia jenis lembut. Kau tu ganas, dia bukannya ganas pun tapi sudah terikut dengan kenakalan kau. Wei Fang, kau pernah tak bayangkan abang kau menjadi seorang ayah?" tanya Boboiboy

"Aku tak pernah bayangkan abang aku menjadi seorang ayah tapi... kau kena jaga rahsia ni" Fang melihat ke pintu dapur supaya abang dia tidak mengintai mereka berdua. Lalu dia bercakap dengan nada yang agak perlahan "Kau ingat tak aku dapat kunci emas tu?"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now