Baby Landak

1.7K 90 62
                                    

"PAICO!"

"KAIZO!"

"PAICO!"

"KAIZO! AKU CAKAP KAIZO, KAIZO LAH! BUKAN PAICO!"

"UWAAAAAAAAAAAAAAA!" Lynna terus mendukung Fang yang sudah menjadi kanak-kanak berumur 3 tahun

"Kaizo! Janganlah marah dia.. Fang-" Lalu kepala Lynna kena tepuk dengan Fang "Maksud akak.. Pang termakan biskut formula si Emmy buat tu"

"Aku tahu.. tapi aku nak lah dia panggil aku Kaizo bukannya Paico.. ingat aku ni psycho ke apa. Sudahlah si Rizu asyik panggil aku Paizo aje.. selamat bukan Paico"

"Hehehe... itu sebab dia suka dengan nama comel kau, Paizo.. betul tak Pang?" Fang angguk-angguk sambil picit hidung Lynna "Alolo... comelnya dia" Dia terus memeluk Fang di tepi bahunya "Jom Pang, akak bagi makan.. nak tak?"

"NAK!" Fang peluk leher Lynna. Mata dia memandang ke arah abangnya, lalu dia tuding jarinya "PAICO!"

"NAMA ABANG BUKAN PAICO! TAPI KAIZO!" Berapi-api hati Kaizo

"PAICO! PAICO! PAICO! PAICO!" Fang terus gelak. Lynna turut ketawa juga. Dia cepat-cepat masuk ke dalam dapur sebelum Kaizo mengamuk tak tentu "PAICO!"

"Jagalah kau nanti Pang.. bila kau sudah pulih. Aku akan menghukum kau" Kaizo tarik nafas dan tenangkan dirinya "Bila si budak Emmy tu nak siapkan formula dia" Dia terus duduk di atas kerusi sofa sambil teringatkan balik kejadian tadi. Emmy telah berikan biskut formula dia sendiri kepada Fang sebagai bahan experiment. Biskut formula itu sepatutnya dapat membuat badan Fang menjadi kuat seperti The Hulk atau Captain America tetapi ianya membuat Fang menjadi seorang bayi kecil

Kejadian itu berlaku apabila Fang pulang dari sekolah dan terserempak dengan Emmy. Ketika itu, Fang pulang bersama dengan Faye. Dia tidak berasa ragu-ragu dengan biskut Emmy kerana dia tahu, Emmy tidak pernah buat silap dengan ciptaan dia tetapi kali ini, ada sesuatu yang tidak kena dengan formulanya. Setelah Fang menggigit biskut itu, badan dia mula mengecil dan berubah menjadi bayi. Emmy terus berasa cemas dan dia dengan segeranya, dia akan memperbaiki biskut formula itu dan akan cuba untuk kembalikan Fang pada umur asalnya. Faye terpaksa mendukung Fang untuk bawa balik rumah. Mujurlah Kaizo tidak begitu mengamuk sangat, dia hanya marah sedikit sahaja

"Abang Kaizo.." Kaizo terus pandang ke arah Faye

"Kenapa? Ada berita daripada Emmy ke?" tanya Kaizo dengan nada serius dia

"Abang Kaizo tak marah Emmy kan?"

"Abang marah sikit sahaja tapi.. kita semua tidak lari dari buat kesilapan, jadi abang maafkan dia. Dia ada hubungi kau ke?"

"Ada.. dia cakap, mungkin esok dia akan bawa biskut formula dia. Jadi abang kena bersabar yea" Kaizo tidak berkata apa "Kalau abang tak larat nak jaga si baby Fang tu seorang diri, kak Lynna boleh tolong abang"

"Hmm.. ok.." Kaizo terus mencapai remote television tetapi dia dan Faye terdengar sesuatu benda terjatuh dari dapur. Mereka bergegas ke dapur untuk melihat apa yang terjadi "Pang?!"

"Jangan risau Kaizo.. si Pang ni tengah main dengan periuk" Lynna sedang melutut di tepi Fang "Dia main ketuk-ketuk, lepas tu dia pergi baling" Dia mengusap kepala Fang

"PAICO!" Fang tunjuk ke arah Kaizo "PAICO! PAICO! PAICO COMEL!"

"Hehehee... Pang sayangkan abang?" tanya Lynna

"CAYANG CAYANG!" Fang terus bangunkan diri untuk berjalan ke arah Kaizo. Kedua tangan dia sudah terangkat sambil melihat abangnya "Dukunglah Pang"

"Hmm... manja betul kau ni" Kaizo tidak membantah, dia dukung adiknya "Malam ni kau nak makan apa?"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now