Nasi Lemak

1.1K 73 9
                                    

Mata Rizu bersinar-sinar melihat Idoli buat pertama kalinya. Dia mengusik-usik telinga kucing Idoli dan lalu dia tergelak sedikit. Idoli suka dengar gelakan dari Rizu, lalu dia tergelak sekali. Mereka berdua bermain-main di ruang tamu rumah Fang dan Kaizo. Mereka bermain video game, melukis dan warnakan lukisan itu bersama dan paling manis sekali ialah, melihat Rizu mengajar Idoli membaca dan mengenali abjad ABC

"Hehehee.. alangkah indahnya kalau Rizu ada seorang adik, mesti tiap-tiap hari akan mengajar adiknya"

"Hmmm... tapi Idoli pun dah nampak macam adik dia. Suka pula mereka main bersama" Kaizo menghirup air teh hijaunya. Dia dan Lynna hanya berdiri di pintu muka dapur sambil melihat gelagat dua budak kecil itu bermain-main di ruang tamu "Ini baru pertama kali dia orang jumpa, sudah macam adik beradik pula tapi Idoli hanya dapat duduk di sini setahun sahaja. Tentu Rizu akan kesedihan nanti"

"Tentu mereka akan dapat berjumpa lagi dan tak mungkin Raja Rex akan pisahkan Idoli dengan idola kesayangan dia.. hehehee"

"Aku sebagai idola? Buat lawak aje.. "

"Janganlah kata begitu Kaizo. Dia macam adik kau juga, memandang tinggi terhadap kau dan dia juga ingin menjadi kuat seperti kau" balas Lynna "Kau kan Kapten yang terhandal di seluruh galaxy dan ramai musuh-musuh kau ingin kalahkan kau tetapi kau cukup tangkas mengalahkan mereka"

"Tapi ada juga masanya aku kecundang" jawab Kaizo dengan nada yang agak perlahan "Aku sekarang ni terlalu leka sangat dekat sini tetapi kau tidak perlu risau. Aku sudah kembalikan diri aku yang sebelum ini"

"Tapi perangai kau sahaja yang tidak berubah.. hehehe.. tetap serius dah garang seperti selalu" Lynna tergelak sedikit "Aku tengok rumah kau ni makin lama makin ramailah pula. Dulu kau dengan adik kau sahaja, sekarang dengan adanya Faye, kadang-kadang Rizu tidur dekat sini dan yang terbaru sekali, Idoli tapi bukan mereka sahaja. Pikachu, Shadow dan Lily si itik pun duduk di sini.. kau tak rasa rimas ke? Yelah, kau kan Kapten Kaizo yang perlukan ketenangan"

"Hmm... sebenarnya aku tidaklah rasa rimas. Aku rasa biasa sahaja" Kaizo tunduk sedikit kepalanya sambil melihat teh hijaunya "Mungkin aku sudah terbiasa dengan kawan-kawan adik aku yang kecoh itu tapi kalau aku tidak tahan sangat, aku akan pergi tenangkan diri dekat kapal angkasa"

"Hehehee.. macam-macam kau ni" Mata menawan Lynna melihat Kaizo yang sentiasa serius itu "Tapi berada di angkasa lepas pun, memang membuat diri kita semua tenang. Dapat melihat keindahan alam galaxy. Lebih-lebih lagi dapat melihat planet bumi yang indah permai ini"

"KAKAK LYNNA!" Terkejut Lynna dengan jeritan dari dua budak kecil iaitu Rizu dan Idoli. Kaizo terus masuk ke dalam dapur

"Kenapa?" Lynna tundukkan dirinya untuk melihat mereka berdua dengan lebih dekat "Rizu dan Idoli nak sesuatu ke?"

"Ha ah! Kami nak pergi ke taman permainan.. bolehkan?" Rizu berikan muka harapannya kepada Lynna "Bolehlah kakak Lynna, Pizu akan jadi Idoli dengan baik! Tak pun Pizu ajak kakak Emmy sekali! Bolehlah kita bertiga main-main dekat taman permainan"

"Hmm..." Lynna terus tersenyum di situ sambil mengusap-usap kepala mereka berdua "Kita tanya abang Kaizo dulu. Kalau dia bagi, kita pergi sama-sama. Kalau dia tak bagi, kita tukarkan abang Kaizo jadi anak kucing.. hehehee"

"Apa kau cakap Lynna?" Kaizo muncul di belakang Lynna dengan muka serius lagi "Kau nak tukarkan aku jadi seekor anak kucing? KEGILAAN APAKAH INI?"

"KEGILAAN ABANG PAIZO TUKAR JADI ANAK HARIMAU!" jerit Rizu dan Idoli dengan cerianya. Mereka berdua terus gelak ketawa di situ

Berkerut-kerut dahi Kaizo apabila Rizu sudah mula mengajar Idoli untuk memanggil dia 'Paizo'

"Hehehe.. nakal sungguh dia orang berdua ni" Lynna suka melihat dua budak kecil itu. Lalu dia tegakkan badannya "Kau bagi tak dia orang main dekat taman permainan?"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now