Uji Bakat

1.2K 78 43
                                    

Fang rasa pelik pula melihat Lily berada di sekolah dia. Dia garu-garu kepala dia sambil fikirkan alasan kenapa Lily ada di situ dengan senyuman lebar bagaikan sebuah matahari yang bersinar-sinar dan mata dia juga turut bersinar-sinar seperti sebuah bintang berkelipan di angkasa. Fang tidak pasti, samada dia mahu menjerit dekat Lily atau tendang Lily masuk ke dalam longkang. Dia tergelak sedikit sambil fikirkan idea nakal untuk kenakan Lily

"Lily, apa kau buat dekat sini?" muncul Boboiboy bersama Gopal

"Lily sebenarnya tidak tahu pula pelakon kegemaran Lily ada berlakon di sekolah korang. Dengan itu, Lily akan pindah ke sini selama beberapa hari sahaja. Ini semua kerana ingin melihat dia"

"Ohhh... pelakon remaja tu?" Boboiboy tunding jari ke arah seorang pelakon remaja lelaki yang bernama Lufi Crush. Muka pelakon remaja itu ada sedikit macam pakistan dan ada sedikit seperti pelakon Hollywood. Lily sudah bersiap sedia dengan kameranya dan juga sebuah banner besar yang tertulis 'I LOVE YOU'

"Boboiboy jangan risau. Hati Lily tetap pada Boboiboy ku yang comel, pipi tembam macam pau kacang. Oh my BBB-Chan" Tetapi mata Lily masih lagi melihat pelakon kegemaran dia. Bukan dia sahaja yang meminati pelakon tersebut, ramai gadis lain turut meminati pelakon itu. Lily tidak mahu bertindak liar ataupun ganas sebab dia tahu, pelakon Lufi itu hanyalah manusia biasa sahaja tetapi Boboiboy dia adalah seseorang yang sangat istimewa bagi diri dia

"Lupakan ajelah buah hati kau tu. Dia tu mana minat dekat kau pun" Lily terus goyang-goyangkan leher Fang "Ja-ja-janganlah... goyangkan... aku..." pening kepala Fang

"NAK JUGAAAAA!" jerit Lily sepuas hati "Landak memang landak! Suka sangat nak cari pasal dengan Lily!"

"Ta-tapi Lily ju-juga ya-ya-yang suka cari pasal dengan a-aku" Terus Lily berhenti "Adoi... sakitnya kepala aku"

"Hehehehe.. maaf tapi betul juga cakap landak. Hobi Lily kan suka cari pasal dengan landak dan kapten itik hot" kata Lily sambil angguk-angguk kepala "Tapi apasal ramai sangat asyik tangkap gambar kita ni?"

Baru mereka sedar bahawa ada juga peminat yang ship Lily dan Fang. Mereka rasa sangat teruja melihat chemistry di antara Lily dan Fang. Ada yang menjerit-jerit kepada mereka sehingga membuatkan Lily dan Fang lari jauh daripada diri masing-masing. Mereka berdua lari lintang pukang. Fang sorok di dalam stor sukan dan Lily pula, sorok di bawah meja cikgu Papa Zola. Boboiboy dan Gopal tergelak melihat gelagat mereka berdua. Muncul Mimiko dengan senyuman sinis dia dan mata dia bersinar-sinar melihat Boboiboy

"Hehehee... baguslah kalau dia orang berdua together-together. Takdelah ada yang hendak menganggu aku dengan Boboiboy! HAHAHAHAAA!" Mimiko tergelak di situ sambil bercekak pinggang "AKU AKAN BERUSAHA UNTUK JATUHKAN MUSUH KETAT AKU! DAN AKU AKAN PASTIKAN LILY DAN FANG AKAN FOREVER BERSAMA SELAMA-LAMANYA!" Bella yang baru sahaja sampai, dia terus sembur muka Mimiko dengan botol penyembur air dia. Mimiko mengelap mukanya yang penuh dengan titisan air

"Ada hati yea kau" kata Bella

"Memanglah aku hati! Hati aku terpikat dengan.." Mimiko pusing ke arah Boboiboy tetapi dia sudah pun larikan diri. Hanya tinggal Gopal sahaja di situ "Aik, mana Boboiboy?"

"Dia sudah lari. Dia cakap hati kau busuk sangat sampai dia tak boleh tahan bau busuk tu" jawab Gopal dengan selambernya. Terus berkecai hati Mimiko. Muka Mimiko berubah menjadi sedih dan lalu dia terduduk di situ sambil berpura-pura menangis

"Sampai hati Boboiboy larikan diri mu dari diri ku"

Gopal dan Bella terus teredar dari situ sebab malas nak melayan Mimiko dan drama sedih dia. Lalu Mimiko berdrama bersendirian di situ sambil disaksikan oleh pelajar-pelajar lain. Mereka sempat lagi merakamkan video. Faye salah seorang daripada pelajar-pelajar tersebut. Dia tergelak kecil melihat drama Mimiko. Lalu dia terfikirkan tentang kawan baik dia yang suka buat aksi drama iaitu Lily

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now