Karnival Hantu

1.3K 91 38
                                    

Sepucuk surat yang ditinggalkan untuk Kaizo dari ayahnya membuatkan Kaizo terfikir setiap malam. Setiap malam, dia akan membaca surat itu bersendirian di dalam bilik tidurnya dan kemudian, dia sorokkan surat itu di tempat yang adik dia tidak akan jumpai. Adik dia sendiri tidak tahu isi kandungan surat tersebut. Fang tidak mahu membaca surat itu sebelum abang dia baca dan dia faham kalau abang dia tidak mahu berkongsi surat itu bersama. Dia menghormati keputusan abangnya dan tidak akan bertanya apa isi kandungan tersebut

"Tak tahu pula ayah aku nak masukkan aku dalam sekolah military" kata Kaizo sambil berborak dengan Lynna di jam kuasanya. Hanya Lynna sahaja yang tahu tentang isi kandungan surat tersebut "Patutlah malam tu dia tunjukkan aku jam kuasa yang aku miliki sekarang ini"

"Ayah kau buat begitu sebab nak pisahkan adik kau dengan kau?"

"Yea Lynna tapi mungkin dia ada sebabnya. Dia tiada pula tulis dalam surat tersebut tapi dia cakap, untuk kebaikan kita berdua. Masa aku kecil lagi, aku dan Pang memang agak sukar untuk dipisahkan tapi kadang-kadang dia tak kisah pun kalau aku keluar bermain dengan kawan baik aku tu" Kaizo terkenang balik tentang kawan baik dia dulu iaitu Devon. Kawan baik pertama dia tapi sekarang, kawan baik dia sudah pergi buat selama-lamanya. Dia mengaku, dia sendiri yang hapuskan kawan baik dia kerana kegilaan kuasa

"Hehehe.. dia nak kau lebih matang lagi kot"

"Mungkin juga"

"Tapi kau dah jadi matang pun semenjak ibu bapa kau tiada lagi. Kau yang jaga Fang dari dia kecil lagi sehingga sekarang tapi pengorbanan kau terhadap adik kau, aku amat kagum"

"Hmm.. pengorbanan apa kebendanya. Selepas sahaja aku menjadi kapten, aku terlalu leka sangat di dalam misi-misi aku sampai aku lupakan si Pang tapi aku mulai sedar semenjak Ratu Lily culik dia dan seksakan dia. Pang adik aku, aku patut melindungi dia, bukannya berikan dia misi"

"Takpelah Kaizo, at least ada juga kebaikannya Ratu Lily culik Fang. Dia nak bagi kau sedar.. kalau Ratu Lily tak culik dia, aku tak tahu apa yang akan terjadi sekarang. Mungkin Fang masih lagi tinggal di bumi keseorangan dan hanya kawan-kawan dia sahaja sebagai peneman hati dia. Kau pula mungkin kadang-kadang sahaja menghubungi dia" Kaizo tersenyum sedikit kepada Lynna

"Yea, mungkin betul juga apa yang kau katakan tadi"

"Kau jangan fikirkan sangat Kaizo, semuanya sudah berlalu tapi aku berharap, kau dapat mengambil pengajaran apa yang berlaku sebelum ini"

"Apa yang berlaku sebelum ini, memang mengajar aku. Kalau aku terlalu leka dan tidak kisahkan tentang Pang, mungkin juga aku telah mengingkari janji ibu dan mungkin juga aku tidak dapat melihat Pang membesar" kata Kaizo dengan nada serius dia

"Baguslah tu" Lynna senyum sedikit kepada Kaizo "Lagipun, kalau kau tak ikut adik kau duduk di sini, tak mungkin aku dapat mengenali diri kau"

"Mungkin tapi apa-apa pun, terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku"

"Sama-sama Kaizo" Lynna melihat jam yang ada di sisi dia "Oklah Kaizo, aku masuk tidur dulu. Esok aku kena bangun awal. Ada hal aku kena buat. Jumpa lagi" Kaizo terus tutup hologram tersebut. Dia terpandang di pintu biliknya, Fang ada di situ dengan segelas susu

"Berapa lama kau berdiri dekat situ?"

"Baru sahaja abang" Fang masuk ke dalam bilik abangnya "Abang berborak dengan siapa tadi?"

"Itu pun kau nak tahu"

"Hehehe.. mestilah, urusan abang adalah urusan adik juga! Tapi kalau bukan urusan penting yang melibatkan alien-alien durjana yang cuba untuk merampas jam kuasa kita semua dan juga ingin menentang kapten yang terkuat di galaxy iaitu abang ku yang terlajak handsome! mesti abang tak nak beritahukan" Kaizo masih lagi dengan muka serius dia walaupun adik dia tergelak sedikit "Abang ni, susah betul nak buat abang ketawa"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now