Cinta Bersegi-segi

1.4K 64 21
                                    

"Abang, kenapa abang beli cadar tilam corak itik? Adakah abang ingin mengaku bahawa style rambut adalah style itik?"

"Bila masa abang beli cadar itik untuk aku. Cadar katil ni, aku belikan untuk kaulah!"

Hati Fang mula berapi-api dengan abang dia. Mata dia pandang ke arah abang dia yang berjalan di sebelah dia. Fang mula perasan pula, abang dia nampak kacak pula dengan pancaran cahaya sedang memacar di bahagian tepi abangnya. Agaknya, begitulah peminat-peminat abang dia melihat diri Kaizo yang serba kacak itu. Dia akui, abang dia memang kacak tetapi diri dia paling kacak dan bergaya sekali. Dia tersenyum bangga dengan diri dia. Kaizo mula perasan dengan adiknya senyum bersendirian di situ. Dia hanya angkat kening sebelah sambil melihat adiknya. Mereka sudah sampai di lorong kawasan rumah dia. Dari jauh lagi, Kaizo boleh nampak sebuah banner besar tertera di depan rumahnya. Kaizo mempercepatkan langkah dia. Sampai sahaja di hadapan depan rumah dia, Kaizo terkejut dengan banner itu

"Sesi mencari bakal isteri Kapten Kaizo?" Berkerut-kerut dahi Kaizo "SIAPA PUNYA KERJA NI? PANG! INI KERJA KAU KE HAH? KAU NI SUDAH MELAMPAU!" Dia keluarkan pedang tenaga dia dan mula hendak mengamuk di situ

"Bila masa adik yang buat" Fang lalu di tepi abangnya sambil melihat banner tersebut "Lagipun adik sudah tahu siapakah bakal isteri abang nanti.. hehehehe"

"Kau jangan nak merapu sangat. Aku cantas kau nanti"

"Cantas lerr... tapi abang tak kan berani buat begitu.. hehehe" Fang tergelak sinis di situ. Dia dapat bayangkan beratus-ratus bakal gadis yang akan beratur di hadapan rumahnya "Heheheee... mesti ramai akan hadir ke sini nanti" bisik dia

"Kalau bukan kau yang buat, siapa?" Kaizo simpan pedang tenaganya "Jangan cakap si pelik tu pulak yang buat"

"Bukanlah encik Kapten Kaizo. Bukan si Fang ataupun si katak pili tu yang buat. Ini semuanya adalah kerja saya sendiri"

"JADI! KAULAH YANG BUAT BENDA MERAPU NI! KAU NI MEMANG NAK KENA! AKU JADIKAN KAU BESI BURUK, BARU KAU TAHU!" Menggigil Probe sambil sorokkan dirinya di belakang beberapa helaian kertas yang dia pegang itu "Kenapa kau buat begini? Apa alasan kau?"

"Se-sebenarnya.. saya.. saya.. saya cuba nak bantu encik bos saya"

"Wei, kau nak bantu dia apa? Bantu dia menjadi wedding planner ke? Adudu dah tukar pekerjaan ke?" Fang garu-garu kepala dia. Kaizo sudah keluarkan pedang tenaga dia semula "Jadi kau buat semua ni sebab nak suruh abang aku kahwin cepat dan ambik korang sebagai wedding planner abang aku?"

"Bukan itu maksud saya" Probe betulkan suara dia sedikit "Saya membantu encik bos saya kerana saya rasa kasihan dengan dia. Setiap hari dia cuba keluarkan sebuah idea untuk mengalahkan Boboiboy dan juga Kapten Kaizo. Lalu saya telah mendapat satu idea yang bernas! Idea saya adalah untuk mencari bakal isteri kepada Kapten Kaizo, buat mereka jatuh cinta, kahwinkan dia orang, lepas tu mesti dia orang nak berhoneymoon dekat planet lain.. and then dapat anak, takde masa nak jadi kapten dah sebab sibuk jaga anak.. eheheee"

"Macam tak masuk akal aje idea kau ni" kata Fang

"Tak masuk akal ke? Walaupun idea saya memakan masa yang panjang tetapi saya yakin, idea saya akan berjaya juga"

"Aku rasa, idea kau akan gagal nanti... PEDANG TENAGA!" Probe terus terbang jauh sedikit daripada Kaizo "Mari sini kau, aku tak puas lagi untuk menghentam kepala besi kau tu"

"Eh, nanti dulu.. mana boleh hentam saya dulu sebab ramai pula yang hantar balik borang kelayakan menjadi isteri Kapten Kaizo ni" Probe sangat teruja melihat beberapa gadis hadir di situ untuk berikan borang kelayakan mereka yang sudah habis di isi "Ramai nak jadi isteri kepada Kapten Kaizo ni" Lalu kepala Probe di ketuk oleh Fang

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now