Sekolah Baru

1.3K 98 4
                                    

"Pertama kali aku ke sini adalah sewaktu aku di sekolah rendah dulu. Aku telah di masukkan ke dalam kelas 5 Jujur. Selepas itu, aku tidak mahu mengikut abang aku pulang dan aku terus duduk di sini sampai sekarang. Kini aku telah berjaya memasuki sekolah menengah Pulau Rintis tetapi kenapa harus sekolah petang. Tapi takpe, semangat aku ingin belajar berkobar-kobar di dada ku! Aku akan buktikan yang aku adalah alien yang terpandai di sekolah menengah Pulau Rintis! HAHAHAHAHAAA!"

"Dey, yang kau cakap sorang-sorang dekat sini apasal?" muncul Gopal dengan makanan dia

"Isk! Suka hati akulah kalau aku nak cakap sorang-sorang. Kau sibuk apasal?"

"Suka hati kaulah. Teruskan lah dengan monolog merapu kau" Gopal terus tinggalkan Fang di pagar pintu sekolah dan lalu Fang sambung bercakap seorang diri di situ. Pelajar-pelajar lain melihat dia tetapi mereka sudah terbiasa dengan kepelikan Fang

"Aku akan menjadi pelajar nombor satu walaupun Yaya dan Ying sama kelas dengan aku. Aku tak kan korbankan jawapan aku lagi seperti dulu! HAHAHAHAHAAA! Aku akan buktikan, aku adalah yang terbaik diantara yang terbaik di sekolah ini!" Lalu kepala dia di ketuk oleh seseorang "WOI! SIAPA KETUK KEPALA AKU NI?" Fang menoleh kebelakang dan nampak seorang gadis yang bernama Bella "Isk, kau rupanya. Nak cari pasal dengan aku lah tu"

"Buang masa aku sahaja tapi yang kau bising-bising di sekolah ni kenapa? takde kerja lain ke"

"Sudah sudahlah tu Bella. Jom kita cari yang lain" kata Faye yang ada di sebelah Bella. Dia sedang memegang sebuah kotak kecil yang berwarna pink

"Kau bawak apa tu Faye?" tanya Fang. Mereka bertiga terus masuk ke dalam perkarangan sekolah untuk mencari kawan-kawan mereka yang lain

"Hmmm.. hari ini hari jadi Bella. Jadi aku pergi beli kek sebelum aku datang ke sekolah. Masa rehat nanti bolehlah kita makan sama-sama" kata Faye "Tapi.. yang tak bestnya, LILY TAKDE.. UWAAAAAAA! Kita jadi duo huru hara ajelah buat sementara ni"

"Bagus lah tu, takdelah dia asyik panggil aku landak aje memanjang. Aman aku rasa tanpa adanya si Lily tu. AKU BEBAS! YAHOOOOO!" Fang meloncat-loncat kegembiraan. Dia berjalan menuju ke arah Boboiboy dan Gopal dengan senyuman dia yang begitu lebar, hati yang tenang dan semangat untuk mulakan belajar yang sangat tinggi

"Oh yea, Lily ada bagi surat untuk Boboiboy" kata Faye. Bella menolong Faye keluarkan sekeping surat yang ada di dalam beg sekolah Faye dan lalu dia berikan kepada Boboiboy "Dia cakap, dia rindu sangat nak datang sini balik tapi apa boleh buat, Lily duduk tempat lain. Alangkah indahnya kalau Lily dapat pindah sekolah ke sini tapi dia tidak akan sama kelas dengan kita semua. Oh kawan baik ku, tanpa mu.. siapalah nak cari pasal dengan sepupu aku nanti"

"Wei, yang kau tiba-tiba nak berdrama macam Lily apasal?" kata Fang dengan nada bosan dia

"Hehehehee... saja jea lagipun aku rindu dekat kawan aku tu" Faye mengeluh sambil melihat Boboiboy membuka surat itu dan lalu dia baca

"Ke hadapan Boboiboy ku yang tembam. Saya Lily ingin mengucapkan selamat maju jaya semasa berada di tingkatan satu nanti. Jangan lupakan Lily dan jangan termakan dengan kata-kata Ratu Lily kalau dia cuba memikat BBB-Chan ku!"

"Sempat lagi budak ni" bisik Gopal

"Kalau Boboiboy rindukan Lily, Lily ada hantar sesuatu. Nanti tunggu tau hadiah daripada Lily dan Boboiboy jangan buang pulak. Kasihan Lily nanti sebab Lily buatkan khas untuk Boboiboy ku yang comel, pipi tembam seperti pau. Nanti cium-cium kan Rizu untuk Lily sebab Lily rindu dengan budak penguin banyak celoteh tu. Lily rindu dengan korang semua. Lily rindu dengan pengembaraan kita semua. Masa cuti sekolah yang panjang lebar seperti celoteh Rizu tu, Lily rasa sangat gembira dapat meluangkan masa bersama korang semua. Terima kasih Boboiboy kerana sudi menjadi kawan Lily. Tak sangka Lily dapat berkawan dengan Boboiboy kerana selama ini, Lily hanyalah peminat setia Boboiboy sahaja tapi paling tidak disangka, Lily dapat juga berkawan dengan kawan-kawan Boboiboy seperti landak, Faye, Bella, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, kak Lynna, Rizu dan juga abang Kaizo. Korang semua memang terbaik! Nanti kalau ada masa, Lily akan datang lagi dan Lily akan bawa kerepek pisang untuk korang semua! Mesti landak dan abang Kaizo rindukan Lily sebab Lily kan suka kacau dia orang sampai abang Kaizo asyik nak bagi pedang tenaga dia sahaja. Isk isk isk, apalah si itik tu. Sentiasa tak puas hati dengan Lily tapi Lily tak kan serik! Lily jadi lebih suka! HAHAHAHA! OKlah, sampai di sini sahaja surat dari Lily. Love you BBB-CHAN! Take care!" Boboiboy lipat surat itu "Hehehe.. terima kasih Lily sebab bagi surat ni"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now