Majlis Tari Menari

1.4K 84 22
                                    

Pelajar-pelajar lalu lalang sahaja di hadapan 8 orang pelajar yang sedang berhenti sambil membaca sebuah poster di papan kenyataan bersebelahan bilik muzik. Mata Yaya, Ying, Bella dan Faye bersinar-sinar apabila mereka dapat tahu bahawa hari sabtu ini sekolah mereka akan mengadakan 'School Dance Fundraiser' Manakala Boboiboy, Fang, Gopal dan Harraz, perasaan mereka hanyalah normal seperti biasa. Mereka tidaklah begitu teruja dengan program yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah kerana mereka tahu, mesti ramai pelajar perempuan yang akan mengajak mereka untuk pergi

"Tapi.. mesti ada banyak makanan yang bestkan" Gopal terbayangkan sebuah meja yang penuh dengan makanan kegemaran dia. Dari makanan manis-manisan sehingga ke makanan sihat seperti buah-buahan. Selepas itu dia bayangkan terdapat satu chocolate fountain yang amat besar sekali. Dia terbayangkan diri dia menjelir lidah di bawah chocolate-chocolate yang sedang mengalir keluar itu "Seronoknya..." bisik Gopal seorang diri sambil dia mengelap air liur dia yang sudah meleleh keluar

"Hmmm... tahu makan aje kau ni" kata Yaya

"Ala, aku pun terbayangkan ada makanan best best nanti" kata Faye sambil tersenyum manis

"Kalau macam tu!" Gopal terus melutut satu kaki di depan Faye "Wahai sahabat ku yang suka sangat makan seperti diri ku, sudikah kamu untuk pergi ke majlis menari itu nanti?" Faye tergelak malu. Boboiboy, Fang dan Harraz ternganga mulut mereka melihat kelakuan Gopal mengajak seorang gadis lawa. Yaya, Ying dan Bella rasa begitu manis sekali, hati mereka berbunga-bunga melihat Gopal melamar Faye untuk pergi ke majlis menari tersebut

Faye tersenyum sambil pegang tangan Gopal "Wahai putera Gopal, aku sudi untuk pergi ke majlis tersebut"

"YAHOOOOOO!" Gopal meloncat kegembiraan "HAH! AKU LEBIH HEBAT DARIPADA BOBOIBOY DAN FANG! HAHAHAHAHAAAAA!"

"Eleh, hebatlah sangat, dengan hantu badut pun kau nak takut"

"Wei Fang, hantu badut tu menyeramkan.. aku masih teringat lagi masa dia gigit aku tu. Memang sungguh menyeramkan sampai terbawak-bawak ke dalam mimpi aku" Seram sejuk badan Gopal apabila dia memikirkan tentang hantu badut "Tapi... aku lebih berani daripada sebab aku telah berjaya mengajak seorang gadis yang lawa iaitu Faye!"

"Hmmm... sebagai sepupu dia! Kau jangan nak melebih" Fang tunjuk penumbuk dekat Gopal

"Sudahlah tu Fang" Boboiboy tarik Fang untuk jauhkan diri Fang daripada Gopal "Gopal, kita orang berani apa tapi tak kan nak ajak perempuan pulak. Aku kalau boleh, nak ajak Ochobot"

"Kau ingat Ochobot tu perempuan ke" kata Gopal dengan nada bosan dia. Boboiboy tersengih sambil garu-garu pipi dia

"Tak payahlah nak ajak perempuan sebagai teman korang. Kita pergi ramai-ramai sebagai kawan ajelah. Kan elok begitu, tak payah nak gaduh-gaduh atau buat kepala pening aje"

"Ha ah, betul juga cakap Yaya. Aku setuju sahaja maaa!" kata Ying "Tapi kalau korang mau bawak aku, aku terima sahaja maa" Ying tergelak sambil melihat Boboiboy, Fang dan Harraz

"Kau pergi dengan budak nerd ni" Fang tolak Harraz ke depan Ying "Aku nak ajak Rizu! ataupun abang aku"

"Macam abang kau nak pergi aje" kata Boboiboy sambil mengangkat kening sebelah

"Kalau dia tak nak pergi, aku pergilah dengan Rizu" Fang terus pusingkan diri untuk pergi masuk ke dalam kelas dia. Gopal tersenyum sinis melihat dua orang kawan lelaki dia

"WEI FANG! AKU CABAR KAU AJAK SEORANG PELAJAR PEREMPUAN! KAU PUN SAMA JUGA BOBOIBOY!" Fang terkejut dengan cabaran tersebut. Lalu dia menoleh kebelakang "Heheheheee... kalau tidak, kau bukanlah seseorang yang hebat sangat. Betul tak Faye?"

"Errrr... betul tu! Sepupu aku kan hebat dalam segala-galanya. Hebat dalam memasak, hebat dalam menjaga kebersihan, hebat dalam mata pelajaran, hebat dalam bab berlawan, hebat mengamuk tak tentu pasal, hebat dalam bersaing dengan orang.. apa lagi yea" Faye cuba fikirkan benda lain

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now