Makmal Rahsia

1.2K 89 11
                                    

"Lalalalaaa! Aku suka kemas rumah! Sebab ianya adalah satu amanah! Abang aku pun tak marah-marah! Aku pun suka hati.. hahahahaaa!"

Bella menutup telinga dia sebab dari tadi lagi dia asyik dengar lagu rekaan dari Fang sahaja. Dia sekarang ini berada di dalam bilik Faye untuk siapkan kerja sekolah mereka bersama sebelum bertolak ke sekolah

"Wei Faye, si Fang tu memang OCD ke?" tanya Bella sambil melukis gambar Fang kena ketuk dengan tukul besi

"Kenapa?"

"Takdelah, tapi masa aku sampai.. aku nampak abang Kaizo tengah bersihkan rak almari yang penuh dengan habuk tu.. lepas tu, aku tengok.. si Fang tu pergi bersihkan balik. Dia tu memang gilakan kebersihan yea" Faye tergelak sedikit

"Memang pun. Kadang-kadang bilik aku pun dia nak bersihkan juga tapi aku tak bagi. Pergilah bersihkan bilik abang dia tu tapi Fang jawab, bilik abang dia tidak boleh di sentuh oleh sesiapa pun" Lalu Bella dekatkan diri dia kepada Faye

"Wei Faye, kau tak rasa ke dalam bilik abang dia menyimpan sejuta rahsia" kata Bella dengan nada yang agak perlahan

"Rahsia.. mesti rahsia yang penting-penting sampai adik dia sendiri tak boleh nak masuk bilik dia"

"Agaknya, apa abang sepupu kau tu simpan? Sebongkah emas? Harta karun? atau mungkin diary dia"

"Diary?" Faye terbayangkan sepupu dia mempunyai sebuah buku diary yang penuh dengan rahsia isi hati dan semua perkataannya amatlah berbunga-bunga sekali. Mungkin semuanya kisah tentang perjalanan Kaizo menjadi seorang kapten yang terhebat dan juga pengembaraan dia bersama Lahap dan Fang di angkasa lepas. Mungkin juga ada tentang kisah-kisah lain yang Kaizo tidak mahu sesiapa mengetahuinya. Mungkin juga tentang kisah cinta yang dia cuba sembunyikan "Hmm... misteri sungguh bilik abang Kaizo"

"Kau tak nak pergi siasat ke?" Bella mengangkat-gangkat bulu kening dia kepada Faye "Mesti kita akan jumpa benda-benda yang menarik dan misteri ataupun harta karun. Mungkin sebab itu abang sepupu kau kaya semacam.. hehehee.. sampai kedekut tak nak bagi Fang duit"

"Dia tak nak bagi Fang duit sebab dia tahu nanti adik dia akan membazir dengan membeli donut lobak merah" kata Faye dengan nada sindiran dia "tapi seronok juga kalau kita pergi explore bilik abang Kaizo tapi kena tunggu dia takde dekat rumahlah"

"dan jangan lupa sekali si Pang tu. Karang dia beritahu abang dia" Bella lukis lagi gambar Fang tetapi kali ini sebuah lukisan Fang kena kejar dengan harimau bayang "Tapi.. kalau kita bagi dia donut lobak merah suruh dia senyap, boleh juga"

"Hehehehe.. idea yang bagus" Faye tergelak sinis. Mereka tidak sedar bahawa Fang berada di belakang mereka. Dia dengar setiap perbualan mereka berdua. Lalu dia tersenyum sinis sambil undurkan diri dia untuk keluar daripada bilik Faye. Dia berada di dalam bilik Faye tadi sebab hendak mendengar gossip terbaru dari Bella dan Faye. Fang kadang-kadang akan mencuri dengar perbualan mereka tapi ada masanya, hati dia berapi-api dengan Bella sebab kutuk diri dia. Selepas dia berjaya keluar dari bilik Faye, Fang terus ke bilik abangnya

"Abang aku takde dekat rumah. Inilah masanya untuk aku menyelongkar barang-barang dia" Fang membuka pintu bilik abangnya. Dia terasa seram sejuk pula, selalunya tidak rasa begitu "Abang aku ni bela hantu ke apa"

"Abang kau memang bela hantu pun" tiba-tiba sahaja Fang terdengar bisikan dari Bella. Mata dia melirik ke arah Bella yang berdiri dekat dengan dia "Wei, apasal kau ada dekat sini?"

"Aku macam kau lah, nak menyelongkar rahsia abang-abang kau. Kenapa dia tak bagi sesiapa masuk ke dalam bilik dia? Adakah dia menyimpan rahsia ataupun sebenarnya ada pintu rahsia yang boleh membawa abang kau ke sesuatu tempat yang misteri"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now