Kaizo Masak, Lynna Bercerita

1.2K 73 130
                                    

"Semenjak pasukan biru menang hari tu, Rizu terus jadi popular yea" Fang duduk di atas tembok pantai sambil melihat Rizu bergambar dengan para peminat dia "Jangan dia lupa diri sudah. Kalau tidak, aku sekeh kepala si budak kecik tu"

"Itu pun kau nak marah ka? Biarkanlah dia nak merasa menjadi popular seperti abang kesayangan dia. Rizu kan selalu kena buli sebelum ini tapi tengok sekarang, ramai yang sangat kagum dengan kehebatan dia" Ying ada di sebelah dia. Kebetulan dia lalu di situ dan terserempak dengan Fang

"Hmmm... yelah Ying, dia memang hebat dan aku sangat bangga dengan dia. Kalaulah aku menolak menjadi kawan dia, mungkin sampai sekarang dia tidak akan menjadi berani, masih lagi rasa malu, selalu kena buli dan rasa diri tu lemah" Fang tersenyum sedikit dengan perubahan yang ada pada diri Rizu "Aku rasa, bukan aku seorang sahaja yang buat diri dia berubah. Kita semua berikan pengaruh positif terhadap diri dia"

"Yolah yolah.. aku setuju sangat. Dia sangat bertuah maaa dapat abang angkat seperti kau dan abang Kaizo juga"

"Jangan lupa kak Lynna sekali. Kau dari mana tadi Ying?" Fang tidak alihkan permandangan dia. Mata dia asyik memerhatikan Rizu sedang bergelak ketawa bersama dengan para peminatnya

"Aku dari kedai maaa... lepas ni nak pergi ke rumah Yaya, kita orang nak buka sama-sama nanti! Oklah, aku pergi dulu.. nanti Yaya tunggu pula. Selamat berbuka nanti"

"Hmm.." Fang tidak berkata apa. Ying terus beredar dari situ dan Rizu pula terus berlari ke arah Fang dengan wajah cerianya

"ABANG FANG!" Rizu berlari di atas tangga dan pergi ke tempat Fang yang sedang duduk itu "Abang Fang! Abang Fang! Jom kita pergi bazaar! Lepas tu kita buka sama-sama dekat rumah abang Fang! Hari ni abang Paizo ada dekat rumah tak? Kita buka sama-sama dengan dia sekali. Kak Lynna datang tak nanti? Pizu rindu dengan Picu tu.. sudahlah nama kita orang nak dekat-dekat sama.. PIZU DAN PICU! hehehee" Rizu tarik tangan Fang untuk bangun dari situ "Jomlah abang Fang"

"Nantilah Rizu, abang nak menikmati keindahan dekat sini"

"Ok.. Pizu pun nak menikmati keindahan pantai dengan abang Fang" Rizu duduk di atas tembok pantai "Abang Fang, Pizu sukalah dengan sukan hari tu tapi sayangnya, sukan Quidditch tu tak wujud dekat sini. Hanyalah rekaan sahaja dari novel terkenal. Satu-satunya sukan Pizu tak rasa penat, tak perlu lari ke sana ke mari.. Pizu seperti nak merasai lagi sukan Quidditch tu"

"Nanti kita main lagi ok" Fang mengusap kepala Rizu "Dan Rizu pastikan yang Rizu dapat kalahkan abang lagi"

"Hehehehee... tapi abang Fang pun tak boleh marah-marah kalau kalah. Kalau tidak, nanti abang Fang cepat tua" Berkerut-kerut dahi Fang "Pizu bergurau aje... abang Fang.."

"Hmm.. kenapa Rizu?"

"Kalau abang Fang tinggalkan bumi, nanti mesti Pizu akan rasa sedih tapi Pizu tak naklah paksa abang Fang sebab abang Fang pun ada keluarga dekat planet lain dan Pizu akan berjanji dengan abang Fang, Pizu akan sentiasa tabahkan hati Pizu. Tiada siapa akan dapat buli Pizu lagi!" Rizu terus berdiri di atas tembok itu sambil mencekak pinggang "PIZU AKAN MENJADI KUAT SEPERTI ABANG FANG!"

Ramai pengunjung di pantai itu, berikan tepukan gemuruh kepada Rizu. Ada yang berikan kata-kata semangat kepada Rizu tapi disebalik orang ramai di situ, ada juga pembuli Rizu di sekolah sangat cemburu dengan perhatian yang Rizu dapat sekarang ini. Mereka terus beredar dari situ kerana iri hati dengan Rizu

"Hehee.. terima kasih semua" Rizu kembali duduk di sebelah Fang "Abang Fang nak tahu tak, Pizu ada cerita dekat ibu tentang perlawanan kita main Quidditch tu. Ibu rasa sangat bangga dengan Pizu. Ibu siap menangis lagi. Pizu tidak pernah melihat ibu Pizu menangis sebab gembira.. jadi Pizu terasa sangat-sangat terharu kerana buat ibu bangga. Ibu kata Pizu bukan seperti dulu. Ibu cakap Pizu banyak berubah semenjak Pizu berkawan dengan abang Fang dan ibu suka melihat Pizu tak takut sangat macam dulu. Kawan-kawan abang Fang, abang Paizo dan kakak Lynna selalu berikan tunjuk ajar kepada Pizu tapi Pizu pun ada berikan tunjuk ajar kepada abang Fang.. hehehee.. kita sama-sama berubah kepada yang baik, bukan yang buruk. Jadi abang Fang jangan nak mengamuk sangat.. hehee"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt