Isi Hati Fang

2K 115 20
                                    

"Cuba korang bayangkan kalau abang aku ada kuasa Boboiboy dan lepas tu dia berpecah kepada tujuh"

"Tak dapat aku nak bayangkan" kata Boboiboy

"Tapi mesti abang aku jadi kelakar sebab setiap pecahan dia mempunyai personality yang berbeza, lepas tu dia mesti ceria semacam macam Taufan dan Blaze. Seram betul aku bila fikirkan macam mana abang aku senyum" kata Fang sambil bayangkan abang dia berpecah kepada tujuh "Menyeramkan betul"

"Tapi.. kalau semua personality dia garang macam mana?" tanya Gopal pula. Lalu ketiga mereka bayangkan tujuh Kapten Kaizo buat huru hara dekat Pulau Rintis ataupun kejar mereka sebab buat masalah atau bagi mereka latihan tempur atau lebih teruk daripada itu

"Menakutkan" kata mereka bertiga sambil terasa seram sejuk

"Selamatlah kuasa itu milik kau, bukan milik abang aku" Lega hati Fang sedikit "Kalau ada tujuh abang aku, memang habislah aku. Sudahlah dekat sekolah dapat cikgu yang garang, dekat rumah pun ada yang garang juga. Tak aman hidup aku"

"Apa boleh buat, nasib kau memang malang" jawab Bella secara tiba-tiba. Fang merenung tajam ke arah Bella tetapi Bella abaikan sahaja renungan itu. Dia hanya sambung menyiapkan kerja sekolahnya

"Bagusnya atuk melihat kamu berkumpul di kedai atuk sebelum pergi ke sekolah" Tok Aba muncul dengan dua air Ice Blended Chocolate Special dan lalu berikan kepada Yaya dan Ying. Dia melihat kawan-kawan cucunya begitu rajin menyiapkan kerja sekolah bersama dan ada setengah daripada mereka ulangkaji apa yang cikgu mereka ajar. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan juga Zakwan duduk di kedai Tok Aba untuk bersuka ria sambil membuat kerja sekolah ataupun ulangkaji

"Rajinya kamu, macam dulu-dulu. Korang selalu datang ke sini selepas habis sekolah untuk siapkan kerja sekolah" kata Tok Aba lagi

"Hmm.. rajin apa kebendanya. Si Gopal ni rajin meniru kerja sekolah Boboiboy adalah"

"Haih kamu ni. Umur tua setahun daripada dia orang, sepatutnya berikan contoh kepada dia orang, ini tidak. Apa nak jadi dengan kamu ni? Kalau appa kamu tahu, mesti kena rotan" tegur Tok Aba kepada Gopal "Apa nak jadi dengan kau ni, Gopal"

"Janganlah marah saya Tok Aba. Nanti-nanti saya rajinlah. Lagipun soalan sejarah ni susah. Sudahlah kelas kita orang dapat cikgu Aiman juga. Semalam dia pergi denda saya sebab tak siapkan nota sejarah"

"Lain kali, siapkan awal-awal. Tahu makan aje kau ni" tegur Yaya pula. Gopal buat muka sedih sambil menulis jawapan soalan sejarah dia

"Haiyaa.. itu pun nak sedih" marah Ying pula

"Mestilah sedih. Asyik kena marah aje tapi korang juga yang selalu tolong aku buat kerja sekolah kan kan kan" Gopal berikan senyuman sengih dia kepada kawan-kawan dia. Fang buat muka bosan dekat Gopal sebab sudah banyak kali ajar, masih tidak faham juga

"Nanti aku ajar kau, nak tak?" kata Faye secara tiba-tiba

"Boleh juga! Kalau Faye ajar, gerenti akan masuk dalam otak aku. Kalau si Fang yang ajar, asyik nak marah sahaja" Gopal sambung menulis tetapi, tiba-tiba sahaja buku latihan sejarah dia diambil oleh seseorang. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Zakwan pandang kearah belakang dan nampak Kapten Kaizo sedang membelek-belek buku latihan itu

"Abang buat apa dekat sini?" tanya Fang

"Hmm... abang cuma mahu melihat korang sahaja" jawab Kaizo "Abang dengar kawan kamu tu, meniru jawapan kawan kau yang lain?" Kaizo mengangkat kening sebelah. Fang tersenyum sinis dan Gopal menggigil ketakutan

"Ha ah, dia ni.. suka sangat nak tiru jawapan Boboiboy" jawab Fang dengan perasaan nakal dia "Apa kata abang ajar dia sampai dia pandai"

"Dey! Janganlah! Abang kau garang sangat macam cikgu Aiman tu"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now