Ulangan Masa

1.6K 95 62
                                    

Fang mengintai-intai bilik abang dia yang sentiasa gelap itu. Ianya seperti sebuah bilik gothic tetapi tiada perhiasan gothic yang ada di dalam bilik tersebut. Perabut di dalam bilik itu, semuanya tersusun rapi tapi barang-barang Kaizo agak bersepah sedikit. Fang tersenyum melihat kapal terbang mainan mereka masa kecil, di simpan di dalam almari cermin. Dia masuk ke dalam bilik abangnya dan menyentuh-yentuh sedikit barang yang ada di dalam bilik itu. Dia letakkan teddy bear pertama abang dia yang dia pinjam semalam, di atas katil abangnya. Surat untuk abang dia dari ayah mereka, Fang letak di atas meja abangnya. Dia ternampak sekeping gambar yang terselit di dalam buku novel abangnya. Lalu dia keluarkan gambar itu untuk melihatnya

"Abang dan adik selamanya" Fang baca tulisan abangnya sewaktu dia kecil lagi. Gambar itu dijumpai di dalam photo album yang atuk dan nenek mereka berikan pada tahun lepas. Fang rasa sedih pula kerana senyuman abang dia akan jarang sekali untuk dilihat berbanding ketika mereka kecil lagi. Dia tidak begitu ingat sangat tentang masa kecil dia tetapi video-video yang mereka jumpai semalam, membuatkan dia lebih dekat dengan kenangan-kenangan dia bersama ibu dan ayah dia. Fang mengesat air matanya sedikit apabila dia teringat salah satu video. Ketika mereka keluar pergi bersiar-siar di taman permainan. Ayah dia merakam ketika dia bermain di atas buai dan ibunya menghayunkan buai itu secara perlahan

"PANGGG! KAWAN KAU SUDAH SAMPAI!" Fang terkejut dengan jeritan dari abangnya. Dia letak balik gambar tadi di dalam buku novel abangnya dan terus dia keluar dari bilik. Dia tenangkan diri dia supaya dia tidak terlampau emosi. Dia berjalan seperti biasa dan lalu dia turun ke bawah. Abang dia sudah pun membuka pintu untuk kawan-kawannya masuk ke dalam rumah. Gopa, Yaya, Ying, Bella, Emmy, Harraz, Rizu dan juga Lily masuk ke dalam. Yaya ada bawa makanan dia tetapi bukan biskut dia yang tidak begitu sedap. Lily pula membawa beberapa cd lagu. Fang tidak tahu apa yang Lily hendak cuba lakukan. Faye sudah pun keluar dari bilik dia dan terus dia memeluk Bella dan Lily

"Abang Fang!" Rizu melambai-lambai ke arah Fang "Abang Fang! Pizu ada lukis gambar abang Fang! Nanti Pizu tunjuk"

"Kamu semua datang ke sini sebab apa?" tanya Kaizo sambil melihat kawan-kawan dia duduk di ruang tamu. Fang duduk di kerusi sofa dan Rizu duduk di atas ribanya

"Sebab kita orang nak berbincangkan tentang birthday surprise BBB-CHAN!" Mata Lily bersinar-sinar apabila fikirkan tentang Boboiboy "Oh Boboiboy ku, sudahkah engkau pergi berdating lagi dengan Lily"

"Mengikut mesej yang aku terima, dia cakap dia tak nak" jawab Fang dengan selambernya. Lily terus baling sebuah bantal cushion ke arah Fang tapi Rizu sempat tangkap bantal itu "Hehehee.. pandai Rizu"

"Cheh! Tak guna punya Rizu" bisik Lily tetapi bibir dia masih lagi tersenyum. Lily memang seseorang yang agak susah untuk bermasam muka "Oh yeah, Lily ada bawa cd lagu sebab nak ajar itik dan kucing-kucing kesayangan dua adik beradik alien nyanyi lagu happy birthday"

"Aiyooo.. boleh ke kau ajar dia orang nanti" tanya Ying

"Mestilah boleh! Lily yakin yang mereka akan pandai nyanyi nanti! MEOW QUACK MEOW QUACKKKKKKK!" Kali ini Rizu pula baling cushion dekat Lily dan lalu terkena muka Lily "LANDAKKKKK!"

"Woi! Bukan akulah!" marah Fang

"Hehehee.. bukan yea" Lily tersengih

"Sudah, sudah.. kita perlu fikirkan sesuatu untuk birthday Boboiboy" kata Yaya dengan nada tegas dia "Korang ada apa-apa cadangan tak?"

"PIZU ADA!" kata Rizu sambil mengangkat tangan sebelah dia "Kita buat birthday party abang Boboiboy bertemakan POKEMON!"

"Errr... kalau takde tema boleh ke?" Yaya tersengih kepada Rizu

"Boleh kot tapi apa-apa pun, Pizu akan memakai costume Pikachu nanti!" Fang belai rambut Rizu. Badan Rizu memang kecil tapi umur dia sangat berbeza. Tahun ini sahaja Rizu akan masuk 10 tahun tapi perangai dia, tetap seperti tahun lepas. Mungkin lama kelamaan, Rizu akan menjadi lebih matang atau salah dia selalu melayan Rizu seperti kanak-kanak 7 tahun, fikir Fang

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now