Game

1.3K 86 22
                                    

"Bosannya cuti sekolah ni" Gopal baringkan kepalanya di atas buku latihan geography. Tangan dia menulis jawapan soalan-soalan geography dengan begitu perlahan dan teramat malas sekali "Takde benda yang menarik ke kita boleh buat? Dahlah semua game aku sudah main. Sekarang ni pun, nak beli game baru pun takde duit"

"Pergilah main dengan kawan-kawan kau kalau bosan" kata Ochobot. Dia meletakkan sepinggan cekodok chocolate di atas meja kaunter kedai Tok Aba. Gopal terhidu bau sedap itu, terus dia bangkitkan kepalanya. Muka dia menjadi ceria apabila cekodok chocolate dia sudah pun siap "Hmm... pasal makanan aje, terus kau bersemangat yea"

"Kalau pasal belajar, PEMALAS NOMBOR SATU!" kata Fang yang ada di sebelah Gopal "Baru sekarang kau nak siapkan kerja sekolah kau. Tengok macam aku, belum cuti lagi, aku sudah siapkan awal lagi"

"Senyaplah kau" Gopal terus telan sebijik cekodok chocolate sambil bermasam muka

"Biarkan ajelah dia Fang. Nanti-nanti dia akan menyesal, barulah terburu-buru nak siapkan kerja sekolah dia"

"Hehehee.. tapi kau juga yang bagi aku tiru kerja sekolah kau, kan kan kan Boboiboy. Kau lah kawan terbaik aku, bukan macam si Fang ni" Fang pula bermasam muka kali ini "Dey, kalau kau nak jadi kawan terbaik aku. Jangan nak belasah aku aje dengan harimau bayang kau tu"

"Wei Gopal, kalau kau tak nak kena belasah dengan aku.. baik kau jangan cari pasal dengan aku" Fang dan Gopal bertentangan mata. Mata masing-masing langsung tidak berkelip selama 15 saat sehinggalah Boboiboy menjerit sesuatu untuk menarik perhatian mereka berdua

"WEI! ADUDU DATANG!" Boboiboy tunjuk di belakang mereka

"MANA?" Fang dan Gopal terus pusing kebelakang dan mereka terdengar gelakan dari Boboiboy

"Dia memang nak cari pasal dengan kita ke?" bisik Fang kepada Gopal. Aura-aura kegelapan dia sudah pun bangkit keluar. Boboiboy tersengih di situ dengan muka bersalah dia

"Dia memang jarang nak kena belasah dengan kau dan aku. Budak baik katakan"

"Wei wei, aku bergurau aje.. janganlah nak belasah aku pulak" Boboiboy tersengih lagi melihat dua kawan baik dia sedang beraura-aura hitam dengan dia "Heheee.. janganlah marah aku"

"Betul tu! Pizu sokong! Janganlah marah abang Boboiboy. Dia cuma nak bergurau sahaja seperti mana abang Fang dan abang Gopal selalu bergurau kasar. Betul tak? Tapi kalau abang Gopal stress sangat buat kerja sekolah. Jom kita main game dulu. Pizu nak main board game dengan korang tapi mesti korang rasa bosankan dengan board game yang ibu Pizu baru beli semalam. Ibu cakap, Pizu boleh main board game dengan abang-abang dan kakak-kakak Pizu tapi mesti abang Paizo dan kakak Lynna tak nak join sekali. Tapi abang Fang kena main dengan Pizu tau! Kalau main ramai-ramai mesti seronok. Pizu-" mulut Rizu kena sumbat dengan cekodok chocolate oleh abang kesayangan dia sendiri. Rizu kunyah cekodok itu dan lalu dia telan. Selepas itu dia sambung balik celoteh dia. Boboiboy menepuk dahinya "Pizu suka kalau main ramai-ramai sebab lebih seronok dan lebih gelak ketawa bersama! Tak seronok kalau main dua orang sahaja. Tadi Pizu nak main dengan kawan baik Pizu tapi dia takde pula dekat rumah. Jadi Pizu datang ke sini cari abang Fang. Jomlah abang Fang, kita main sama-sama dengan abang Boboiboy dan abang Gopal"

"Err... tapi abang tak reti main. Rizu ajarlah abang"

"Rizu tak perlu ajar si landak ni! Rizu jangan main dengan dia sebab kakak Lily tahu si landak ni kerja dia nak menang sahaja" kata Lily sambil angguk-angguk keseorangan di situ

"Betul tu Lily! Dan aku sebagai pesaing terhebat dia, aku akan kalahkan si Pang ni dengan usaha aku yang murni!" muncul Bella di sebelah Lily. Mereka berdua bertepuk kedua-dua belah tangan sesama sendiri sambil terloncat-loncat di situ

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now