CHAPTER 3 : WHEN IT RAINS

1.9K 150 8
                                    

Aku akhirnya pulang ke istana dan kelihatan Haikal bersama Farhan dan Fara,memasuki ke dalam istana dan turut kelihatan Haikal mengheret sesuatu.

Seperti balutan tali yang amat tebal,sehingga membentuk seperti tubuh manusia? Muka Haikal yang selamba itu buatkan aku tertanya-tanya sambil menggaru kepala

Apa yang berlaku ni?

"Apa yang Haikal heret tu?" Soal Aminudden.

"Jadi kau pun nampak..." kata aku menoleh ke arahnya.

"Mestilah..kau ingat pe? Hantu?" Soal Aminudden selamba.

"Errkk..! Jangan main-main la..." kata aku geram.

"Whatever..aku nak masuk bilik,nak solat then tidur.." kata Aminudden beredar.

"Okay Luqman,jumpa nanti.." kata Aila beredar pergi bersama Alia.

Aku sekadar menggaru kepala,dan segera mengejar Aminudden sebelum hilang daripada pandangan.

🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Aku menguap dan ketika itu membaca buku novel,aku toleh ke arah luar tingkap dan hujan agak lebat ketika itu. Aku toleh pula ke arah katil adik aku,bagus dah terlena baru tadi tengah main dumbbell.

Tengok balik dah tidur,sememangnya hantu tidur. Aku harap Aila okay dengan bunyi kilat yang amat kuat,aku menggeliat dan komputer aku tidak hidupkan kerana takut dipanah petir pula nanti.

GRRUUUUMMMM!!!!

"KYAA!!!!" Jeritan perempuan kedengaran,mengejutkan aku dan Aminudden.

"Oi apahal tu?" Soal Aminudden yang baru terbangun dan terpinga-pinga.

"Aila!" Aku segera keluar dari bilik.

"Oi!!" Jeritan Aminudden aku tidak endahkan,lantas aku berlari ke arah bilik Aila.

"AILA!!" Aku mengetuk pintu biliknya.

Pintu terbuka sendiri dan ini buatkan aku bertambah risau,jantung aku main laju berdegup dan macam bunyi keretapi gunakan arang sumber tenaganya.

Sekejap..?

Keretapi macam tu wujud lagi ke?

Bukan itu yang patut aku risaukan la!!

"Pintu tak berkunci..." suara Aminudden yang muncul tiba-tiba mengejutkan aku.

"Sial kau! Main sergah camtu je,buatnya aku ada serangan jantung macam mana?!" Kata aku.

"Relax...tak ada apa-apa yang berlaku kan?" Soal Aminudden dengan selamba.

"Can I punch you?" Kata aku lagi.

"Luqman....." satu suara sayu mengejutkan aku.

"Eekkk!!! Huh?" Aku menoleh dengan keadaan aku menggigil.

"Luqman..snff..snff ." Aila dalam keadaan dengan baju tidurnya,menangis tersedu-sedu.

"Aila..." aku jengah ke dalam bilik,tiada sesiapa cuma keadaan biliknya gelap.

Kenapa dia matikan lampu?

Dia takut kilat,tapi masa hujan dengan guruh berdentum boleh dia matikan lampu.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now