CHAPTER 11 : MOTHER & SON

1.5K 139 3
                                    

Serangan Ikhwan itu berjaya memaksa Agnes keluar semula dari tubuh Luqman,namun perkara itu tidak semudah yang dijangka. Agnes cuba mendapatkan semula tubuh Lana,Ikhwan hanya menghela nafas pendek.

"Aku tidak akan mengalah!" Kata Agnes meluru ke arah Lana yang tidak sedarkan diri itu.

"Hngh..!!" Aila cuba menghalang.

"Ke tepi budak!!" Agnes menjerit namun Aila tidak berganjak.

"Kau nak mati awal ya?.." Agnes cuba menyerang Aila.

"Hmm..." Ikhwan menembak api tepat mengenai Agnes.

Agnes tercampak jauh dari Lana dan Aila berada,Luqman mengerang sakit dan kembali bangkit. Agnes menoleh ke arahnya,kemudian dia sekali lagi tergamam merasai aura bunuh daripada Ikhwan.

"Cuba cederakan family aku?" Soal Ikhwan berjalan ke arahnya.

"Aila awak okay?" Soal Luqman menghampirinya.

"Patut saya yang tanya..." kata Aila.

Tidak lama selepas itu,Luqman dan Aila ketawa kecil. Mereka menoleh ke arah Ikhwan yang sedang menahan marah,tangannya diselubungi api yang marak.

Ikhwan mengangkat sebelah tangan kirinya,api merah terhasil dengan marak serta air yang ada di sekeliling tersejat. Air hujan tidak mampu menyentuhnya,Agnes menggigil ketakutan.

"Ha..ha..."Agnes segera melarikan diri.

Ikhwan tidak berkata apa-apa,kemudian apinya dijulang ke atas. Bebola gergasi terhasil dan bahangnya dirasai,biarpun hari hujan tetap terasa kepanasan. Raffie nampak dengan jelas bola gergasi tersebut,Zeo dan Luna berpandangan.

"Hmph!" Ikhwan terus baling ke arah Agnes yang cuba melarikan diri.

"Tidak..." Agnes tergamam.

"Sun Destroyer..."

BOOOMMMM!!!!

Hujan masih lagi turun,namun tidak selebat sebelum itu. Ikhwan mendukung Lana menuju ke empangan,Luqman pula dipapah oleh Aila.

"Hey uncle...lain kali jangan la teruk sangat...sakit tahu tak?!" Luqman bengang.

"Kau yang mintak kan.." balas Ikhwan.

"Yelah..tapi janganlah kuat sangat.." kata Luqman lagi.

Sebaik tiba di kawasan hadapan empangan,kelihatan Raffie dan yang lain menunggunya. Ikhwan menghampiri Siddiq yang terkejut,melihat keadaan Lana dan air matanya mengalir menangis terharu serta ditenangkan oleh Aqirah.

"Good job Ikhwan.." kata Raffie.

"Nah...good job everyone.." kata Ikhwan pula dan Raffie sekadar menggelengkan kepala.

"Huh..hari yang panjang.."Aminudden berseloroh.

"Yeah betul tu..." balas Alia.

"Balik nanti nak tidur rehat puas-puas...!" Intan tersenyum selamba.

"Aku kena masuk wad..." kata Luqman dan yang lain ketawa,Aila sekadar tersenyum.

"Aku kena tinggal sini uruskan sistem.." kata Nabill.

"Aku dengan Luna akan tolong.." kata Zeo.

"Thanks.." Nabill tersengih.

"Ibu..." Siddiq mengusap rambut ibunya,air matanya mengalir deras tidak mampu menahan sebak.

"Akhirnya awak dapat jumpa ibu awak semula...good for you Siddiq.." ujar Aqirah memegang bahu Siddiq.

"Terima kasih Aqirah.." balas Siddiq.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now