CHAPTER 27 : THE CHESS THREATS

1.4K 130 4
                                    

Farhan dan Amien personaliti berubah,Alisa hanya mendiamkan diri dan Spirit Beast dalam dirinya menunduk hormat. Ikhwan hanya fokus pada Farhan dan Amien,lebih tepat mereka berdua memberi kebenaran pada Wyvern dan Seth mengambil alih tubuh mereka buat sementara waktu.

"Apa yang saya boleh bantu wahai Raja?" soal Wyvern.

"Aku cuma nak pastikan keadaan tempat 'itu'..." ujar Ikhwan.

"Tiada masalah wahai raja...tempat itu masih lagi selamat.." tambah Wyvern lagi.

"Benar raja..tempat itu tersembunyi daripada pandangan mata kasar manusia..." kata Seth pula.

"Even from the demon?" soal Ikhwan dan anak matanya tajam merenung ke arah mereka berdua.

"Yes my lord..." jawab mereka berdua serentak,kemudian Ikhwan mengangguk faham dan mengeluarkan satu benda yang bercahaya.

"Itu?..." Alisa seakan tidak percaya.

"Fallen Sphere..." kata Ikhwan lemah dan Wyvern mula terkenang peristiwa tiga ribu tahun yang lalu.

"Hos utama bagi relic yang mampu menyembuhkan sumpahan Fallen?" Soal Alisa dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.

"Tapi dari mana Raja perolehinya?" soal Wyvern.

"Karma give this to me...he said 'someday this thing will useful to you..'..." jawab Ikhwan melenyapkan kembali benda itu,simpan di ruang dimensi miliknya.

"That Karma...give me this unfinished homework..." ujar Ikhwan tersengih bengang dan mendongak ke atas,seakan-akan ada sesuatu di atas negaranya.

Namun apakah ia?

"Wyvern..Seth..." Ikhwan memandang ke arah Farhan dan Amien.

"Setakat ini sahaja...lakukan pengesanan di mana relic itu berada..." ujar Ikhwan dan memerhatikan keadaan bandar.

"As you wish..." ujar mereka berdua serentak,kemudian Farhan dan Amien tersedar.

"Maaf..sebab aku nak berbicara dengan Wyvern dan Seth..." ujar Ikhwan sebaik Farhan dan Amien bertukar tempat semula.

Farhan dan Amien sekadar tersenyum sahaja,mendengar kata-kata daripada Ikhwan dan Alisa pula hanya tersenyum sahaja memerhatikan gelagat suaminya. Alisa seperti merasakan seseorang memerhatikan daripada jauh,kemudian menoleh ke arah satu tempat.

Namun hampa kerana tiada terasa apa-apa daya ki yang dapat dikesan olehnya.

"Alisa? Kenapa ni?" soal Ikhwan sebaik sedar reaksi wajah isterinya.

"Seseorang perhatikan kita..." kata Alisa dan Ikhwan tidak terkejut kerana dia turut merasainya.

"Betul kata isteri kau..dari tadi dia mengintip kita..." kata Farhan melangkah ke hadapan,menjengah ke bawah manakala Amien pula hanya tersengih sambil menyilangkan tangannya.

"Daya ki ini juga serupa pada Luqman...maksud aku Razor.." ujar Farhan.

"Aku rasakan budak tempoh hari yang aku jumpa semasa selamatkan guru.." kata Ikhwan pula.

"Macam itu ke? Aku rasa guru juga.." Farhan tidak menghabiskan ayat namun Ikhwan mengangguk faham.

Selain Ikhwan ,Farhan juga merupakan anak murid kepada Lana termasuk Amien. Mereka bertiga di bawah guru yang sama,namun berlainan elemen dan juga cara pertarungan yang berbeza. Lana hanya mengajar cara pengawalan elemen,juga teknik tinju naga purba berlainan elemen. Selain itu mereka bertiga mempelajarinya sendiri,sebaik sahaja Lana hilang secara tiba-tiba.

"Kita kena cepat...aku tak nak sesuatu yang buruk berlaku.." ujar Ikhwan.

"Jika ingin lakukan upacara itu,kita perlukan lima naga..siapa seorang lagi?" soal Amien tangannya menyeluk saku seluarnya.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now