CHAPTER 25 : FAILURE STRATEGY

1.4K 133 5
                                    

Yusri menggeliat untuk menghilangkan mengantuknya,kemudian satu perisian dalam komputernya mengesan sesuatu. Dia tersenyum sinis kerana sesuatu yang menarik sedang berlaku,kemudian segera ke arah papan kekunci miliknya.

Yusri menaip satu persatu perisian dan sistem komputernya sedang digodam,namun itu bukan masalah baginya.

"You wanna play? Fine..let's play!" Kata Yusri sambil menekan butang enter.

"Hehehe...silap orang kau nak cabar..." ujar Yusri tersengih.

Yusri menaip lagi dan meregangkan ototnya,jari-jemarinya diletupkan beberapa kali. Dia mengangkat kedua tangannya ke atas,menggeliat sekali lagi dan menguap kemudian sempat dia tekup.

"Mak aih mengantuknya,baik aku tidur kejap..." ujar Yusri dan terus terlena.

Pada komputer jelas skrin monitor menunjukkan senarai keluarga kerabat diraja,penyusunan tahap dan Yusri meletakkan Ikhwan di tahap paling rendah. Apa tujuan Yusri? Siapa yang cuba menggodam sistem miliknya?

Ikhwan menguap panjang dan berjalan sendirian,Alisa pula hanya ingin tinggal di istana untuk meluangkan masa dengan anaknya yang masih kecil.

Dia berjalan sekitar bandar,melihat keadaan bandar yang aman. Ikhwan kemudian tersedar sesuatu,seperti seseorang memerhatikan dan mengekorinya. Dia hanya menghela nafas pendek,lantas Ikhwan mempercepatkan langkahnya.

Namun langkah Ikhwan terhenti apabila kelihatan seorang remaja menghalang jalannya,kemudian Ikhwan menyedari beberapa lagi remaja muncul dan mengepungnya.

"Haa....apa yang berlaku ni?" Soal Ikhwan menghela nafas pendek

"Orang yang di ranking D sepatutnya diam sahaja..." ujar salah seorang remaja itu.

"Hmm?.." Ikhwan kehairanan.

Remaja itu memberi isyarat supaya menyerang Ikhwan,semua remaja yang mengepung Ikhwan tanpa membuang masa terus meluru ke arahnya. Senjata yang dipegang terus dihayunkan tanpa teragak-agak.

BOOOMMM!!!!

"WAAAHH!!..." orang awam yang berada berhampiran terkejut dan menyelamatkan diri masing-masing.

"Heh..." remaja yang memberi arahan tersenyum puas.

"Kamu serang mana tu?" Soal Ikhwan di satu sudut menyandar pada dinding.

Remaja itu segera menoleh ke arah Ikhwan dengan reaksi terkejut,kemudian rakannya yang lain turut terkejut kerana mereka hanya menyerang permukaan lantai sahaja.

"Korang lambat betul bergerak...macam kura-kura.." ujar Ikhwan selamba.

"Apa?.." remaja itu kegeraman.

Ikhwan melangkah ke arah remaja itu,kemudian berhenti sebaik seseorang muncul lalu memukul curi. Tepat mengenai belakang Ikhwan,orang itu adalah Phantom tersenyum sinis.

"Not bad.." ujar satu suara.

"Hmm?!.." Phantom tersentak apabila orang yang dipukul olehnya terus hilang lenyap.

"Serangan yang pantas..." ujar Ikhwan sambil menyilangkan tubuhnya menjengah dari belakang Phantom.

"Hmmphh!!..." Phantom cuba melibas namun Ikhwan menghalakan tapak tangannya.

"Huh?.." tapak tangan Ikhwan begitu rapat ke muka Phantom,menyebabkan Phantom terhenti dari cuba melakukan serangan.

Agak lama Phantom tergamam,tapak tangan Ikhwan genggam kemudiannya dan terus menjentik dahi Phantom. Impak jentikan dari Ikhwan menyebabkan Phantom tercampak jauh ke belakang.

"ARGH...!!" Phantom memegang dahinya menahan kesakitan.

"Apa? Sekali jentik je? Sepatutnya dia punya tahap paling lemah dalam keluarga Luqman Al'Reezal!.." ujar remaja itu pula.

Phantom bangkit segera daripada jatuh,kemudian dia rasakan aura yang amat kuat datang daripada Ikhwan. Lelaki yang dia lihat hanya berdiri tenang,Ikhwan memerhatikan keadaan para orang awam yang kerisauan.

"Tuan Phantom ada baiknya kita berundur..." ujar salah seorang remaja itu yang menyerang Ikhwan sebentar tadi.

"Diam kau! Grr...!!" Phantom segera mengaktifkan kuasanya.

Phantom mengaktifkan senjatanya,sebatang tongkat berwarna perak berkilat dengan tulisan purba. Kemudian Phantom terus meluru ke arah Ikhwan,tidak lama lepas itu muncul beberapa orang seperti Phantom di sekeliling kawasan.

"Teknik imej dan bayang?" Ikhwan sedikit terkejut.

"Itu teknik tuan Phantom yang terulung! Kita pasti menang!" Kata salah seorang remaja.

"You finish!.." Phantom terus melakukan serangan bertubi-tubi dengan imej bayangnya yang lain.

Ikhwan hanya menghela nafas pendek,mengeluh kerana terpaksa berhadapan dengan perkara remeh-temeh seperti ini. Ikhwan mengelak dengan mudah setiap serangan yang dilakukan oleh Phantom,malah tidak ada satu pun teknik yang kena pada Ikhwan.

"Apa?" Phantom tergamam dengan keadaan itu.

"No way! He dodge all attacks?" Remaja yang bersama Phantom tergamam.

"Mereka ni hilang akal agaknya,cuba menyerang Putera Bongsu..." ujar salah seorang orang awam yang berada di situ

"Yalah...budak sekarang memang ada keberanian nak serang orang kenamaan..." kata lagi seorang orang awam.

Phantom berundur beberapa tapak,dia memegang erat tongkatnya dan peluh mula mengalir dari pipinya. Dia tidak tahu status Ikhwan yang sebenarnya,daripada jauh seseorang sedang menyasarkan menggunakan senjata sniper ke arah Ikhwan.

"Bagus..." kata orang itu namun dari binokular Ikhwan menoleh ke arahnya lalu tersenyum licik.

"Apa?.." si penembak tepat terkejut kerana Ikhwan menyedari dia cuba menyerang hendap.

"Dragon Bomber..." Ikhwan menyeru meriam naga dan terus melancarkan ke arahnya.

TUSSMM!!!

BOOMM!!

Serangan yang Ikhwan berikan amat tepat,Phantom hanya mampu tergamam sahaja. Ikhwan hanya merenung ke arahnya sahaja,kemudian Phantom seperti merasai seekor naga merenungnya.

"Kenapa tak nak serang..?" Soal Ikhwan tersenyum dingin.

Phantom mula berpeluh-peluh ketakutan dan menggigil,lalu segera memberi arahan supaya berundur.

"Jangan fikir perkara ini akan selesai macam itu sahaja budak..." ujar Ikhwan dan Phantom tidak memandangnya kemudian terus hilang dari pandangannya.

"The Chess..." ujar Ikhwan dengan air muka yang serius.

Agak lama Ikhwan berdiri di situ,orang awam yang berada di situ tidak berani menegurnya. Dia menoleh ke satu arah,kemudian beredar berlawanan dari arah yang baru sahaja dia pandang.

Manakala di sudut tempat Ikhwan pandang pula,King dan Queen dari The Chess bersembunyi di sebalik dinding dengan air muka yang penuh reaksi ketakutan.

"Kuasa yang amat menakutkan..."

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now