CHAPTER 93 : TAKE THIS POWER

1.2K 120 5
                                    


Aku membuka matanya perlahan-lahan,pagi telah menjengah dan kelihatan Alia baru sahaja keluar bilik mandi. Alia yang mulanya tenang,menoleh ke arah aku terkejut dan terus menghampiriku.

"Kak Aila! Apa dah jadi dengan rambut kakak?" Soal Alia.

"Rambut akak? Kenapa dengannya?" Aku bingung dengan soalan Alia.

"Tengok cermin...." Alia menghalakan tangan dia ke arah cermin bersebelahan katil.

"Oh my god...." Aku terkejut kerana rambut aku berubah warna.

"Akak ada ubah warna rambut ke?" Soalan Alia membuatkan aku merenungnya dengan muka hambar.

Sebaik selesai aku mandi lantas tuala aku sangkut,pakaian aku salin dengan cepat dan berhias. Aku meregangkan otot dan menggeliat,hujung minggu ni apa aktiviti nak dilakukan ya?

Sebelum itu aku kena tanya master Ikhwan mengenainya,ataupun miss Alisa dan kelihatan Alia sedang dalam talian. Mesti dengan Aminudden jika ingin diteka,siapa lagi kalau bukan Aminudden. Sukar nak percaya Aminudden itu adik Luqman,sikap dan cara penampilan berbeza.

"Selamat pagi...." Sapa aku sebaik tiba di ruang meja makan.

Semua yang ada di situ terdiam memandang aku,termasuk Luqman yang terhenti dari mengunyah roti. Aminudden juga sama dan Intan tidak terkecuali,master Ikhwan hanya merenung aku sahaja kemudian dia mencapai cawan berisi air teh.

"Baiklah saya dah kenyang..." Master Ikhwan segera bangun.

"Ai kejapnya makan?" Soal nenda Rumina.

"Its okay mum.. I got a lot work to do.." Jawab master Ikhwan,miss Alisa turut menyusul.

"Aila nanti jumpa saya.." Master Ikhwan menegur aku,hanya anggukan kepala sahaja aku beri.

Master Ikhwan segera beredar dan diekori oleh miss Alisa,manakala raja Reezal pula hanya membaca surat khabar. Bonda Razeedah hanya menghirup air teh,manakala master Yusri dan master Raffie pula tidak kelihatan.

"Hey Aila? Are you okay?" Soalan Luqman menyedarkan aku dari terus mengelamun.

"Emm....I'm fine.." Jawab aku menarik cawan lalu dihirup air teh yang sudah suam.

"Apa yang jadi dengan rambut awak? Awak warnakan ke?" Soal Luqman dan aku menggelengkan kepala.

"Saya tak tahu..." Jawab aku kemudian bangkit dari duduk.

"Aila?" Luqman kehairanan.

"Saya nak kena jumpa master Ikhwan!" Ujar aku dan terus beredar,namun aku terlanggar datuk Solleh.

"Maaf datuk..." Aku menunduk memohon maaf.

"Its okay... Hati-hati.." Datuk Solleh sekadar tersenyum.

"Aila nanti!" Kedengaran suara Luqman memanggil aku.

"Kenapa?" Soal aku pula.

"Saya ikut sekali..." Jawab Luqman sambil tersenyum.

"Uh... Okay..."

♠♠♠♠♠♠

Aku berjalan bersebelahan Aila dan memerhatikan rambutnya,jika ditanya jujur katakan dia memang comel. Cuma yang misteri itu adalah kenapa rambutnya boleh berubah warna sebegitu rupa.

"Err Luqman?" Aila membuka mulut.

"Warna rambut saya tak pelik kan?" Soalan Aila membuatkan aku tersenyum sahaja.

"Nah... Kalau pelik,saya pun pelik..." Ujarku menunjukkan rambut aku.

Aila hanya sekadar tersenyum sahaja mendengar jawapan aku,bawah bibir aku gigit dan menghela nafas rendah.

Akhirnya kami tiba di hadapan bilik kerja uncle Ikhwan,kenapa dia nak jumpa Aila ya? Aku tak boleh nak teka langsung,kepala aku garu dan Aila terus tekan loceng. Pintu terbuka dan kelihatan uncle Ikhwan bersama Yumi?

Aku masuk selepas Aila dan sedar auntie Alisa dibantu Hikari?

"Ah Luqman... Kau pun ada sekali? Semak je la..." Yumi berkata selamba.

"Kau ada yang tak puas hati dengan aku ke?" Soal aku semula dan urat timbul di dahi.

"Nothing particulary.." Jawab perempuan itu dan mengangkat fail tebal serta beredar.
Perempuan ni...

"Aila ha.. Luqman pun ada sekali,bagus ikut sekali..." Teguran uncle Ikhwan mengejutkan dari aku terus merenung Yumi.

Aku dan Aila mengekori uncle Ikhwan dari belakang,menuju ke satu sudut bilik dan satu anak patung naga kecil dipusingkan ke kanan.

"Uncle sebenarnya panggil saya ke panggil Aila?" Soal aku menggaru kepala.

"Sebabkan Avalon dah muncul semula,aku patut tunjukkan sesuatu pada kau... Aila pun sama sebab kuasa Lupus hampir kurang sama dengan Avalon...." Jelas uncle Ikhwan berjalan mendahului aku.

Aku tidak memahami maksud uncle,namun mengambil keputusan untuk mengekori dia sahaja. Tidak sangka ada tangga rahsia dan ini turun ke mana?

Terlalu banyak bilik rahsia dalam istana,siapa yang design istana 700 tahun lepas. Aila pula hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan,tapi tangan dia memegang tangan aku.

Ini kerana satu aura yang amat kuat,penuh dengan daya negatif serta kegelapan jelas terasa di bawah. Langkah aku terhenti dan tangan aku menggigil,uncle Ikhwan berhenti dan menoleh ke arah aku.

"Kenapa?" Soal uncle tersenyum.

"Kuasa apa ni uncle?" Soal aku menelan air liur.

"Itu sepatutnya kau tanya Avalon..." Jawab uncle Ikhwan kembali melangkah.

"Apa maksud uncle..." Aku masih lagi kurang mengerti.

Uncle Ikhwan tidak berkata apa dan memegang tombol besar pada pintu itu,rekaan pintu itu bukan pada zaman ini tapi zaman dulukala. Aku tidak bertanya lagi dan menarik nafas panjang,kemudian dihelakan pendek. Sebaik tiba di hadapan pintu itu,uncle Ikhwan memandang kami berdua dan menarik tombol pintu tersebut. Sebaik sahaja pintu itu terbuka,aku tergamam dengan keadaan isi dalam bilik tersebut.

Aura gelap tersebar di mana dan sebuah portal dengan cahaya ungu gelap,berpusar berulang kali dan daya kuasanya membuatkan aku serta Aila seperti sesak nafas. Uncle Ikhwan hanya berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku.

"Ha... Ha...kuasa apa ni uncle? Terlalu berat dan gelap..." Soalku.

"Apa kata kau tanya Avalon sendiri?" Jawapan uncle buatkan aku tidak faham.

"Apa maksud uncle?" Soal aku.

"Itu dipanggil Dark Core,teras magik milik Siegfried Vendor..." Jelas Avalon bersuara dengan tiba-tiba.

"Siegfried Vendor? Okay good.. New villain?" Soal aku menggaru kepala.

"Siegfried Vendor merupakan rakan kejahatan Marvus..." Jelas uncle Ikhwan.

"Uncle kenal Siegfried ni?" Soal aku terkejut.

"Ya... Tapi Siegfried ini licik,pengasas kita tak dapat kurung dia.. Tapi sempat pisahkan kuasa dia..." Jelas uncle lagi.

"Dia kuat ke?" Soal aku.

"Setanding Avalon kan?" Soal uncle Ikhwan tersengih selamba.

"Ya...kuasa dia amat dahsyat,we got a hard time when deal with him..." Jelas Avalon merengus geram.

"Tapi kenapa simpan di sini kuasa dia?" Soal aku.

"Uncle nak kau sedut kuasa ni..." Jelas uncle dengan selamba.

"Ha?" Aila terkejut.

"Huh?" Avalon tercengang.

"EHH??!..." Menjerit la aku.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now