CHAPTER 29 : AILA VS EYRA

1.4K 129 0
                                    

Sila pasang earphone untuk pembacaan penuh perasaan

Get Out Alive by Nightcore

Aila berdiri menghadap Eyra,mereka berdua saling berbalas renungan dan para rakan sekelas teruja. Ini kerana Aila merupakan pelajar terbaik di kelas mereka,akhirnya ingin beraksi kerana kebiasaannya Aila hanya mendiamkan diri.

Luqman pula mula risau kerana fikirkan kenapa Aila tiba-tiba ingin berlawan,Eyra masih lagi tersenyum memerhatikan Aila yang merenungnya dingin. Pada masa yang sama daripada kamera pemerhatian,Stella dan Elizabeth turut memerhatikan keadaan itu.

"Huh? Apa?" Aminudden yang turut berada di bilik persatuan perwakilan pelajar terkejut.

"Aila...." Alia hanya mampu menjadi pemerhati.

"Tak perlu pandang saya macam tu..." ujar Eyra tersenyum.

Aila tidak berkata apa-apa namun dia menyeru senjatanya,sebilah pedang katana panjang dan bersarung digenggam kemas. Eyra sedikit terkejut dan hanya tersenyum,lalu menyeru senjata kembarnya dua bilah pedang pendek.

"Sedia?" soal guru itu namun Aila dan Eyra hanya mendiamkan diri serta dalam posisi bersedia.

Eyra bersedia dengan posisinya sambil tersenyum,manakala Aila hanya dengan muka dinginnya dan tangan diletakkan pada hulu pemegang pedang.

"MULA!!!" Sebaik perkataan 'MULA' disebut,Aila dan Eyra terus meluru ke arah satu sama lain.

TANNNGGG!!!!

Sebaik sahaja senjata mereka berlaga,impak angin kuat terhasil dan seluruh kelas kagum namun tidak pada Luqman. Dia memerhatikan pertembungan dua orang gadis yang berkaitan dalam hidupnya dengan air muka penuh kerisauan.

Lagaan demi lagaan berlaku dan gerakan dua orang gadis itu amat pantas,sukar dikejar oleh mata kasar namun Luqman dapat mengejar gerakan mereka. Aila menggeserkan tangannya pada bilah pedang,lalu impak kilat terhasil lalu dilepaskan hayunannya.

"Thunder Impact.."

KZZT..!!

TASHH!! TASH!!

Eyra juga tidak kurang hebatnya mampu mengelak serangan pantas daripada Aila,dia berlari sambil mengelak serangan daripada gadis itu kemudian dia membelok dan terus meluru ke arah Aila.

TANNNGGG!!!

Aila menahan serangan serangan Eyra dengan mudah,Eyra masih tersenyum dan bagi Aila senyuman itu mengejeknya. Lantas dia melompat secara berpusing ke atas,tindakannya mengejutkan Eyra dan juga Luqman.

"Rapid Slash Hah!!..."

"Teknik tu...." ujar Luqman terkejut apabila melihat teknik ibu saudaranya,Iris.

Rapid Slash
~Serangan apabila pengguna berada di udara,dan melakukan hayunan berulang kali ke arah lawan tanpa memberi peluang.

TAANG!!

TANGG!!

TANG!!

TANGG!!

"Ergh!!..." Eyra menyambut hayunan pedang Aila dengan pantas,tangannya mula kebas dan terus melakukan serang balas namun Aila menyedarinya.

"HIAHH!!..." Eyra terus melibas sekuat hati,Aila melompat berpusing beberapa kali sebelum mendarat di belakang Eyra.

Eyra tanpa membuang masa terus menyambung serangannya,Aila menyeru sebilah lagi pedang pendek dan terus menyambut serangan daripada Eyra. Hayunan demi hayunan dilakukan,dan pada masa yang sama Alisa serta Ikhwan melangkah masuk ke dalam akademi.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now