CHAPTER 55 : THREE ON THREE

1.3K 111 27
                                    

Please put you earphone for immersive experience


"Siapa kau huh?..." soal salah seorang penjenayah.

"Aku? Hehe...." Amien Khaizo sekadar membetulkan sarung tangannya,kemudian menyedari sesuatu pada wajah penjenayah itu.

"Aku kenal korang bertiga...." ujar Amien dan penjenayah itu tersentak.

"Gaia Dragon....." kata salah seorang penjenayah itu,manakala pengikut yang lain kehairanan dengan reaksi ketuanya.

"Berambus la! Kau tak diundang di sini!.." kata salah seorang pengikut mereka.

"Ala...di mana adanya jenayah,aku ada je di situ...hohoh...cantik tak ayat wekekeke..." kata Amien selamba mengajuk kemarahan pihak musuh.

"Siapa orang tu? Dia tak takut mati ke?" soal Sillica pada Yumi.

"Dia adalah orang yang kamu tidak mahu ada masalah dengannya...." jawab Yumi dengan wajah tenang.

"Kurang ajar! Kau memang tempah maut!..." jerit pengikut penjenayah itu,Amien hanya berlagak selamba tidak getar sekalipun.

Salah seorang pengikutnya terus meluru ke arah Amien tanpa ragu-ragu,hayunan senjata dilakukan namun Amien hanya tersenyum dan menangkap tangannya. Lalu dikilas kemudian dicampak ke atas,dan Amien menghentam musuh tercampak jauh merempuh dinding sebelah di mana Yumi serta yang lain berada.

"Its been a while Button brothers...." ujar Amien tersengih sambil mengurut penumbuknya.

"Button brothers?" Yumi tidak mengenali mereka.

"Jeff apa rancangan kita?" soal Dean dan Ren hanya menelan air liur.

"Kau tanya aku? Kau rasa kita ada peluang ke berhadapan dengan nama besar macam dia?" kata Jeff pula

"Ah... bagus kalau korang sedar...jadi boleh lepaskan mereka bertiga? Aku tak ada mood sekarang ni...." kata Amien dengan air muka yang dingin.

Tiga Button bersaudara itu tidak memberi jawapan dan beberapa pengikutnya membelakangkan mereka bertiga,Amien hanya bersiul dan tiga beradik itu terkejut dengan tindakan pengikutnya.

"Ketua bawa tahanan tu pergi! Kami akan halang dia!..." kata salah seorang pengikutnya.

"Ya..betul tu ketua..kami akan lengahkan orang ni!" kata seorang lagi pengikutnya.

"Aku terharu dengan semangat pengikut kamu bertiga..." ujar Amien selamba sambil konon mengesat air mata.

"Tapi...." Amien berkata sambil tersengih.

KRONNGGG!!!

GRUUUMMM!!!

"Aku tak rasa dia akan berikan kebenaran..." tambah Amien tersengih licik.

Satu lubang yang besar terhasil di sebelah Yumi serta Sillica dan Horrus dikurung,Jeff dan Dean menoleh serentak kemudian Ren mula berpeluh kerana dia mengenali aura yang kuat itu. Rambut panjang mengurai ditiup angin,garis putih dan matanya berwarna perak salji.

"As-Aswandy Al'Solleh....." Jeff diam kaku tidak mampu bersuara.

"Shit...bagaimana dia ada sekali?" soal Dean dan Amien sekadar ketawa.

"Bagaimana? Dia yang volunteer datang..." jelas Amien tersengih.

"Damn it!..." Ren hilang suara.

"Puas aku cari korang...." ujar Aswandy dan tangannya mengeluarkan aura dingin,Amien hanya bergerak pantas ke arah kurungan Yumi dan yang lain.

"Teleport?..." Jeff tercengang.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now