CHAPTER 97 : LUQMAN VERSUS ALTAIR

1.4K 130 14
                                    

Please put your earphones for immersive experience

Serangan laser kilat yang besar itu meluru ke arah dua kapal armada,namun Altair sempat memberi arahan mengelak dengan pantas. Tetapi sebuah lagi kapal separuh hilang badannya,membuatkan Merah dan Nadim serta Jebat tergamam.

Kzzt....

KA...BOOOMMM!!!

Letusan itu memberi gegaran yang dahsyat pada kapal dinaiki Altair,kerana jarak kapal mereka agak dekat. Luqman menghela nafas pendek,Altair mula meradang dan renungan tajam pada Luqman pada skrin.

"Empat kapal armada dijatuhkan oleh seorang budak?" Merah tergamam.

"Aku rasa umur dia lebih kurang sama dengan Akid..." Nadim menduga dan Jebat hanya mendiamkan diri.

"Berapa umur dia ya?" Soal Merah menjeling Nadim.

"Jika di dunia kami,dia sudah berumur 18 tahun..." Seseorang menegur dan mereka bertiga menoleh serentak.

Ikhwan berdiri di hadapan mereka namun tidak memandang ke arah Merah dan yang lain,dia memerhatikan Luqman bertarung dengan kapal armada yang besar.

"Hurmm... Dia boleh uruskan sendiri..baik aku pusing sekitar kawasan...muka kau seiras anak saudara aku..okay chow!" Ujar Ikhwan terus hilang dari pandangan Merah serta Nadim dan Jebat.

"Siapa dia? Muncul dan pergi macam tu je..." Soal Nadim tersengih.

"Mau gila nak fahamkan keadaan!!...." Merah membentak.

"Sabar jelah..." Jebat berkata sambil mengeluh.

Luqman terbang laju mengelak setiap serangan laser yang ditujukan ke arahnya,tinggal satu sahaja kapal armada yang tinggal tetapi sukar ingin dia jatuhkannya.

"Ini mesti ada komander dalamnya,kalau tak ada masakan aku bersusah-payah nak uruskannya..." Luqman berhenti dari terbang keliling,lalu pedangnya diseru dan dihunuskan.

Luqman tanpa membuang masa menjulang pedangnya ke atas langit,Altair kehairanan begitu juga Merah serta Nadim dan Jebat. Bunyi guruh kedengaran dan kilat terus menyambar ke arah Luqman,tetapi tidak kerana kilat itu menyambar bilah pedangnya yang berwarna ungu itu.

"Haaa......" Luqman menghunuskan pedangnya yang bilahnya diselubungi kilat keunguan.

"This boy really got some nerve..." Altair mula berang dan segera beredar.

"Masa untuk climax...." Ujar Luqman tersengih.

Pada masa yang sama seorang remaja sedang duduk menongkat dagu,dia seperti terlupa akan seseorang namun dia sendiri tidak pasti. Rambutnya digosok beberapa kali,sehinggalah seseorang muncul bersama cahaya di hadapannya.

"Ah!! Hantu!!..." Jerit remaja itu tergolek jatuh ke belakang.

"Hantu? Mana?" Soal orang itu mendekati remaja itu.

"Kau bukan hantu ke?" Soal remaja itu pula.

"Aku manusia la... Meh aku tolong kau bangun..." Orang itu menarik lengan remaja itu bangun dari jatuhnya.

"Terima kasih.. Err..abang ni siapa?" Soal remaja itu.

"Panggil aku Ikhwan.." Ujar Ikhwan dengan tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Saya Akid..." Sambut remaja bernama Akid itu.

"Abang! Tadi dengar abang menjerit tadi?!" Seorang gadis muncul dari belakang remaja itu.

"Ah... Bunga..." Akid menoleh ke arah gadis itu.

"Ouh adik kau ke? Comel..." Ikhwan memuji.

"Ah..ya kenalkan Bunga ini abang Ikhwan, dan abang Ikhwan ni adik saya Bunga..." Jelas Akid dan Bunga menundukkan kepala tanda hormat.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now