CHAPTER 5 : MOCK BATTLE

1.7K 152 0
                                    

Luqman meregangkan ototnya,kali ini mereka berada di dalam kelas fizikal atau kelas tempur. Satu kelas melakukan regangan badan bersama-sama,kali ini kelas Luqman dan Aminudden bergabung.

"Jadi kali ini kelas kau dengan kelas aku ha?" Soal Luqman.

"Nampaknya macam tu la.." balas Aminudden.

Sedang para pelajar berbual kosong,Luqman dan Aminudden pula berbincang mengenai sesuatu.

"Aku lupa nak beritahu,seminggu lepas ada penceroboh masuk istana.." ujar Luqman.

"Seriously? Apa yang dia nak?" Soal Aminudden pula.

"Dia tak ambil apa-apa..tapi dia cakap perkara yang pelik.." kata Luqman memegang dagu.

"Like what...?" Soal Aminudden lagi.

"Dia suruh hati- hati,dan tanya kuasa dalam badan..malah yang lebih pelik lagi dia sebut Fallen..." kata Luqman.

"Fallen?" Aminudden kehairanan.

Sedang Luqman dan Aminudden berbincang,para pelajar riuh dengan tiba-tiba. Mereka mengambil keputusan untuk menghentikan perbincangan,kemudian memandang ke arah kawasan yang menarik perhatian.

"Alamak..." ujar Luqman.

"Ouh boy..." Aminudden bersiul teruja.

"Baiklah semua sila ambil posisi masing-masing..kumpul pada kelas yang asal.." pengajar itu adalah Jamel.

Aminudden segera kembali ke kelasnya,kemudian Aila muncul berdiri di sebelah Luqman. Gadis itu sekadar memerhatikan Luqman secara diam,Jamel dan Luqman berpandangan. Jamel tersengih dan Luqman mula rasa tidak sedap hati.

"Kenapa aku rasa tidak sedap hati ni.." ujar Luqman sendirian.

"Baiklah kelas 3B dan kelas 2A.." Jamel memberi kata-kata pengenalan.

"Seperti yang korang tahu,nama aku Jamel...Jamel Jawa..aku akan bertindak sebagai pengajar sementara bagi musim luruh.." Jamel menyambung kata-katanya.

Para pelajar berbisik antara satu sama lain,Luqman dan Aminudden sekadar mendiamkan diri. Aila dan Alia pun turut sama,Siddiq dan Haikal hanya berpandangan. Natasha pula hanya menghela nafas pendek,Jamel menarik nafas pendek lalu dihelakan.

"Jadi kita akan mulakan mock battle...siapa yang ingin jadi pertama..." kata Jamel memandang para pelajarnya.

Seluruh pelajar berpandangan,tidak ada seorang berani tampil. Luqman hanya menghela nafas pendek,Aila pula sekadar memandang Luqman.

"Saya!" Seseorang bersuara dan semua mata memandangnya.

"Aminudden?" Luqman kehairanan.

Aminudden berjalan selamba ke arah Jamel,Alia hanya mampu menghela nafas pendek dan menggelengkan kepala.

"Good...sorang lagi?" Soal Jamel sambil menyilangkan tangannya.

"Kau tak nak ke?" Soal Siddiq pada Haikal.

"Kau gila ke? Aku tak nak mati awal.." jawab Haikal.

"Sini...saya akan jadi pencabarnya.." satu suara mencelah dan semua memandangnya.

"Hmm..okay,siapa nama kau?" Soal Jamel.

"Nama saya Razed..daripada kelas 3B.." ujar pelajar itu.

"Siapa pula tu?" Soal Luqman dan Aila merasakan sesuatu yang tidak kena.

"Luqman..aura lelaki itu.." ujar Aila.

"Kenapa dengan aura dia..biasa saja saya rasa.." jawab Luqman kehairanan.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now