CHAPTER 61 : OBSERVING

1.2K 115 1
                                    


Aku menongkat dagu pada meja di dalam bilik rehat,mata fokus pada rancangan yang disiarkan di monitor televisyen. Tiada apa yang menarik dan aku memandang ke arah Nazryn yang berbual dengan Siddiq,Aminudden pula beredar bersama Hikari.

Aku tertanya apakah hubungan mereka berdua?

Aminudden kau sudah ada Alia bukan?

Nafas aku hela kemudian memandang ke arah Layla dengan Laila,bersembang bersama Intan serta Aqirah. Tidak lama selepas itu Siddiq dan Nazryn menghampiri mereka,Nazrul pula sudah pulang awal-awal lagi selepas menyaksikan pertarungan empat orang itu.

"Seriously! Mereka amat kuat!..." kata Aqirah teruja.

"That's my uncle y'know?" ujar Intan bangga.

"But...Sixth just holding his power back there..." kata Aqirah lagi berfikir sejenak.

"Ouh come on..if my uncle release his true power,everything will destroy!" jelas Intan.

"Ouh..no wonder he's the new legend..." ujar Aqirah tersengih.

Nazryn dan Siddiq mengangguk setuju dengan kata-kata dua gadis itu,Layla dan Laila tersenyum mendengar perbualan Intan serta Aqirah. Aku sekadar memasang telinga sahaja,Layla bergerak menghampiri vending machine.

Air tin jatuh berbunyi perlahan dan dicapai oleh Layla,pin dibuka dan Layla terus meneguk dengan sopan. Walapun cara dia agak kasar tapi ada lagi ciri-ciri perempuan dalam dirinya,aku menghela nafas pendek kemudian segera bangkit dan beredar.

"Kau nak ke mana?" soal Siddiq sedar aku membuka pintu.

"Aku nak balik ke bilik aku..." jawab aku dan terus keluar dari bilik tersebut.

Aku berjalan sambil tangan masuk ke dalam saku seluar,aku menoleh ke arah luar tingkap dan kelihatan bapa saudara aku Yusri sedang berdiri di kawasan lapang dalam istana. Malah di hadapannya seorang remaja berambut hitam pendek,aku berhenti dan memerhatikan dari atas sini.

Apa yang dikatakan oleh bapa saudara aku agaknya,dari jarak macam memang sukar nak curi-curi dengar. Uncle Yusri ada anak murid juga macam uncle Ikhwan,nampaknya perkara semakin menarik dan aku nak berkenalan dengan anak murid dia.

"Kau senyum sorang-sorang dah kenapa?" satu suara menegur dan aku menoleh ke arah suara tersebut.

"Uncle Raffie!..." ujar aku terkejut.

"Apa kau tengok? Hmm? Ouh..abang Yusri ajar Alif rupanya..." kata uncle Raffie memandang ke arah tempat uncle Yusri berada.

"Uncle kenal budak tu?" soal aku pula.

"Budak huh? Dia tua kau 2 tahun tahu tak?" jawab uncle Raffie.

"Seriously?" aku terkejut dengan jawapan uncle Raffie.

"Yeah dia mula berkhidmat dengan kita seawal lima belas tahun..." jelas uncle Raffie.

"Woo.....that five years ago..." ujar aku terkejut dan uncle Raffie sekadar mengangguk.

Sedang aku dan uncle Raffie berbual kedengaran bunyi letupan yang amat kuat,kami berdua serentak memandang ke arah uncle Yusri berada dan aku terkejut. Saiz lubang yang besar kelihatan dan pemuda bernama Alif termengah-mengah,uncle Yusri pula menepuk tangan dan menyentuh bahu Alif.

"Hey uncle..." aku memanggil uncle Raffie.

"Hmm?" uncle Raffie menoleh ke arah aku.

"Apa kuasa dia?" soal aku ingin tahu,uncle Raffie memandang aku dengan muka tersengih.

"What?" soal aku lagi.

"Nothing okay..kuasa dia menghasilkan letupan yang amat kuat...dia boleh buat bahan letupan dengan menyentuh benda tu je...." jawab uncle Raffie dan aku tersentak.

"Serius?" soal aku.

"Yeah dia boleh letupkan badan musuh dia..." tambah uncle Raffie lagi dan aku menelan air liur.

"That something...." kata aku tersengih.

"What? Takut ke?" soal uncle Raffie tersengih licik.

Aku menelan air liur sambil tersenyum kelat mendengar usikan bapa saudara aku,sekadar menghela nafas dan memandang ke arah uncle Yusri. Nampaknya dia melatih pemuda itu dengan baik,apabila difikirkan cara uncle Ikhwan.

"Kalau kau nak bandingkan cara uncle Yusri dengan uncle Ikhwan,memang lain sangat sebab dari personaliti Ikhwan dia amat tegas...abang Yusri pula lebih suka santai..." uncle Raffie tiba-tiba bersuara.

"Err.....really?" soal aku.

"Mesti la...sebab tu Aminudden lebih lasak banding dengan kau..." jelas uncle Raffie.

"Apa?" aku mula bengang.

"Aku cakap lebih lasak bukan lebih kuat,korang sama kuat..." kata uncle Raffie lagi,dan aku kembali memandang ke arah uncle Yusri.

"And because of him,kamu berdua di tahap ni..." tambah uncle Raffie.

"Uncle..." aku menoleh ke arahnya.

"So stop whinning and win that competition..." kata uncle Raffie tersenyum sambil menunjukkan tanda isyarat ibu jari.

"Of course!..."

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt