CHAPTER 75 : LAYLA THE SEVEN WAR LORD

1.3K 111 3
                                    

Azren memusingkan kedua bilah pedangnya,dan seorang meluru ke arahnya lalu mereka berlaga pedang. Azren menahan secara silang dan melibas membuatkan pencabarnya terheret ke belakang semula,kali dia pula menyerang.

TANG!

KTANG!!

TANG!!

Pada masa yang sama pertarungan Azren disaksikan oleh Luqman dan Aminudden,serta Aila dan Alia juga dengan yang lain-lain dari tempat bilik khas mereka. Ikhwan dan Yusri turut menyaksikan pertarungan tersebut dari bumbung stadium,Yusri sekadar tersengih melihat corak perlawanan Azren.

"Itu lawan Azren? Memang nahas la..." Soal Yusri tersengih.

"Agree...." Jawab Ikhwan berkata sambil tangannya disilangkan.

Azren mengelak setiap teknik tujahan pedang jenis fencing,kadang-kala Azren menangkis tapi dia lebih suka mengelak.

TING!!

TING!!

Azren mendecih dan terus menangkis,pedang itu menyeret pada bilah pedangnya dan Azren memukul perut pihak musuh dengan sikunya.

Tepat!

Pihak lawannya tercampak jauh berguling beberapa kali di hujung gelanggang,Yusri memejamkan sebelah mata tanda seperti merasai kesakitan pihak lawan Azren.

"Urgh...." Pihak lawannya bangun dengan terkial-kial.

Azren hanya berdiri dengan tenang,Avesta kepala kanan melihatnya dari dalam tubuhnya hanya menghela nafas pendek.

"Kau tak nak guna kuasa aku?...." Soal kepala tengah.

"Tak perlu... Perlawanan remeh macam ni tak layak untuk libatkan kau...." Azren berkata sambil memusingkan pedangnya.

"Suka hati kau la macam tu....." Avesta kepala kiri berkata sambil menghela nafas pendek.

Pihak lawannya mengumpulkan kuasanya dan auranya menyelubungi seluruh tubuhnya,Azren tetap tenang memerhatikan tindakan pihak lawannya. Pada masa yang sama King memerhatikan perlawanan itu dengan wajah yang serius,Knight hanya tenang memeluk tubuhnya sambil memejamkan matanya.

Adakah dia tidur?

Tidak,kerana dia sudah tahu siapa yang akan menang.

"Argh!!!" Pihak lawan itu terus meluru ke arahnya dengan laju.

"Heh...." Saat pihak lawan hampir ke arah Azren,seseorang muncul melompat dari belakang Azren.

Intan menunjukkan diri dan mendarat di hadapan Azren,lantas muncul ketulan ais yang tajam menusuk-tusuk ke arah pihak lawan. Namun seorang lagi pihak lawan muncul menyelamatkan kawannya,tusukan ais berjaya dielak.

"Serangan awak lambat tuan puteri..." Azren berkata dengan selamba pergi di sebelahnya.

"Senyap la...fokus pada perlawanan..." Intan bengang dengan kata-kata tunangnya.

Dua orang pihak lawan itu bersiap sedia melancarkan serangan,Azren segera ke hadapan Intan dan serangan seperti peluru berpandu dilepaskan oleh pihak lawan. Azren segera melibas dan menolak setiap serangan itu,Intan menarik nafas pendek kemudian aura putih kebiruan menyelubunginya.

Gelanggang menjadi beku sedikit demi sedikit,aura dingin merebak sekitar kawasan sehingga menjadi kabus. Pihak lawan terkesima melihat keadaan itu,Luqman dan Aminudden turut terkejut. Aila dan Alia ternganga,Nazrul dan Haikal terkedu manakala Layla dan Hikari sekadar berdiam diri.

TANG!!

PANG!!

KRANG!!

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang