CHAPTER 44 : SCHOOL TEAM FIGHTER COMPETITION

1.5K 124 4
                                    


Luqman duduk di tingkat bumbung teratas akademi beralaskan kain tikar,menyandar pada dinding serta menyedut minuman air dalam kotak. Aila muncul membuka pintu membawa bekalan makanan,disusuli oleh Aqirah dan Intan. Luqman hanya memerhatikan tiga orang gadis itu datang ke arahnya,Aila duduk dan meletakkan makanan di hadapan Luqman.

"Sorry susahkan awak.." ujar Luqman tersenyum kelat.

"Nah...tak apa lagipun adik awak ada.." Aila membalas.

"Tapi sepatutnya saya beli makanan di kafeteria..." kata Luqman pula.

"Its okay...kafeteria tak sesak sangat.." Aila berkata lagi.

"Tapi..." Luqman menghela nafas berat.

"Tak apa la bang kak Aila nak tolong..." satu suara menegur dari atas pondok di mana mereka berada,Aminudden berjerangkang kakinya bergoyang perlahan sambil selamba menyedut air dalam tin.

"Oi...kau buat apa dekat atas tu birdbrain? Turun!" Luqman berkata dengan muka blur,Intan dan Aqirah berpandangan kemudian ketawa kecil.

Alia pula muncul dari pintu penghubung tingkat atas serta tingkat yang lain,Aila sekadar memandang ke arahnya dan memberi sapaan dengan senyuman manis.Menyedari Aminudden yang sedang bergayut pada bumbung pondok,Alia hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Hup! Yo brother!.." Sapa Aminudden sebaik mendarat ke bawah.

"Haish kau ni...tinggalkan Alia sorang-sorang apa hal?..." Luqman menghela nafas pendek.

"Apa pula aku tinggalkan dia..." kata Aminudden mengangkat kening.

"Alia datang sorang-sorang naik sini.." jelas Luqman.

"Nah dia yang nak short cut...saya malas nak melompat-lompat.." Alia mencelah dari belakang,Luqman terkejut dan Aminudden tersengih.

"Mana Nazryn?" soal Aminudden.

"Abang katanya nak lepak kat kafeteria dengan Siddiq.." jawab Aqirah dan Aminudden mengangguk sahaja.

Alia menghulurkan bungkusan makanan pada Aminudden,mereka berkumpul untuk makan bersama umpama berkelah. Sebenarnya di tingkat bumbung mereka berada,ada kamera tersembunyi namun tidak perlu dirisaukan kerana ianya di bawah pengawasan Yusri.

Stella dan Elizabeth berjalan melepasi koridor,kemudian mereka menyedari satu pintu terselak dengan automatik. Akif keluar dengan menguap panjang sambil menggeliat,kemudian Akif sedar Stella dan Elizabeth memerhatikannya.

"Hi..." sapa Akif.

"Err...professor..apa yang professor buat di dalam tadi?" soal Stella.

"Tak payah la professor kalau awak orangnya kak Stella.." kata Akif menguap sekali lagi sekali,Elizabeth pula hanya mendiamkan diri dan Akif memandangnya kemudian tersenyum.

"Hah?..." Elizabeth mukanya merah padam.

"Huh?...ouh ya professor,apa yang awak tengah usahakan?" soal Stella.

"Saya dah cakap jangan panggil 'professor'..saya tengah uruskan senjata baru bagi putera Aminudden...." ujar Akif dan Stella serta Elizabeth tersentak.

"Senjata baru untuk putera Aminudden?" soal Stella.

"Yup...Sixth minta saya rekanya..." jawab Akif

"Apa maksudnya tu?" soal Stella.

"Ia masih lagi dalam ujian...jadi masih belum boleh beritahu lagi.." jelas Akif lagi dan Stella serta Elizabeth berpandangan.

"Baiklah saya ada kelas nak diajar...haih leceh betul..kenapa la aku kena buat dua kerja?" ujar Akif membebel dan beredar sambil diperhatikan oleh dua orang gadis itu.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now