CHAPTER 87 : SHOCK! NAZRYN'S FIANCE

1.4K 116 21
                                    

Satu tempat yang gelap gelita,seorang remaja terbaring memandang ke atas. Nazryn terkebil-kebil kemudian dia menghela nafas pendek,muncul asap gelap berkepul-kepul dan satu lembaga berkerudung memandangnya yang sedang terbaring.

"Oi bebal... Bangun la..." Kata lembaga berkerudung itu,wajahnya tidak jelas.

"Ala bagi aku tido lagi...." Nazryn mendesah.

"Baik kau bangun... Sebelum aku bangunkan kau...." Lembaga berkerudung itu memberi amaran.

"Alah... Kau berani cakap je..." Nazryn berkata selamba.

Lembaga berkerudung itu tidak berkata apa-apa,sedikit demi sedikit wajahnya kelihatan apabila dia mengeluarkan sabit. Death the Grimm Reaper.

"Aku tak ada masa nak mengugut...." Ujar Death memegang sabitnya.

"Ehe? Oi....kejap nanti sekejap..." Nazryn wajahnya mula berpeluh.

Death tidak mengendahkannya dan terus menghayunkan sabitnya,Nazryn terbeliak matanya dan terus sedar dari koma.

"CELAKA KAU DEATH!!!...."

Nazryn menjerit sebaik bangun dari komanya,kemudian dia tersentak apabila di hadapannya seorang gadis sedang terkebil-kebil mungkin terkejut kerana cara dia sedar.

"Eh...Eva?" Nazryn tersengih.

"Perkataan itu yang awak sebut bila bangun?....." Soal gadis bernama Eva itu.

"Maaf Eva... Hehe.." Nazryn menggosok belakang kepalanya.

"Seriously.. Saya datang dari jauh,risaukan awak..." Eva berkata dengan mengerutkan dahinya.

"Sudah la.... Dia baru bangun tu..." Satu suara mencelah dan Nazryn menoleh ke arahnya kemudian terkejut.

"Tuan Nazry? Tuan pun datang juga?" Soal Nazryn.

"Yeah.. Bakal menantu aku koma,jadi aku nak periksa..." Jawab lelaki bersut hitam serta topi hat bernama Nazry,Nazryn hanya mampu tersengih.

"Sekejap... Bagaimana tuan masuk sini? Tahu pula wad saya?" Soal Nazryn.

"Ouh... Dia yang tunjukkan jalan..." Nazry menuding ke arah seseorang,Nazryn menoleh kemudian menghela nafas.

"Sixth...." Nazryn tersenyum dan Ikhwan yang sedang memegang satu dokumen sekadar membalas senyumannya.

Nazry menuding ke arah raja naga,Ikhwan terus memeriksa dokumen sambil duduk bersimpuh.

"Haih kau ni dari dulu sama je..ni aku tetamu ni..." Nazry berkata dengan menggelengkan kepalanya.

"Sini kat hospital,nanti la kau datang istana... Aku ada kerja ni..." Jawab Ikhwan selamba.

Nazryn melihat perbualan Nazry dan Ikhwan dengan terkebil-kebil,dia tidak faham apa yang berlaku.

"Tuan dengan Sixth memang kenal antara satu sama lain ke?" Soal Nazryn.

"Lebih dari kenal,kau ingat aku pernah cerita orang aku kena pukul...?" Soal Nazry.

"Aha... 30 orang ahli tuan teruk kena pukul semua? Cedera parah?" Nazryn cuba mengingati perbualan itu.

"Ni la orangnya...." Jelas Nazry.

"Ha?" Nazryn tercengang.

"Orang kau yang mulakan dulu,siapa suruh kacau aku tengah minum petang..." Jelas Ikhwan masih memeriksa dokumen.

"Tapi tak perlulah teruk kau balas..." Nazry berkata dengan tersengih.

"Orang kau tolak ayah aku,so sebagai anak wajib aku memberi balasan yang setimpal untuk pengajaran...bagi diorang ingat baik-baik muka aku ni...." Ikhwan berkata sambil menuding jari pada wajah sendiri.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now