CHAPTER 26 : DRAGON ASSEMBLY

1.5K 135 0
                                    

"Sixth!?" salah seorang kesatria terkejut dengan kehadiran Ikhwan melangkah laju disusuli oleh Farhan,Alisa dan Amien.

"Huh? Ikhwan?" Reena yang menikmati minum petang terkejut apabila kelibat Ikhwan sedang berjalan dengan riak muka yang serius,melalui di kaki lima tidak jauh di hadapan pondok dia berada.

"What's wrong sis?" soal Iris apabila melihat reaksi air muka kakaknya berubah kehairanan.

"Itu..." ujar Reena menuding ke arah yang dimaksudkan.

"Hmm...? Brother?" Iris turut terkejut apabila melihat kelibat abangnya.

"Empat dari lima naga berkumpul serentak...apa yang sedang berlaku?....." soal Reena mula syak sesuatu.

Pada masa yang sama pula Luqman dan Aminudden sedang berdiri,memandang antara satu sama lain dan Aila berada di belakang Luqman. Manakala Alia pula berada di belakang Aminudden,Luqman memegang belantan baseball dan Aminudden pula menggenggam erat bola lisut. Mereka menggunakan bilik latihan visual,dan Jamel dan Stella hanya memerhatikan dari bilik kawalan.

Luqman meminta bantuan Jamel dan Stella untuk menggunakan bilik latihan visual milik akademi,kerana untuk latihan ketepatan bagi tembakan dan juga untuk fikirkan teknik serangan baru.

"Get ready brother!" jerit Aminudden sambil mengangkat bola lisut itu,dihalakan ke arah Luqman sambil tersenyum sinis.

"Anytime..." kata Luqman tersengih licik.

Siddiq dan Aqirah turut ada di situ,Intan melihat gelagat dua beradiknya sambil menongkat dagunya dengan kedua tangannya. Haikal memerhatikan keadaan dengan penuh teruja,Layla pula turut ada di situ. Pada masa yang sama Akif pula turut ada,di sebelahnya Elizabeth yang sekadar mendiamkan diri sahaja.

"This is awkward..." kata Akif sendirian.

Aminudden mengangkat kakinya seperti pitcher ingin membaling bola,Luqman memegang belantan baseball dengan erat dan Aminudden menghayunkan sekuat yang mungkin. Balingan yang dilakukan menghasilkan impak yang kuat,angin terhasil bertiup kencang mengenai yang sedang menyaksikan pertembungan mereka berdua.

ZUOOSSHH....!!!

"Heh!! Like hell I scared of that!!" kata Luqman menghayunkan belantan baseball miliknya.

TANNGGG!!!

"Wooo!!!" Siddiq dan yang lain terkejut,Jamel sekadar tersengih dan Stella hanya memerhatikan sahaja.

"Eh sekejap..?" kata Siddiq apabila pukulan belantan itu menyebabkan bola lisut itu meluru ke arahnya.

"Alamak..." Luqman tersengih.

"Oups...." Aila menekup mulutnya.

Bunyi kuat terhasil akibat bola lisut yang meluru kencang ke arah Siddiq,kemudian mengenai dahinya dan Siddiq terus tergolek ke belakang dari tempat duduknya. Layla dan Haikal mengetap gigi seperti merasai kesakitan yang dirasai oleh Siddiq,Aqirah dan Intan berpandangan. Akif dan Elizabeth turut terkejut dengan keadaan itu,Jamel pula menggaru kepalanya melihat kejadian tersebut.

"Siddiq?" Aqirah segera mendapatkan Siddiq yang terbaring itu.

"Arr......" Siddiq matanya berpinar dan tersengih menahan kesakitan rasanya.

"INTAN APA CITER?! HIDUP LAGI TAK?!!" Laung Aminudden.

"LIMA PULUH-LIMA PULUH!!" balas Intan dan Aminudden mencebik sambil mengangguk kepalanya menoleh ke arah Luqman.

"Good job bro,kau selamat dari jadi pembunuh...." kata Aminudden selamba mengangkat ibu jarinya,Alia sekadar menekup mukanya sambil menggelengkan kepalanya.

"Oi!..." Luqman bengang dan Aila pula sekadar menahan ketawa.

"Rasanya kita kena bawa dia pergi bilik rawatan.." kata Intan pada Aqirah.

"Ya setuju...." jawab Aqirah.

♓ ♓ ♓ ♓

"Dia okay...cuma luka kecil kat kepala..." ujar doktor yang bertanggungjawab di bilik rawatan.

"Baguslah..." kata Intan dan Aqirah pula menghela nafas lega.

"Luka kecil?! Ini kata doktor luka kecil?!! SAYA HAMPIR MATI TAHU TAK?! ALMOST FUCKING DEAD!!.." Siddiq menjerkah dengan tiba-tiba,doktor perempuan itu terkejut dan hanya mengurut dadanya sahaja.

"Hey Sid...relax la.." ujar Luqman dan Aminudden mengangguk setuju.

"Grr ini semua salah korang..setiap kali korang buat kerja gila mesti aku terlibat! Beberapa hari lepas masa korang main benda yang sama...aku kena jugak!" kata Siddiq bengang dan dua beradik hanya mampu tersengih sahaja.

Akhirnya mereka pulang bersama ke istana,Siddiq masih dengan muka bengangnya dan tidak mahu bercakap sepatah pun. Luqman dan Aminudden pula berpandangan. Siddiq mengambil arah yang berlainan,Aqirah sekadar menemaninya sahaja.

"Oi...kau nak ke mana?" soal Aminudden.

"Its not your business..." ujar Siddiq dingin dan beredar,Aqirah hanya mampu tersenyum kelat dan melambai ke arah Intan.

"Seessh....! Dia betul-betul marah kali ini..." ujar Aminudden menggaru kepalanya.

"Tak boleh salahkan dia..." ujar Alia pula memerhatikan Siddiq dan Aqirah beredar sehingga tidak kelihatan lagi bayang mereka.

"Ni salah kau bang..." ujar Aminudden menghela nafas pendek dan melangkah mendahului Luqman.

"Aku pulak?" Luqman tidak berpuas hati.

Aila sekadar menggelengkan kepalanya,melihat reaksi Luqman dan menyusul pemuda tersebut. Gelagat dua beradik bertikam lidah hanya diperhatikan oleh Aila dan Alia,tanpa mereka sedari beberapa pasang mata sedang memerhatikan empat remaja tersebut dari bangunan yang agak tinggi.

Mata yang memerhatikan itu adalah Ikhwan dan isterinya,Alisa serta Amien dan juga Farhan yang menyilangkan tangannya pada tubuh.

"Betul kata kau..simptom tu mula merebak dalam tubuh Luqman..." ujar Farhan.

"Biarpun perlahan tapi jika tidak dirawat segera..." Amien berkata memandang ke arah Ikhwan.

"Ya...aku harus bangkitkan Avalon..." ujar Ikhwan dan Alisa pula sekadar mendiamkan diri.

"Are you sure that kid can handle Avalon?" soal Farhan pada Ikhwan.

"Jadi kau nak aku buat apa? Biarkan anak saudara aku sendiri mati di hadapan mata aku?" soal Ikhwan pula dan Farhan terdiam.

"Ikhwan has a point..if we had a relic..still can't cure him normally.." ujar Amien pula.

"Wyvern.." ujar Ikhwan dan Farhan tersentak.

"Seth..." kali ini Amien pula terkejut.

Rambut Farhan berubah putih dan anak matanya bertukar merah,begitu juga Amien rambutnya berubah perang dan anak matanya turut berubah warna sama. Alisa sedikit terkejut dan hanya menjadi pemerhati dari tepi,suasana berubah dan Farhan serta Amien pula tiba-tiba senyap.

"You call my king?" suara Farhan berubah garau.

"I'm here my lord..." ujar Amien dan suaranya juga berubah garau.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now