CHAPTER 91 : PEACEFUL DAY

1.2K 116 3
                                    


"Mentari Festival akan diadakan dua minggu lagi?" Soal Luqman teruja.

"Yeah... And here go again,I'm busy that day..." Stella berkata sambil memeriksa kertas kerja yang diberikan oleh setiap kelas.

Haikal membantu Elizabeth dalam pengurusan semakan semula pada kertas kerja yang sudah diluluskan,takut jika terlepas pandang lupa dicop. Luqman kehairanan melihat gelagat Haikal.

"Haikal dah jadi ahli kelab persatuan pelajar,jadi dia memang sibuk...." Stella menjawab kemusykilan Luqman.

"Ouh ya... Dengar pengetua sudah dibuang sebab kes The Chess tu? So who the new principal?" Soal Luqman memikirkan siapa yang sesuai menjadi pengetua baru.

"Raven Nightmare..." Stella menjawab sambil tangannya membuat kerja.

"Eh?" Luqman tersengih.

Pada masa yang sama di bilik pengetua,para pengajar dalam lima orang hanya mendiamkan diri apabila Raven sedang merenung ke arah mereka. Pengajar yang berada di situ,adalah yang terlibat dalam kes The Chess.

Ikhwan turut ada bersama namun dia duduk di tempat sofa yang disediakan,memerhatikan para pengajar itu dengan pandangan biasa. Tiada kemarahan atau tidak puas hati,kerana mereka hanya alat pihak yang ingin berkuasa.

"Saya dulu seorang kesatria dalam istana,berjuang demi keamanan negara tapi saya rasa sia-sia je... Tahu sebab apa?" Raven mula berhujah,para pengajar itu menundukkan kepalanya takut.

"Sebab malaun-malaun macam kamu ni yang tamak nakkan kuasa...peralatkan pelajar,pengetua yang lama dah ditangkap...kamu semua diberikan keampunan atas belas kasihan putera bongsu Ikhwan Syah Al'Solleh..." Jelas Raven menurunkan kaca mata hitamnya.

"Jika saya dapat tahu kamu semua buat masalah lagi,hukuman yang berat akan menunggu faham?" Raven menunjukkan ketegasannya.

"Faham tuan!" Serentak lima pengajar itu menjawab.

"Sudah! Keluar...." Arah Raven.

"Amboi garangnya... Hehehe..." Sindir Ikhwan sebaik semua pengajar itu keluar dari bilik itu.

"Sengal la kau..." Raven berkata dengan menghela nafas pendek.

"Festival akan diadakan dalam masa sebulan,jadi kau...." Belum sempat Ikhwan menghabiskan kata-kata,Raven sudah mencelah.

"Ya aku tahu,keadaan akan sibuk kemungkinan pihak yang inginkan kuasa Cpu-biology akan mengambil kesempatan..." Ujar Raven mengelap cermin matanya.

"Its been two years...." Ujar Ikhwan.

"Yeah...I wish his here..." Raven berkata sambil menarik celah langsir melihat keadaan akademi.

"Me too...." Ikhwan turut bersetuju.

Ikhwan dan Raven hanya mendiamkan diri,memikirkan Zero yang sudah tiada hati mereka sebak. Tidak lama lepas itu kedengaran pintu bilik diketuk,Raven dan Ikhwan berpandangan.

"Masuk...." Raven memberi kebenaran.

"Master!" Aqirah muncul bersama Intan yang tangannya ditarik olehnya.

"Aqi? Kenapa kamu datang sini?" Soal Raven.

"Saya dengar daripada Intan,master jadi pengetua baru.. Betul ke?" Soal Aqirah.

Raven hanya tersenyum dan lengan Intan dilepaskan,Aqirah menghampiri Raven dengan muka ceria. Intan menutup pintu dan menunduk maaf pada pengajar kerana kekecohan yang dilakukan oleh Aqirah sebentar tadi.

"Ouh ya Sixth,bagaimana Ruler of Thunder?" Soal Raven sambil tangannya mengusap kepala Aqirah.

"Avalon? Hmm....about that..."

Pada masa yang sama Luqman mengambil keputusan untuk bersiar-siar sekitar kawasan akademi,ramai pelajar tahun yang sama sibuk dengan persediaan untuk festival yang akan datang ini. Kelihatan Aminudden sedang berbicara dengan seseorang,namun orang yang dibualnya tidak kelihatan dihalang oleh signboard.

"Hey Am.. You talking to someone...huh?" Luqman menegur Aminudden dan terkejut melihat siapa yang adiknya sedang berbual ketika itu.

"Knight!?" Luqman terus membuka gaya ingin bertarung.

"Hey easy bro.. Dia bukan musuh la.." Jelas Aminudden.

"Huh?" Luqman kehairanan.

"Sorry about what happen...my name Rafael Al'Haqeem..." Knight memberi pengenalan diri.

"Sebenarnya selama ini Knight ikut The Chess sebab diugut,keluarganya akan dibunuh jika tidak ikut arahan..." Jelas Aminudden tersenyum.

"And?" Soal Luqman.

"Don't worry,keluarga dia sekarang dalam perlindungan skuad bawah uncle Ikhwan kita..." Jawab Aminudden.

"Thanks for the help,I don't know what to say..." Knight atau nama sebenarnya Rafael menunduk hormat.

Luqman mengangguk faham dan menghela nafas pendek,gelagat mereka bertiga diperhatikan oleh Jamel sambil tersenyum. Recca juga berada di sebelahnya,Akif pula ketika itu berada dalam makmal memeriksa alat senjata milik seseorang. Sepucuk pistol besar,ada nama Z di badan pistol tersebut.

"This weapon damn unique,how they build this thing? Apakah materialnya? Susah nak cari material yang jarang seperti ini?" Soal Akif dalam benak otaknya.

Aila dan Alia membantu Natasha dalam hal urusan kelas,Siddiq pula bersama Laila menyediakan untuk persiapan Mentari Festival.

"Bagaimana keadaan tubuh awak? Everything is alright?" Soal Laila tersenyum.

"Don't worry I'm strong!" Siddiq berkata dengan tersengih.

Laila sekadar tersenyum sahaja,melihat reaksi Siddiq dan kembali membuat kerjanya. Nazryn pula menunjukkan persekitaran pada tunangnya,kadangkala apabila Nazryn ditegur oleh pelajar perempuan lain. Eva mengacukan pistol secara senyap-senyap,membuatkan Nazryn terdiam dengan tindakannya.

"Will you put down that gun?" Soal Nazryn tersengih.

"Hmm... Nope.." Eva berkata dengan tersenyum.

"Kita dah bertunang Eva..." Nazryn berkata sambil mendesah,Eva tetap degil dan Nazryn sekadar menggelengkan kepala.

"Still don't believe on me huh? Fine,whatever..." Nazryn segera melangkah pergi.

"Nazryn! Okay saya simpan pistol ni!" Eva mengalah dan menyimpan pistolnya kemudian dia mengejar Nazryn.

Layla hanya memerhatikan keadaan para pelajar yang sedang sibuk itu,dia mengambil air minuman dan menghirupnya. Dia sedar seorang lelaki menghampirinya,lantas pedang diseru dan terus ingin menghayunkan pedangnya.

"Woo.. Relax,aku datang secara aman..." Phantom mengangkat tangannya.

"Woo satu inci kau hampir kepada kematian" Reva menjenguk dari belakang Phantom.

"Apa kau cakap?" Phantom menahan geram.

"Apa yang kamu berdua nak?" Soal Layla melenyapkan pedangnya.

"Kami cuma nak berbual dengan kamu sahaja.... Cik juara..." Reva menjawab.

"Nonsense I'm leaving..." Layla segera beredar.

Phantom dan Reva hanya menelan air liur,berpandangan sesama mereka tidak sangka Layla bukan jenis peramah seperti Luqman dan yang lain.

Pada masa itu seseorang sedang berdiri di atas bangunan akademi yang paling tinggi,Ace iaitu Horrus sekadar tersenyum memerhatikan keadaan suasana akademi. Yumi dan Silica muncul bersama,Ace menoleh ke belakang sambil tersenyum.

"Huh? Yumi where is your sister?" Soal Ace.

"Dia ada urusan katanya,tak tahu apa yang dibuatnya..." Jawab Yumi.

Ace mengangguk sahaja faham dengan jawapan Yumi,lantas dia dan Silica berdiri di sebelah kiri serta kanan Ace. Angin bertiup lembut dan dingin,wap terhasil setiap hembusan nafas.

"What a peaceful day..."




TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now