CHAPTER 39 : COUNTERATTCK

1.4K 118 0
                                    

Sila pasang earphone untuk bacaan penuh berperasaan


"MAAFKAN SAYA!!.." Akira menundukkan kepalanya pada Hazama.

"Huh?..." Hazama tersengih kehairanan apabila Akira meminta maaf kepadanya.

"Err....untuk apa? Awak tak buat apa-apa..." soal Hazama menggaru kepalanya.

"Sebab kotorkan tempat ini dengan darah..." jawab Akira menunduk ke bawah.

"Ouh...." Hazama hanya tersenyum melihat reaksi Akira,kemudian memandang ke arah beberapa askar yang membawa mayat lelaki itu pergi.

Hazama kagum dengan kepantasan Akira,namun sekarang dia pelik kerana personaliti Akira berbeza semasa memegang pedang. Selepas dia simpan pedang semula,sikapnya kembali lembut dan tidak lagi dingin seperti tadi.

"Tiada apa-apa..saya tak kisah,ini boleh dibersihkan..jangan risau.." jawab Hazama tersenyum.

"Betul ke?..." soal Akira memandangnya.

"Ya...tapi siapa yang hantar awak?" Hazama menyoal.

"Tuanku sepatutnya sudah tahu shisou sudah beritahu tuanku dia hantar saya ke sini beberapa bulan lepas...." jawab Akira.

"Siapa 'shisou' awak?..." soal Hazama lagi.

"Ikhwan Al'Solleh..." jawab Akira lagi dan Hazama hanya menghela nafas pendek.

"Begitu...terima kasih..tolong selamatkan anak saya.." pinta Hazama.

"Don't worry your highness...everything will be fine.." kata Akira tersenyum.

Pada masa yang sama kumpulan yang diketuai oleh Ikhwan sudah tiba di persisiran pantai pulau yang dimaksudkan,Ikhwan memandang ke arah Aminudden kemudian remaja itu mengangguk faham.

"Falcon eye!..." Aminudden mengaktifkan mata helang,dia sedikit terkejut.

"Bagaimana? Mereka sedar kita datang ke?..." soal Stella pula.

"Tak..tapi ada baiknya kita bersembunyi..." kata Aminudden.

Ikhwan mengangguk faham dan mengarahkan semua bersembunyi,mereka segera menuju ke arah kawasan semak yang tebal. Aminudden sekali lagi memerhatikan keadaan sekeliling,kemudian dia menoleh ke arah Stella serta Elizabeth.

"Kak Stella,Elizabeth...arah jam 9 dan arah jam 3...tempat itu kita boleh masuk dan bersembunyi..." jelas Aminudden dan dua orang gadis itu memandang ke arah Ikhwan.

"Lakukan.." arah Ikhwan dan Stella serta Elizabeth mengangguk faham.

Stella segera menarik alat sebesar buluh,dan juga berwarna putih keperakan. Lantas dia menekan dan busur terbentuk,Alia memerhatikan sahaja dan Elizabeth menghasilkan corak magik lalu memasukkan tangannya. Sebaik Elizabeth tarik busur sudah ada dalam tangannya,Aminudden sekadar tersenyum teruja.

"Eliz..kamu ambil jam 9.." ujar Stella.

"Okay...sedia?.." Elizabeth menghasilkan anak panahnya dari cahaya.

Stella pula menarik anak panahnya dari simpanan khas,Ikhwan dan Aminudden serta Alia memberi ruang mereka berdua melakukan serangan hendap.

"Hmph!!..." Stella dan Elizabeth memanah serentak,tepat mengenai sasaran dan Aminudden sudah memastikannya.

"Ruang jalan sudah terbuka uncle!.." kata Aminudden dan Ikhwan sekadar mengangguk faham.

Ikhwan berjalan dan melangkah dengan berhati di kawasan hutan pulau itu,dia memerhatikan keadaan sekitar kawasan hutan tersebut. Apa yang membuatkan dia kehairanan,keadaan di hutan terlalu senyap dan tiada daya ki yang dapat dikesan.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now