CHAPTER 34 : COUSIN

1.3K 120 2
                                    


King duduk bersimpuh merenung ke luar tingkap,cermin mata hitamnya dibetulkan sedikit posisinya. Queen dan Knight hanya menjadi pemerhati tingkah lakunya,King mengingati kembali kata-kata yang mencabarnya daripada Luqman Al'Reezal.

Knight hanya mendiamkan diri,Queen pula sekadar menghela nafas pendek.

"Tak apa ke biarkan dia macam tu?" soal Phantom yang dari tadi mendiamkan diri.

"Biarkan sahaja...nanti dia akan okay sendiri..beside he is the King.." ujar Queen tersenyum.

Knight hanya merengus dan beredar keluar malas untuk berada lama dalam bilik itu,Phantom sekadar memerhatikan tingkah laku Knight.

"Queen...aku curiga dengan Knight..." ujar Phantom.

"Kenapa kamu berkata demikian?" Queen tidak faham dengan maksudnya.

"Setiap event yang kita lakukan,dia hanya duduk diam tidak mahu masuk campur.." Phantom memberi penjelasan.

"Jangan risau Phantom....." King bersuara dengan tiba-tiba.

"King?.." Serentak Queen dan Phantom menoleh ke arah remaja itu.

"Knight has his own target..." ujar King tersenyum licik.

♓ ♓ ♓ ♓

"Maaf atas apa yang saya katakan tempoh hari...saya tidak bermaksud apa-apa.." ujar Eyra menundukkan kepalanya pada Luqman,Aila hanya memerhatikan daripada belakang.

Luqman hanya memandang ke arah Eyra yang menundukkan kepalanya,dia memandang kosong dan ingin berkata sesuatu namun dibatalkan niatnya

"If you wanna apologize,don't ask me..." ujar Luqman dan Eyra memandangnya kecewa.

"Ask her..." tambah Luqman memandang belakang,ke arah Aila.

Eyra tersenyum dan menuju ke arah Aila yang mendiamkan diri,Eyra sedar dan faham jika Aila tidak mahu memaafkannya namun sekurang-kurangny dia sudah memohon maaf.

"Aila..." ujar Eyra memegang tangan Aila.

Diam seribu bahasa itulah reaksi Aila,kemudian memandang ke arah Luqman dan pemuda itu mengangguk. Memintanya mendengar apa yang bakal dikatakan oleh Eyra,Aila memandang semula ke arah gadis berambut blonde itu.

"Saya tidak minta awak maafkan saya...tapi saya memang ikhlas dan jujur mohon kemaafan daripada awak...saya sedar kesilapan saya..." kata Eyra dan matanya mula berkaca.

"Saya tidak patut katakan seperti itu,saya minta maaf.." tambah Eyra sambil menundukkan kepalanya.

Aila tidak berkata apa-apa namun dia menolak tangan Eyra secara lembut,kemudian diambil handkerchief dari simpanan poketnya. Dia menghulurkan pada Eyra,kerana ketika itu air mata gadis rambut blonde sudah mengalir.

"Saya maafkan awak..." ujar Aila dan Eyra tersenyum sambil menyambut huluran handkerchief.

Pada masa yang sama Reezal yang sedang menyemak kertas kerja,pintu biliknya dibuka dengan tiba-tiba dan Reezal tanpa memandang berkata..

"Tak tahu nak ketuk pintu ke?" soal Reezal.

"Kawan lama pun nak kena ketuk pintu ke?" soal orang tesebut dan Reezal bengang kemudian memandang ke hadapan lalu terkejut.

"Huh?..kau?"

"Nampaknya mereka dah berdamai ya?.." soal satu suara dari sebelah kiri Luqman.

"Ah...ya...nasib baik semuanya okay.." jawab Luqman pada seorang remaja berusia lebih kurang sebaya dengannya.

"Baguslah...." kata remaja berambut sama putih dengan Luqman.

Ketika itu Aminudden dan Siddiq melalui kawasan tersebut,dan menyedari kelibat remaja misteri itu. Langkahnya terhenti dan Siddiq tidak sempat mengelak lalu melanggar belakangnya.

"Oi...kau brek emergency dah kenapa?" soal Siddiq tidak puas hati.

"Dia tu...." Aminudden mengenali remaja yang berdiri sebelah Luqman itu.

"Eyra sebenarnya tak tahu nak berbual...jadi sebab itu jadi seperti yang berlaku di latihan pertempuran minggu lepas...." jelas remaja berambut putih kelabu itu.

"Itu tidak bermakna kau boleh katakan sesuka hati ikut sedap mulut je.." jelas Luqman tegas.

"Kau memang sama seperti yang Eyra ceritakan,tegas dan teguh pada pendirian..." kata remaja itu tersenyum dan suasana sunyi seketika.

"Sekejap....." ujar Luqman menyilangkan tangannya merenung remaja di sebelahnya.

"Huh?..." remaja itu pula kehairanan.

"Siapa kau sebenarnya?..." soal Luqman mengangkat sebelah keningnya.

"What? Seriously?" remaja itu hampir terjatuh namun sempat menyeimbangkan badannya mengelakkan dari terus jatuh.

"Yeah..serious...siapa kau?..." soal Luqman.

"Tak kan la kau dah lupa dia siapa?" satu suara menegur dan Luqman menoleh.

Aminudden melangkah ke arah mereka,Siddiq pula menyusul dari belakang. Alia tidak kelihatan dan Luqman hanya menggaru kepalanya,kemudian memandang ke arah remaja rambut putih kelabu itu.

"Jadi kau kenal ke siapa dia?.." soal Luqman memandang ke arah Aminudden menghampiri remaja itu,Siddiq hanya berhenti di hadapannya.

"Its been a while isn't?" sapa Aminudden memandang remaja itu.

"Yeah indeed...its been a while.." balas remaja itu.

"Hello...?" Luqman menegur.

"Ini la Hazad...sepupu kita,sebaya kau..." jelas Aminudden.

"Huh?..." Siddiq tercengang.

"Sepupu?..."




TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now