CHAPTER 46 : NEW MEMBER

1.3K 122 13
                                    

Sila dengar gunakan earphone untuk bacaan penuh perasaan


Aura Aminudden merebak seluruh area medan pertempuran,Layla tergamam dengan daya kuasa yang dikeluarkan oleh Aminudden. Nazrul menarik nafas pendek kemudian membuka posisi bersedia,Alia hanya mendiamkan diri.

Siddiq dan Laila turut terkejut,dengan daya kuasa yang ditunjukkan. Aqirah memandang ke arah abangnya,Nazryn yang sekadar menyaksikan pertarungan itu. Ikhwan yang bersama Intan dan Jamel di bilik kawalan sekadar menghela nafas pendek.

"Kau tanya aku risau ke tak? Memang aku risau..." Ikhwan bersuara dan Jamel menoleh ke arahnya.

"Uncle?" Intan kehairanan.

"Aku risaukan pelajar lelaki tu.." tambah Ikhwan lagi.

"Hmph!!" Aminudden dengan pantas sudah berada di hadapan Nazrul.

"Apa?" Nazrul terkejut dengan pantas Aminuddn menghayunkan penumbuknya.

BRAAAMMM...!!!!

BOOOMMM..!!!

Asap tebal terhasil dengan bunyi letupan kuat,ramai yang menyaksikan pertarungan itu terkejut. Luqman hanya sekadar mendiamkan diri,Aila dan Alia menunggu apa yang bakal berlaku.

"Apa yang berlaku?" Soal Siddiq.

"Ergh!!..." Nazrul keluar dari kepulan asap,zirah sarung tangannya calar dan retak sedikit.

Aminudden menghayunkan tangannya dengan kuat,asap tebal terus lenyap dari pandangan. Api menyala dengan marak di lengannya,Nazrul sekadar memerhatikan sahaja dan mengatur aturan nafas. Retak pada sarung tangan zirahnya kembali pulih,Aminudden sedar perkara itu dan tersenyum.

"Lets GO!...." Aminudden terus meluru ke arah Nazrul dengan pantas.

Sekali lagi lagaan tinju mereka berlaku dan impak dari kesan pertembungan itu,mengakibatkan gegaran yang amat kuat sehingga dapat dirasai oleh Knight. Dia hanya mendiamkan diri kerana itu bukan masalahnya,Aminudden menghayunkan sepakan kakinya lalu Nazrul menahan dengan kemas. Hayunan kaki dilakukan berterusan dan Nazrul mengelak serta bertahan.

"Luq? Aminudden skill dia sama seperti awak ke?" soal Aila menyaksikan gerakan Aminudden itu.

"Tidak itu bukan Tae Kwan Do..." ujar Luqman.

"Tapi lebih kurang dengan skill awak.." kata Aila lagi menoleh ke arah Luqman.

"Itu Jet Kune Do....nama seni pertahanan diri yang digunakan Aminudden.." jelas Alia mencelah dan Aila menoleh ke arahnya pula.

Nazrul segera bergerak pantas ke belakang beberapa langkah,sebelum dia berhenti dan Aminudden terkejut namun belum sempat dia menyedarinya pukulan di pipi kiri Aminudden lalu menyebabkan remaja itu tercampak jauh. Luqman dan yang lain terkejut,kerana teknik Nazrul terlalu pantas untuk dikesan.

"Alamak...." Nazrul tersentak kerana tangannya bergerak dengan sendiri.

"Apa yang berlaku?" soal Intan.

"Budak tu cas Joule point dan tumpu pada kaki dia...sebab itu dia dapat bergerak tanpa sempat dikesan..." jelas Ikhwan dan tersenyum.

Nazrul menggayakan posisi seperti peninju dan menarik semula penumbuknya,Aminudden mengimbangkan badan lalu terseret sebelum berhenti. Layla kagum kemudian Luqman segera bangun,Siddiq dan Nazryn turut sama.

"Luq?" Aila kehairanan dengan tindakan Luqman.

Aminudden menunduk wajahnya disembunyikan dengan rambutnya,dia mengesat darah pada bibirnya dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek. Nazrul mula terasa aura bunuh yang kuat,rambut merah Aminudden berubah biru.

"Hmm...." Knight turut merasai daya kuasa milik Aminudden.

"Budak tu buat kesilapan besar..." ujar Luqman.

"Apa maksud awak?" soal Aila dan aura milik Aminudden menyelubungi seluruh bilik tersebut.

"Aminudden cuma diberitahu ini cuma latihan pertempuran untuk ujian...jadi tiada pukulan mengenai pencabar...tapi budak tu dah langgar peraturan....dan kali ini.." Luqman berkata sambil melihat ke arah Aminudden yang masih menundukkan kepalanya.

"You wanna play hard...?" soal Aminudden nadanya dingin,mulutnya sedikit berdarah.

"Huh?...Urgh!!" belum sempat Nazrul melakukan apa-apa,Aminudden muncul dengan pantas dan tumbukan tepat pada perut Nazrul.

"Huh?!!" Alia dan Aila terkejut,begitu juga Layla dan Laila.

"Err...." Jamel juga terkejut.

"Haih..." Ikhwan lantas berjalan ke arah pintu bilik kawalan.

Nazrul berundur ke belakang sambil memegang perutnya,tumbukan Aminudden begitu berlainan berbanding tadi. Malahan apinya turut berubah warna biru,marak membara pada tangan kanannya dan diangkat ke atas.

"Blazing Arts Finishing Move..." bebola api gergasi berwarna biru terhasil.

"Errgh....." Nazrul tergamam dan Luqman serta Siddiq sudah turun dari tempat penonton.

Tap!

Satu petikan jari kedengaran dan bebola api biru gergasi terus lenyap,Aminudden terkejut kemudian menoleh ke arah belakang. Ikhwan berjalan tenang ke arahnya,sambil tangan kiri disimpan pada belakang badan dan tangan kanan baru sahaja selepas memetik petikan jari. Luqman dan Siddiq membatalkan niat mereka,Layla kagum dengan tindakan Ikhwan.

"That's awesome...." puji Layla.

"That's enough Aminudden...." ujar Ikhwan dan Aminudden hanya mendesah kemudian rambutnya kembali normal.

"Fine...." Aminudden segera beredar dan Ikhwan hanya tersenyum kelat melihat reaksi anak saudaranya.

Ikhwan memerhatikan Aminudden pergi ke arah Luqman dan Siddiq berada,Nazrul hanya mendiamkan dirinya sahaja dan perutnya masih terasa sakit. Ikhwan menoleh ke arahnya dan sekadar tersenyum kelat,kemudian dia menuju ke arah anak muda itu dan menyentuh perutnya.

Tanpa sempat disedari oleh Nazrul dengan pantas kesakitannya hilang,kemudian memandang Ikhwan dengan perasaan kagum. Luqman menghampiri mereka berdua,Nazrul menoleh ke arahnya kemudian Luqman menghulurkan tangannya.

"Maaf atas perbuatan adik aku..." ujar Luqman dan Nazrul hanya terdiam,Ikhwan pula sekadar menjadi penonton sahaja.

"Jadi kau sertai kumpulan aku?" soal Luqman lagi dan Nazrul tertunduk tersengih,lalu menyambut huluran tangan Luqman.

"Fine...I'll tag along..." ujar Nazrul tersenyum dan Luqman tersengih.

"Welcome to our team..."

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now