CHAPTER 24 : THE CHESS BEGAN THE MOVEMENT

1.5K 104 2
                                    

Reena dan Iris masih menguruskan mesin kawalan bagi bilik latihan visual,Haikal termengah-mengah dan Farhan masih berdiri tenang.

Ikhwan pada masa itu berada di sebuah bilik,seperti sedang menjalankan latihan secara bertapa. Alisa memerhatikan dari tepi,rambut Ikhwan sedikit demi sedikit tiba-tiba berubah putih salji.

Akif pula sedang menggodam sistem milik kumpulan kelab The Chess,dia tersengih teruja dan cermin matanya bersinar akibat terkena cahaya monitor.

Azren dan Intan pula turut berlatih,di satu lagi bilik latihan visual. Aqirah turut menyusul dan Siddiq sedang menemani ibunya,Lana membeli belah dan Laila turut menemaninya. Lana sekadar tersenyum memerhatikan Siddiq bersama Laila,dia terfikir siapa gadis itu? Teman wanita Siddiq?

Kling!

"Selamat petang...hah! Tuan putera!!" Seorang gadis comel terkejut dengan kehadiran Luqman dan Aminudden.

"Selamat petang Chloe...lama tak jumpa..." kata Luqman.

"Selamat datang kamu berdua..." ujar seorang lelaki di kaunter barista.

"Hi abang Rasif!" Sapa Aminudden pula.

"Apa kecoh-kecoh ni? La kamu berempat rupanya,mana pak cik korang?" Soal Arjuma muncul di sebelah dari dalam dapur.

"Beat me...dari tadi tak nampak.." jawab Luqman.

"Tuan putera...selamat datang.." seorang gadis muncul mungkin lebih kurang sebaya Rasif dalam 22 tahun.

" Hi kak Nina..." Aminudden mengangkat tangannya.

"Nak makan ke? Nak makan pergi ambil mana-mana tempat yang kamu suka..dan order..." ujar Arjuma kembali masuk ke dalam dapur.

Chloe pula kembali ke kaunter pembayaran,Rasif pula mengelap gelas dengan teliti.

"Siapa dua orang gadis ni?" Soal Nina tersenyum.

"Girlfriend.." Aminudden menjawab selamba,Alia tersipu-sipu malu.

"Huh?..err..." Luqman dan Aila sekadar tersenyum sahaja tidak berani memberi jawapan.

Arjuma tersenyum sinis menjeling Luqman,Aila hanya menundukkan kepalanya segan kerana kata-kata Aminudden.

"Huh? Oi! Apa maksud jelingan uncle tu!?" Luqman menyoal bengang kerana dipandang sinis oleh Arjuma.

♎♎♎♎♎♎

"Baiklah ini kopi yang kamu pesan tuan putera...dan juga chocolate blend..untuk gadis manis.." Rasif pekerja Arjuma,bertanggungjawab sebagai Barista menghidangkan minuman.

"Terima kasih abang Rasif.." ujar Aminudden tersengih.

"Thanks..." kata Luqman mengambil gelas berisi coklat,lalu menghulurkan pada Aila.

"Terima kasih Luq..." ujar Aila tersenyum.

"Hey Am..." ujar Alia menarik lengan baju Aminudden.

"Ya?.." sahut Aminudden.

"Gadis tu..manusia ke?" Soal Alia menuding jarinya pada gadis telinga musang yang sedang duduk di kaunter pembayaran.

"Ouh miss Chloe? Dia Human Fox..separuh manusia separuh binatang..ataupun dipanggil Spirit Animal..." jelas Aminudden.

Alia mengangguk faham dan memerhatikan Chloe dari jauh,gadis musang itu sedar Alia sedang memerhatikannya lalu dia melambai sambil tersenyum.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now