CHAPTER 63 : THIS IS SAVAGE

1.2K 120 4
                                    


King menghentak dinding dan mengejutkan Queen yang sedang tekun membaca buku novel,Phantom hanya tersengih sahaja melihat gelagat King yang menahan geram dan Knight bingkas bangun menghampiri King.

"Are you okay? Something bothering you..?" soal Knight dengan muka dinginnya.

King hanya menarik nafas pendek kemudian dihelakan,dia memandang ke arah Knight dan menyentuh bahu rakannya itu.

"Thanks...aku dah okay sekarang ni.." ujar King mengambil tempat duduk.

Suasana menjadi sunyi sepi kerana semua yang berada di situ,menunggu kata-kata daripada King dan Bishop menaip sesuatu pada komputer ribanya. King memandangnya dan Bishop mengangguk,lalu dia terus menekan butang ENTER dan gambar Siddiq serta Nazryn muncul.

"Woo....mereka ni kawan budak rambut putih tu kan?" soal Phantom tersenyum licik.

"Aku nak kau Phantom,serang mereka berdua..." arah King dan Phantom semakin teruja.

"Jika ada orang yang bersama mereka?" soal Phantom lagi.

"Itu pun nak tanya aku juga ke?" King merenung tepat ke arahnya.

"Fine...fine aku akan buat..." ujar Phantom mengangkat tangan tanda faham.

"Good...." kata King dan Bishop tersenyum kucing.

"When?" soal Phantom lagi.

"As soon as possible...." jawab King.

Phantom tersengih menyeringai kemudian hilang ditelan bayang-bayang,Queen mengerutkan dahi melihat King kerana dia tidak sangka akan bertindak sedemikian. Bishop dan Knight berpandangan kemudian mereka mengambil keputusan mendiamkan diri.

"King kenapa kau bertindak sedemikian rupa?" soal Queen.

"Aku cuma ikut arahan dari atasan sahaja,hapuskan penghalang di hadapan mata dengan apa cara sekalipun..." jawab King dengan nada mendatar.

"Fine suit yourself,aku tak nak bertanggungjawab jika apa-apa berlaku..." kata Queen mengerutkan dahi.

Knight hanya menjadi pendengar sahaja dan Bishop sibuk melayari internet,keadaan bilik itu menjadi suram dengan emosi penghuninya. Phantom yang berdiri di puncak bucu menara tinggi,memerhatikan keadaan bandar Green City sambil tersengih.

"Found ya....."

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Nazryn dan Aqirah bersama Siddiq berjalan sekitar bandar besar itu,mereka bersiar-siar di satu taman yang agak lengang. Hanya beberapa keluarga sedang bersantai di situ,Siddiq membalas teks dari Laila kemudian sedar Nazryn tersenyum sinis padanya.

"What?" soal Siddiq kehairanan.

"Nampaknya kau dengan adik warlord tu semakin rapat ya?" soalan Nazryn membuatkan Siddiq merona merah segan.

"Hehe...he's blushing....so cute.." ujar Aqirah tersengih.

"Haih....cut it out you guys..." kata Siddiq menghela nafas pendek.

"Hmm?" Siddiq mengesan sesuatu dan menarik keluar sabitnya,Nazryn dan Aqirah kehairanan.

TANNG!!!

Satu hayunan mengejut dilakukan namun berjaya ditahan oleh Siddiq,Nazryn terkejut dan segera bergerak membelakangkan Aqirah. Phantom tersengih semasa senjata mereka berlaga,Siddiq menolaknya ke belakang dengan paksaan.

"Damn it...who the hell are you!?" soal Siddiq menyeringai.

"Siapa aku tak penting,tapi aku ke sini nak bunuh korang..." Phantom berkata bangga sambil tersengih licik.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now