CHAPTER 83 : AVALON RULER OF THUNDER

1.6K 126 21
                                    

Lambang negara Mentari pada media

Seminggu kemudiannya....

Luqman tersedar dari lenanya kemudian dia pandang sekitar kawasan,dia berada di bilik wad hospital dan tertanya-tanya apa yang berlaku.

Malah satu persoalan bermain di mindanya,kenapa dia tidak boleh bergerak?

Nak kata dia diikat memang tiada rasa apa-apa,kedengaran pintu dibuka dan dia menunggu siapakah yang datang.

Wajah Ikhwan terpacul dari pandangannya,yang terbaring di katil dan Luqman sekadar mampu tersengih.

"Boleh kau gerakkan tubuh kau?" Soal Ikhwan.

"Err... Tak boleh..." Jawab Luqman dan Ikhwan mengurut dahinya.

"Kenapa la susah nak ikut arahan,uncle dah kata jangan kan...." Ikhwan mula berleter.

"Maaf....tapi kenapa uncle? Saya akan selamanya macam ni ke?" Soal Luqman mula risau.

"Hmm.. That's not a bad idea.." Ikhwan berkata sambil mengangguk berulang kali.

"Oi..." Luqman memandang dengan muka blur.

"Ini kesan kau gunakan kuasa Fallen lebih dari apa yang patut kau guna...." Jelas Ikhwan.

"Ha?" Luqman tidak faham.

"Macam ubat.. Kita makan berlebihan,ia akan jadi seperti overdosed...inilah situasi kau..." Jelas Ikhwan.

"J-jadi bagaimana?" Soal Luqman.

"Entah? Mana la uncle tahu..."  Jawab Ikhwan selamba.

"Hoi serius la sikit!" Luqman mula takut,Ikhwan sekadar bersiul selamba.

Tidak lama lepas itu kedengaran bunyi terbuka,Farhan dan Fara muncul bersama Alisa. Amien dan turut bersama,Luqman terpinga-pinga tidak faham kenapa semua 5 naga berkumpul serentak.

"Wan semua dah set...." Amien berbisik pada Ikhwan.

Luqman hanya kehairanan dia menelan air liur,melihat keadaan air muka bapa saudara dan naga yang memaparkan riak muka serius. Nurul pula muncul terkejut dengan kehadiran Ikhwan dan Alisa,juga Farhan dan Fara serta Amien dengan Laura.

"Eh dah nak gerak ke?" Soal Nurul menyeluk ke poket baju uniform doktor.

"Yeah... Duk sini lama-lama tak ada function...." Jawab Ikhwan.

Nurul hanya tergelak dengan jawapan sepupunya,namun apa yang dikatakan oleh Ikhwan ada benarnya kerana ini berkaitan sumpahan Fallen.

"Apa yang berlaku ni uncle?" Soal Luqman.

"Kau dah seminggu tidak sedarkan diri..malah hari ini adalah hari pertandingan akhir...." Jelas Ikhwan.

"APA?!!"

Azren meregangkan ototnya dan Haikal hanya menguap,Nazrul melihat gelagat Haikal sambil menggelengkan kepalanya. Aila dan Alia mendiamkan diri,Hikari serta Intan dan Layla hanya memerhatikan lawan mereka yang berada di hadapan mereka.

King dan Queen hanya berdiri tegak memerhatikan pihak lawan mereka,iaitu kumpulan diketuai oleh Luqman dan dia menghela nafas pendek.

"Mana si rambut putih,adik dia pun tak ada..larikan diri ke?" Soal Phantom sinis.

"Apa kau cakap?!" Haikal berang dan Aila merenung Phantom sahaja.

"Kau? Huh?..." Nazrul cuba berkata namun dihalang oleh Azren.

"Jangan risau pasal Ace kami..mereka cuma lambat sikit..." Jelas Azren dengan tenang.

"Ketua apa lambat heh..." Phantom cuba memprovok.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now