CHAPTER 54 : RESOLVED

1.4K 113 14
                                    


Pertandingan seni tempur masih berterusan dan Ikhwan meminta Akif serta Jamel memantau keadaan akademi. Giliran bagi kumpulan Luqman dan Aminudden masih belum tiba,namun Luqman dan Aminudden seperti berbincang mengenai hal kerjasama.

"Aku nak kamu berdua siasat jika ada yang tidak kena pada pertandingan ni.." Ikhwan memberi arahan.

"Atas sebab?.." soal Jamel dan Akif mengangguk ingin tahu.

"Aku tak pasti..cuma nak kamu berdua sentiasa bersedia.." Ikhwan memberi kata putus.

Jamel dan Akif berpandangan kemudian mengangguk faham,mereka segera beredar meninggalkan Ikhwan berdiri di tengah-tengah kaki lima. Ikhwan sekadar tersenyum kemudian beredar dari situ,dia sempat sedar seseorang memerhatikannya dari jauh.

"Good...interesting..." ujar Ikhwan tersenyum sinis,membelakangkan pengintip itu.

Si pengintip tidak menyedari tindakannya sudah disedari oleh Ikhwan,lantas sang raja naga mengeluarkan telefon pintar miliknya dan membuat satu panggilan. Si pengintip masih memerhatikan tindak-tanduk Ikhwan,sebaik talian ditamatkan si pengintip merasakan sesuatu yang laju ke arahnya.

TUUSSHH!!!

TEPAT!

Namun hanya ditujukan di sebelah pipi kanan pengintip.

Satu lubang terhasil pada dinding dari satu tembakan misteri,si pengintip sedar teknik intipan dia berjaya dikesan. Akhirnya dengan pantas terus menghilangkan diri,tindak tanduk Ikhwan mengangkat tangan jelas dari binokular sniper riffle milik Akif.

"Good job professor.." ujar Ikhwan tersenyum dan beredar.

"Hehe...." Akif sekadar tersengih lalu menurunkan senjatanya.

"Tak sangka pula awak pandai menembak..." ujar seorang gadis berambut blonde di sebelahnya.

"Don't think because of my title,i don't know about anything else..." jelas Akif tersenyum ke arah gadis itu.

"Right Elizabeth?..." tambah Akif lagi.

Gadis berambut blonde itu ialah Elizabeth dan Ikhwan meletakkan dia bersama Akif,melakukan pemantauan mengenai aktiviti kumpulan The Chess. Elizabeth sekadar merengus mukanya merona merah,Akif sekadar tersengih kemudian memerhatikan keadaan akademi ketika itu.

Tidak lama kemudian kedengaran penonton bersorak kuat,Luqman dan Aminudden serta yang lain memandang ke arah pentas. King dan Queen berada di situ seperti ingin mengumumkan sesuatu,King sekadar tersenyum sambil membetulkan cermin matanya.

"Salam khabar pada semua yang hadir!.." Queen memberi ucapan dan para pelajar bersorak.

"Saya mengucapkan tahniah bagi kumpulan yang layak untuk mara pusingan pertama..." tambah Queen tersenyum.

"Saya tak sukakan dia..." ujar Aila dan Luqman sekadar tersengih.

"Saya pun..." Alia mencelah.

Luqman memandang ke arah Aminudden dan adiknya sekadar mengangkat bahu,Ikhwan dan Alisa yang berada di satu kawasan tinggi akademi hanya memerhatikan sahaja. Akif dan Elizabeth juga memasang telinga,Stella pula hanya mendengar dari bilik persatuan perwakilan pelajar.

"Peraturan sama sahaja...paling sikit dalam satu kumpulan adalah 10 orang..tapi dalam pertempuran hanya lima sahaja boleh diturunkan..." jelas Queen tersenyum.

"Kami The Chess juga sebagai penganjur,menyertai untuk cabaran para pelajar bagi menjadi kuat!...." tambah Queen lagi dan Aila terasa geram.

"Sabar Aila...." ujar Luqman memegang bahunya.

"Jika bernasib baik kita akan bertembung,sila berikan cabaran yang mengujakan!.." Queen menambah lagi dan para pelajar yang menyaksikan dari tempat penonton,bersorak gembira dan Luqman hanya menghela nafas pendek.

"Boleh tahan gak perempuan tu...." ujar Siddiq menggosok belakang kepala.

"Jaga-jaga jangan terpedaya dengan penampilan dia..." Nazryn memberi amaran dan Nazrul sekadar memerhatikan King yang tersenyum melambai ke arah penonton.

"Razi..." keluh Nazrul dalam hatinya.

Luqman hanya memerhatikan dua raja dan permaisuri dalam akademi itu,penumbuknya digenggam kuat dan Aminudden memegang bahunya.

"Am?..." Luqman terkejut.

"Not this time...bro.." ujar Aminudden menggelengkan kepala.

Aminudden melepaskan pegangan tangannya pada bahu abangnya,kemudian beredar Alia menyusul kemudian Intan turut mengekori sambil memegang tangan Alia. Siddiq dan Nazryn serta Aqirah beredar sambil berbual,Aila memegang tangan Luqman.

"Aila?" Luqman kehairanan.

"Benar apa yang adik awak kata tu..bukan hari ni.." kata Aila.

"Yeah...turn kita esok..." jelas Nazrul.

Selesai sahaja Nazrul berkata dia terus beredar,Luqman sedikit terkejut dengan kata-kata Nazrul kemudian menoleh ke arah Aila. Gadis berambut hitam dengan sedikit garis putih itu sekadar tersenyum,Luqman hanya menghela nafas pendek kemudian membalas senyuman Aila.

"Well you right..." kata Luqman sambil beredar.

Ikhwan yang memerhatikan sambil menyilangkan tangan hanya mendesah sahaja,kemudian diturunkan tangannya dan menghela nafas pendek. Sebaik dia mengingati keadaan Hikari yang cedera tempoh hari,sekarang Hikari ditempatkan di hospital besar Green City bawah perlindungan Zeo dan Luna.

"Abang harap mereka selamat..." ujar Ikhwan risau.

"Siapa?..." soal Alisa.

"Horrus dengan yang lain..." jawab Ikhwan.

"Jangan la risau,abang kan dah minta Amien cari mereka?..." ujar Alisa menenangkan suaminya.

Hikari terpisah dengan kakaknya iaitu Yumi Kanzaki dalam pencarian relic,mereka diserang oleh kumpulan misteri dan Yumi sempat mengaktifkan teleportasi menyelamatkan adiknya. Akhirnya Hikari dialihkan oleh Yumi ke Green City,namun kini Horrus,Yumi dan Sillica dikurung oleh satu kumpulan penjenayah.

"Horrus...." ujar Sillica melihat keadaan Horrus yang teruk dicederakan,Yumi hanya mendiamkan diri sahaja.

Kumpulan penjenayah itu bergelak ketawa sesama mereka,Yumi menahan geram dan dan matanya berkaca kerana dia tidak berkuasa.

BOOOMMM!!!!

"APA HAL?" Soal salah seorang kumpulan penjenayah itu.

"Woopss...terlebih pulak...uhuk! Uhuk!.." seseorang kelihatan dari lubang yang dihasilkan.

Amien muncul sambil mengibaskan udara kerana habuk di merata tempat,kemudian tersengih melihat kelibat Yumi serta Sillica dan Horrus.

"Siapa kau hah?..." jerkah salah seorang ahli kumpulan penjenayah.

"Hmm? Aku? Heh...." Amien tersengih.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now