CHAPTER 72 : IMPACT ON THE HEAD

1.2K 124 4
                                    

Haikal bersorak gembira sebaik menang,tangan diangkat ke udara dan sorakan para pelajar yang menyaksikannya didengarinya sambil mengangguk puas.

Sedang dia menikmati kemenangan,satu objek dibaling mengenai kepalanya.

"Adoi! Sakit la! Apa masalah kau ha?" Haikal merungut memandang ke arah Nazrul.

"Kau tak nak turun ke setan?!.." Nazrul berkata menahan geram.

Luqman berjalan menuju ke arah mereka berdua sedang bertelagah,Aminudden turut mengekorinya dari belakang. Menghampiri Nazrul yang bergaduh mulut dengan Haikal,Luqman memandang ke arah Aminudden.

"Lakukan Am..." Arah Luqman.

"Okay....." Aminudden menggerakkan kedua jarinya.

Dua bilah pedang muncul di belakang Nazrul serta Haikal,setiap seorang satu bilah dan Aminudden menggerakkan jarinya. Keputusannya hulu pedang pemegangnya,diketuknya kepala Nazrul dan Haikal masing-masing.

"ADOI!!"

Serentak dua remaja itu menjerit,para penonton ketawa melihat keadaan itu. Luqman menarik Haikal dan Aminudden menarik Nazrul ke dalam,meninggalkan gelanggang dan membuatkan pengacara terpinga-pinga.

"Okay guys? Boleh kita teruskan pertarungan untuk seterusnya?...."

Aila dan Alia yang sedang duduk di taman akademi,bersama Intan dan Azren menoleh serentak apabila kelibat Aminudden serta Luqman datang mengheret Nazrul serta Haikal.

"Oi lepas la!" Haikal merungut.

"Entah tu dah ketuk kepala kitorang,tarik kitorang pulak!" Nazrul menambah dan Luqman serta Aminudden mula geram.

"DIAM!" Satu suara mencelah dengan tiba-tiba.

"Huh?" Luqman dan Aminudden serentak menoleh.

KUKK!

"ADOI!!" Namun kali ini Haikal sahaja menyeringai menahan sakit,Luqman dan Aminudden terkejut dengan kehadiran seseorang.

"Uncle Farhan!" Serentak mereka semua menjerit,kecuali Haikal dan Nazrul yang menahan sakit.

"Master! That's hurt!" Haikal segera berdiri.

"What? Want more?" Soal Farhan selamba mengangkat penumbuknya.

"No...don't..." Rayu Haikal tersengih.

"And just shut up for a second will ya?" Kata Farhan lagi dan Haikal membuat gaya zip pada mulutnya.

"Ah... Luqman.." Farhan menoleh ke arah Luqman.

"Ya?" Luqman menyahut.

"Siddiq dah sedar..." Jelas Farhan dan Luqman serta yang lain termasuk terkejut.

"EH..?!!!"

♚♚♚♚♚♚♚♚

Luqman berjalan mendahului Aminudden serta yang lain,Aila sekadar berjalan seiring Alia yang berjalan bersebelahan Aminudden.

"Harap Siddiq okay..." Intan meluahkan perasaan risaunya.

"Intan...." Azren menoleh ke arah tunangnya.

"Don't worry...Siddiq kebal macam abang.." Aminudden berkata.

Haikal dan Nazrul turut menyusul,mereka berbalas jelingan dan Aminudden menyedarinya menggelengkan kepalanya.

"Tak habis lagi diorang ni..." Aminudden mendecit.

"SIDDIQ!!..." Jerit Luqman sebaik melangkah masuk ke dalam bilik.

"Kau... Huh?" Saat Luqman cuba membuka mulut,dia sedar satu dulang titanium terbang ke arahnya dengan laju.

Luqman segera mengelak dengan pantas,namun nasib tidak baik bagi Aminudden kerana di saat dia tiba dan dulang yang dielak oleh abangnya..

PRANGG!!

Dulang titanium itu melambung dan Aminudden rebah menghempas lantai,Luqman mengetap gigi sambil menoleh ke belakang dan tersengih pahit.

"Urgh.... That's must be really-really damn hurt..." Haikal berseloroh dan Nazrul terkebil-kebil.

"Aminudden! Awak okay?" Soal Alia meletakkan kepalanya pada ribanya.

"Abang! Abang okay?" Intan melutut di sebelah Alia.

"Abang... Nampak Zero lambai di seberang sungai....." Aminudden berkata mamai dan benjol kelihatan.

"Oi jangan ke sana!" Kata Luqman.

Luqman menoleh ke arah dari mana balingan dulang itu,kelihatan Nurul mencekak merenungnya dan terus berjalan ke arahnya.

"Sini hospital...H.O.S.P.I.T.A.L..faham?..." Nurul berkata dengan matanya mendekati mata Luqman.

Luqman yang berpeluh dengan renungan Nurul,mengangguk laju dan menghampiri Aminudden. Dia memeriksa benjol dan menghela nafas lega,kemudian memandang Alia.

"Dia okay,cuma benjol je.." Nurul berkata sambil mengambil dulang titanium itu.

Alia menghela nafas lega dan Haikal serta Nazrul membantu Aminudden di bawa ke katil kosong,Siddiq kehairanan dan tertanya-tanya apa yang berlaku?

"Apasal tu?" Soal Aqirah pada Intan.

"Oh ya Luqman...." Nurul berkata sambil memalingkan badannya ke arah Luqman.

"Kenapa auntie?"

PANG!!!

"ARGH!!..." Luqman terus menahan sakit,Nurul menghempuk tanpa sempat disedari olehnya.

"That's hurt auntie!" Keluh Luqman.

"Okay baru adil...siapa suruh elak,kena pada Am pula tu...itu makan dia..." Nurul berkata sinis dan meletakkan dulangnya pada meja berhampiran.

Luqman bangkit dengan terhuyung-hayang,sambil mengusap kepalanya yang masih kesakitan.

"Macam bergegar kepala otak!"

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now