CHAPTER 36 : WAR TRIGGER

1.3K 125 4
                                    


"Hazad?.." soal Luqman masih terkejut.

"Yeah..." jawab pemuda bernama Hazad itu.

"Macam mana aku nak cam...kalau mula-mula dulu badan cam gajah?.." soal Luqman.

Apa yang dikatakan oleh Luqman ada benarnya,kerana sebelum Hazad mengikut ibu bapanya berpindah tubuhnya agak gempal.

"Heheh...sorry Luqman,aku patut beritahu kau sekali..." balas Hazad menggosok belakang kepalanya.

"Tapi kau datang seorang je ke?" soal Luqman.

"Huh? Tak..aku datang dengan ayah dan ibu aku.." jawab Hazad.

"Ouh....adik kau Nisa sihat?" soal Luqman tersenyum.

"Alhamdulillah sihat...dia ada dengan ibu aku,rasanya mereka berdua jumpa auntie..." Hazad meneka dan Luqman mencebik sambil mengangguk faham.

Aminudden dan Siddiq menjadi pendengar sahaja,kemudian kelihatan Alia tiba di sebelah Aminudden kemudian memegang lengan pemuda itu. Aminudden sedikit terkejut melihat muka merah Alia,dia sekadar tersenyum sahaja.

"So bagaimana kau boleh kenal Eyra? Apa hubungan kau dengan dia?" soal Luqman menyilangkan tangan pada tubuhnya.

"Dia tunang saya Luqman..." Eyra menegur dari belakang Luqman,Aila turut mengekorinya dengan muka yang tenang.

Suasana menjadi senyap dan sunyi sepi untuk seketika,Aminudden dan Alia terkejut kemudian mereka hilang kata-kata. Siddiq hanya membulatkan matanya manakala Hazad hanya tersenyum sambil menggosok belakang kepala,manakalaLuqman tercengang sambil ternganga dan Aila menolak dagu ke atas untuk menutupkan mulutnya.

"Terima kasih Aila...eh kejap? TUNANG?!!" lantang suara Luqman berkata-kata.

"Haah..." ujar Hazad tersenyum tenang.

"Tapi sejak bila?..." soal Luqman memandang Eyra.

"Dua bulan lepas?..." Eyra menjawab tersenyum.

Luqman menggaru kepalanya tersengih,dia sendiri tidak menyangka Eyra akan jatuh cinta pada orang lain. Apa yang mengejutkan orang itu adalah sepupunya,Aila sekadar menggelengkan kepala melihat reaksi Luqman.

"Huh?..." Aminudden menyedari sesuatu apabila terpandang ke satu arah kaki lima tidak jauh daripada mereka berada.

Aminudden ternampak kelibat ayahnya berjalan pantas,mengekori Ikhwan yang mendahului di hadapan. Manakala Yusri serta Raffie dan Hawie turut menyusul,menyedari reaksi air muka masing-masing yang serius membuatkan Aminudden tertanya-tanya.

Sesuatu berlaku?

Aminudden segera beredar,disusuli oleh Alia dan Siddq.

"Ouh ya...Am-huh?" Luqman cuba menarik Aminudden untuk serta mereka,tetapi Aminudden dan yang lain sudah beredar.

"Eh? Mana Aminudden?" soal Eyra.

"Tadi baru je dia ada...." kata Hazad menggaru kepalanya.

"Am?..." Luqman mula terasa tidak sedap hati,Aila menyedari reaksi mukanya namun sekadar mendiamkan diri sahaja.

Aminudden berjalan melangkah laju menuju ke arah Ikhwan serta ayahnya berada,Alia kehairanan melihat wajah serius Aminudden dan ini kali pertama dia melihat remaja itu di luar medan tempur.

"Kenapa ni Aminudden?" soal Siddiq.

"Aku nampak uncle aku dengan ayah aku sekali..malah uncle Raffie dan Yusri turut ada..sekali ayah Hazad..." ujar Aminudden.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Donde viven las historias. Descúbrelo ahora