CHAPTER 81 : THE SMILE I MUST PROTECT

1.3K 118 6
                                    

Imej Luqman Al'Reezal pada media

Ikhwan menongkat dagu melihat ke luar tingkap,apa yang bermain dalam kepalanya sekarang ni?

Tiada siapa dapat menduga apatah lagi isterinya,Alisa yang menidurkan bayinya masih berusia sebulan dua.

Buku tebal seperti novel diletakkan pada meja,dia menyandar pada kerusi dan hanya menghela nafas pendek.

Dia tertanya ke mana agaknya Agnes pergi?

Selepas dia selamatkan gurunya iaitu Lana,tiada lagi khabar berita yang diterima oleh perisik. Dia ada menyuruh perisik negara mencari namun hilang bagaikan angin,sedikitpun tidak dapat dikesan biarpun menggunakan kuasa naga yang mengawasi negara ini.

"Abang seperti fikirkan sesuatu yang serius...." Teguran Alisa membuatkan Ikhwan tersentak dari lamunan.

"Hmm? Ouh..nothing just..." Ikhwan menghentikan kata-katanya.

"Just?" Soal Alisa ingin tahu.

"Ini pasal Agnes... Tiada siapa dapat kesan dia sekarang di mana...." Jelas Ikhwan menoleh ke luar tingkap semula.

"Ini berkenaan dengan Luqman bukan?" Soal Alisa dan Ikhwan hanya mendesah.

"You're to overprotective my dear..." Alisa berkata sambil tersenyum dan bangun menuju ke arah Ikhwan.

"Salah ke kalau abang nak lindungi anak saudara abang,darah daging abang..." Balas Ikhwan dan Alisa menghela nafas pendek.

"Tapi kenapa? Apa sebabnya?" Soal Alisa ingin tahu.

"Alisa tahu peristiwa semasa kematian palsu kakak abang?" Soal Ikhwan.

"Okay.... Then?" Alisa ingin tahu dengan lebih lagi.

"Masa itu abang memang hilang semangat untuk teruskan hidup,abang lebih banyakkan habiskan masa dalam bilik..dan bersendirian..." Jelas Ikhwan lagi dan Alisa mendengar sahaja.

"Abang ada kata Alisa antara sebab abang kembali bernafas betul?" Soal Ikhwan memandang ke arah isterinya,Alisa hanya mengangguk sahaja.

"Satu lagi sebab adalah kerana mereka..." Jelas Ikhwan lagi.

Alisa terkejut sejenak kemudian dia tersenyum,faham maksud dengan apa yang ingin dikatakan oleh suaminya. Ikhwan tersenyum memejamkan matanya,kemudian dia menoleh ke luar tingkap biliknya.

"Ini kisah tujuh tahun yang lepas...saat abang bukan diri abang yang sebenar..."

Nafas diatur dengan rapi dan menoleh semula ke arah Alisa,anak mata biru si isteri tertacap pada anak mata si suami.

"Ikhwan!! Sudah la tu! Keluar la kita pergi lakukan misi kelas A sama-sama!" Amien Khaizo di usia 18 tahun mengetuk pintu Ikhwan berulang kali.

"Come on Ikhwan...." Amien menghela nafas pendek.

"Hey Khaizo,that's enough. Kita tak patut paksa dia...perlukan masa..." Farhan di usia 19 tahun menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju.

"Its been a month Farhan! Master Lana pun dah hilang juga..what the heck is going on!?" Amien menghentak dinding menahan geram.

"Sudah... Jom makan sebelum pergi jalankan misi,aku belanja..." Farhan merangkul leher Amien lalu beredar.

Ikhwan duduk di tepi jendela biliknya,jelas pandangan matanya seakan mati. Dia menyandar kerusi dan matanya dipejam,kemudian dikejutkan dengan ketukan pintu yang amat kuat.

Bengang terasa di dalam hatinya,dia lantas bangun dan terus menekan butang. Pintu terbuka sliding dan muka Luqman serta Aminudden terpacul,tangan mereka masih mengetuk sehingga mengenai muka Ikhwan.

Pada masa yang sama dayang yang ingin menghantar makanan,ternampak dengan keadaan tersebut.

"Apa kau buat ni?" Soal Ikhwan dingin.

"Hehe... Nak ajak uncle jalan-jalan..?" Luqman berusia 11 tahun tersenyum tanpa rasa bersalah.

"Get lost!" Pintu ditutup semula dengan kasar.

"Tengok aku dah kata kau degil bang!" Aminudden berkata dengan mencebik.

"Bising la kau!" Luqman menghela nafas pendek.

Ikhwan hanya menggelengkan kepalanya,dia kemudian duduk di birai katil sebelum baring. Lengannya diletakkan pada atas dahi,helaan nafas dilepaskan seiring dia memejamkan matanya.

Pada keesokannya Ikhwan berjalan sendirian,dayang-dayang yang berselisih dengannya tidak berani memandang wajahnya. Namun Ikhwan langsung tidak hiraukannya,dia terus berjalan tanpa memperdulikan pandangan orang lain.

Namun ada beberapa orang berani menegurnya.

"Uncle!" Ikhwan menghela nafas pendek kemudian mengalihkan tubuhnya ke kiri sedikit.

BOOKKK!!!

"Adeh!! Kenapa elak uncle?!" Soal Luqman bangun dari jatuhnya,rupanya Luqman cuba ingin berlawan dengan Ikhwan secara menyerang hendap.

Luqman fikir bapa saudaranya akan menepis,namun sekadar mengelak sahaja. Ikhwan tidak menjawab sekadar berlalu pergi,Luqman hanya memerhatikan sahaja dan Aminudden muncul.

"Plan gagal la Am...." Luqman menghela nafas pendek.

"So bagaimana?" Soal Aminudden.

"Cuba lagi!" Luqman berkata dengan bersemangat.

Hari-hari berlalu di mana Luqman cuba melakukan sesuatu untuk menarik perhatian bapa saudaranya,Aminudden juga tidak ketinggalan cuba memikirkan rancangan kembalikan semangat Ikhwan.

"Uncle!" Luqman meluru ke arah Ikhwan dengan laju.

"Again?" Ikhwan menghela nafas namun dia kali ini tidak mengelak,tapi dia menangkap tangan Luqman dan pada masa yang sama Aminudden meluru ke arahnya juga.

Ikhwan dengan pantas dia membaling Luqman ke arah Aminudden,lalu berlaku pelanggaran yang kuat kedengaran.

"Adeh...!" Mereka berdua jatuh bertimpa,Luqman di atas Aminudden.

"Bangun la bang! Sakit badan aku!" Keluh Aminudden.

"Sorry sorry bro..." Luqman segera bangun.

"Berat kalahkan gajah...." Aminudden berkata selamba.

"Apa kau cakap?" Luqman pula bengang.

"Aku cakap kau berat mengalahkan gajah!"

"Aku dah minta maaf kan? Apa lagi kau nak?"

Persengketaan mereka diperhatikan Ikhwan dengan muka tiada perasaan,namun lama kelamaan anak mata Ikhwan yang bagaikan mati kembali bersinar. Akhirnya dia ketawa kecil dan buatkan dua beradik itu berhenti dari bertengkar.

"Uncle?" Luqman dan Aminudden kehairanan.

"Sorry... Haha... That's enough don't fight,see you tomorrow...." Ujar Ikhwan mengusap kepala dua beradik itu.

"Uncle teach us some move!" Pinta Aminudden.

"Hey!" Luqman cuba menghalang.

Ikhwan terhenti dari melangkah,kemudian dia menoleh ke belakang ke arah dua beradik. Dia tersenyum kelat namun tersengih kemudiannya.

"Uncle?" Luqman kehairanan.

"Sure...." Jawab Ikhwan beredar melambaikan tangan secara membelakangkan mereka.

Alisa ternganga sedikit mendengar cerita daripada Ikhwan,suaminya tersenyum memandang ke luar tingkap kemudian menoleh ke arah Alisa semula.

"Melihat dua beradik itu dan Intan serta yang lain tersenyum,buatkan abang teringat satu perkara yang amat penting dalam hidup..." Jelas Ikhwan tersenyum

"Apakah ia?..." Soal Alisa.

"The smile..." Jawab Ikhwan pendek.

"Eh?...."

"The smile i must protect...."




















TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now