CHAPTER 19 : FIANCE

1.5K 125 3
                                    

Azren mengusap pipinya menahan sakit,akibat tamparan kuat daripada Intan. Reezal hanya menggaru pipinya,melihat dua orang remaja itu. Baru jumpa balik dah bagi penampar? Dahsyat anak dara aku ni kata Reezal.

Aminudden pula sekadar menyilangkan tangan,menyandar pada tepi bingkai tingkap istana. Alia turut bersamanya,namun sekadar mendiamkan diri serta memeluk tubuhnya.

Reezal menoleh ke arah isterinya,Razeedah yang tersenyum mengangkat bahu tidak mahu cakap apa-apa. Dia menghela nafas pendek,kemudian memandang ke arah Intan dan Azren semula.

"Err...Azren..bila kamu pulang? Kenapa tak bagi pesanan,boleh saya hantar kenderaan.." ujar Reezal.

"Tidak apa tuanku...ingat nak bagi surprise...tapi saya yang kena 'surprise' nye..." kata Azren sambil menggaru pipi.

Intan hanya mendiamkan diri,tidak memberikan reaksi. Masih lagi merajuk dan Aminudden hanya menghela nafas pendek,melihat gelagat adik perempuannya.

"Intan...sudah-sudah la merajuk tu.." ujar Razeedah menggelengkan kepalanya,cermin matanya dibetulkan sedikit.

"Hmm.." Intan tidak memberi reaksi.

"Intan...." Reezal memanggil lembut,namun Intan tidak menyahut.

"Sudah la kanda,hantar je Azren tu lakukan misi setahun lagi.." kata Razeedah geram.

"Hmm...bagus juga idea tu. Bagaimana Azren?.." soal Reezal memandang ke arah Azren.

Intan tersentak namun masih berlagak ego tinggi menggunung,giginya diketap rapat dan dikepal penumbuknya. Aminudden yang menyedari reaksi adiknya,tersenyum sinis memerhatikan daripada tepi.

"Good idea...daripada sini tunang sendiri tak nak layan..." Azren berkata tenang,sedikit sebanyak Intan mula terasa.

"Okay..tunggu pengesahan saya dulu,nanti saya akan hantar pada ID awak..." ujar Reezal bingkas bangun dari kerusi takhta lalu beredar.

Azren menundukkan kepalanya tanda hormat,begitu juga Intan dan Aminudden serta Alia. Sebaik Reezal beredar pergi,giliran Azren pula pergi dari situ. Intan terus menarik bajunya,tindakannya mengejutkan Azren.

"Awak nak tinggalkan saya lagi ke?.." soal Intan menundukkan kepalanya.

"Kenapa awak nak risau pula,bukan tadi awak tak nak layan saya?.." bidas Azren lembut masih tersenyum.

Sedikit sebanyak kata-kata Azren yang lembut itu,mengguris hati Intan dan air matanya mula gugur. Alia terkejut dan cuba pergi ke arah Intan,namun dihalang oleh Aminudden.

"Amin?.." Alia tidak puas hati dengan tindakan Aminudden.

"Nanti dulu...kita tengok je buat masa ni..." balas Aminudden.

Azren terkejut melihat keadaan Intan menangis,Intan cuba menyeka air matanya namun gagal. Semakin lama semakin laju air matanya mengalir,tangisannya mula kedengaran dan Reezal serta Razeedah memerhatikan daripada jauh.

"Awak kejam...hanya kerana saya merajuk awak nak pergi tinggalkan saya..." kata Intan teresak-esak dalam tangisan.

"Saya tak bermaksud...macam tu.." balas Azren cuba memujuknya.

"Cubalah pujuk baru nak decide nak pergi tinggalkan saya lagi sekali.." kata Intan masih menangis.

Azren mengusap belakang kepala,kemudian Intan terus dipeluk. Aminudden tersengih dan Alia terkejut,kemudian mereka lenyap daripada pandangan. Reezal dan Razeedah terkejut,mereka berpandangan kemudian tersenyum.

"Magis Teleportasi...." ujar Aminudden.

Satu tempat di tingkat bumbung,suasana yang agak sunyi akhirnya diganggu oleh magis teleportasi. Azren dan Intan muncul dengan tiba-tiba,menyebabkan burung-burung di situ,berterbangan meninggalkan kawasan tersebut. Intan terkejut dengan keadaan itu,segera menolak Azren menjarakkan diri mereka.

"Don't do that suddenly!.." kata Intan muka merona merah menahan malu.

"Well kalau saya tak buat macam tu awak takkan ikut saya bukan...." ujar Azren dengan selamba.

Intan hanya mengetap giginya geram,kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Azren terkejut kemudian sekadar menghela nafas pendek,keras kepala betul budak seorang ni.

"Awak nak saya pergi buat misi lagi ke? Biar kita tak jumpa setahun lagi..?" soal Azren menyilangkan tangannya,Intan tersentak dan menundukkan kepalanya.

"Sudah-sudah la tu keras kepala...!" Luqman menegur sebaik membuka pintu ke bumbung tingkat.

"Abang!..." Intan terkejut.

"Putera..." Azren turut terkejut.

"Dia dah balik kan? Jangan jadi tunang yang degil boleh?.." tambah Luqman lagi dan Aila muncul daripada belakangnya.

"Jadi tu Azren ya? Tunang Intan?" soal Aila dan Luqman sekadar mengangguk sahaja.

"Lama betul kau menghilang? Baik kau ada alasan yang kuat..." ujar Luqman dengan mata menyala merah memegang pedang yang dihasilkan oleh kilatnya.

"Woo....woo...saya cuma hilangkan diri untuk belajar di luar negara..." kata Azren tersengih berpeluh-peluh.

"Luqman apa kata dengar alasan dia dulu..." ujar Aila menyentuh bahu Luqman.

Luqman memandang ke arah Aila,kemudian menoleh semula pada Azren dan Intan yang menyilangkan tangannya. Dia sekadar menghela nafas pendek,dan melenyapkan kilatnya.

"Fine explain yourself..."

*****************

Aminudden berjalan sekitar taman bunga dan kelihatan Reena sedang menguruskan tanaman,manakala Qisya pula bermain berkejaran dengan rama-rama yang terbang rendah. Alisa turut bersamanya dan kelibat bapa saudaranya tidak kelihatan menjadi tanda tanya.

"Am....seorang diri je ke?" soal Reena menyedari kehadiran Aminudden.

"Ouh...haah auntie.." jawab Aminudden.

"Mana Alia?" soal Alisa pula.

"Huh?....dia balik ke bilik dia,mandi..katanya badan dah melekit.." jawab Aminudden.

"Abang Aminudden!! Play with me...play with me!" Qisya merengek menghampiri Aminudden.

"Ya..ya..abang main teman main dengan Qisya okay..." jawab Aminudden tersenyum.

"Oh ya auntie Alisa?" Aminudden memandang ke arah Alisa.

"Ya Am?" Alisa memandang ke arah Aminudden.

"Mana uncle?" soalnya Aminudden lagi.

"Dia kata ada urusan penting dengan Raven..." jawab Alisa tersenyum.

Aminudden hanya sekadar mengangguk faham dan temankan Qisya bermain,Reena sekadar tersenyum menghela nafas pendek. Dia memandang ke arah Alisa yang memerhatikannya,kemudian mereka berdua tersenyum antara satu sama lain.

Satu sudut yang berlainan kelihatan seseorang berdiri di tebing gunung,rambut putihnya beralun ditiup angin lembut. Matanya kehitaman dan anak matanya berwarna merah,memandang ke arah bandar utama Mentari iaitu Green City.

Dia terbatuk dan menekup mulutnya,kemudian tangannya diturunkan dan tapak tangan mengalir darah merah yang pekat.

"Aku kena cepat...."

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now