CHAPTER 38 : AKIRA HIROSHI

1.5K 121 16
                                    


Sebuah bilik perbincangan di mana Ikhwan sedang berdiri,Luqman dan Aminudden duduk memandangnya. Aila dan Alia turut ada bersama,Stella dan Elizabeth sekadar mendiamkan diri. Siddiq serta Aqirah dan Nazryn menyandar di kerusi,mereka berdua turut dipanggil oleh Ikhwan.

Situasi agak serius dengan sebuah organisasi gelap,menculik putera muda Neo Johor dan permintaan mereka jika ingin nyawa putera selamat adalah serang negara Mentari. Neo Johor diberi masa tempoh seminggu untuk membuat keputusan,jika tidak putera Rafique akan dibunuh.

"Jadi apa plan Sixth?" soal Stella.

"Aku akan bahagikan skuad...." Ikhwan memulakan kata-katanya.

"Baik!.." serentak para remaja itu menyahut.

"Skuad penyelamat Luqman sebagai leader,Aila diikuti Siddiq dan Aqirah...Nazryn kamu back-up jika ada apa-apa berlaku..." Ikhwan memulakan pembahagian kumpulan.

"Ya baik!.." serentak Nazryn dan Aqirah serta Siddiq menjawab.

"Tapi uncle lokasi Rafique disembunyikan kami tidak tahu.." ujar Luqman mengangkat tangannya,Ikhwan sekadar memandang ke arah Stella serta mengangguk memberi kebenaran untuk sesuatu.

Pi! Pi!

"Huh?" Luqman mengeluarkan telefon visual miliknya.

"Stella baru berikan lokasi di mana kemungkinan pihak berada..." jelas Ikhwan dan Luqman mengangguk,Aminudden sekadar menjengah mengintai telefon milik abangnya.

"Skuad Langgar dan bunuh pulak..."

"Skuad langgar dan bunuh?!" Aminudden terkejut.

"Ada masalah ke?" soal Ikhwan dan Aminudden cuba berkata,namun dibatalkan sebaik melihat air muka bapa saudaranya yang menyeramkan itu.

"Saya sebagai ketua unit,Aminudden dan Alia membantu...serta Stella dan Elizabeth.." sambung Ikhwan lagi.

"Semoga berjaya skuad langgar dan bunuh..." ujar Luqman menyentuh bahu adiknya sambil muka simpati.

"Ha?" Aminudden kehairanan.

"Bunuh atau dibunuh ha..ha..ha...."

"Oi! Melebih nampak..."

"Relax....."

"Uncle saya nak minta ganti!" Aminudden berkata sambil mengangkat tangannya.

"Huh? Tukar? Tak boleh...." jawab Ikhwan selamba.

"Bukan saya nak tukar,cuma nak minta Siddiq join team saya..." kata Aminudden lagi.

"Kenapa pula?" soal Ikhwan dan Siddiq terpinga-pinga.

"Yelah depend pada watak dia....paling senang orang jahat target...jadi umpan la..." jelas Aminudden mengangkat bahu sambil mengangkat tangan separuh dengan riak wajahnya yang tersengih.

"Oi..." Siddiq mengepalkan penumbuknya disarung tangan besi.

"Tak apa...Min,aku memang nak buat macam tu..." ujar Luqman pula.

"Oi!...sorang lagi ni.." kata Siddiq menahan geram.

"Aduhai diorang ni...."Ikhwan hanya menekup muka.

"Sixth..." Stella mengangkat tangannya dan Ikhwan menumpukan perhatian ke arahnya.

"Bagaimana dengan perisik pihak musuh?..." soal Stella lagi.

"Don't worry...Akira boleh uruskan..." ujar Ikhwan memberi jawapan.

"Akira?..." Aminudden kehairanan kerana dia seperti mengingati nama tersebut.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now